SK PENGALAT BESAR

SK PENGALAT BESAR SK PENGALAT BESAR (SKPBSR)
Peti Surat 47,
89607 Papar, Sabah
Kod Sekolah XBA4241

25.5.2026 | Bacaan Yasin Seluruh warga sekolah turut berduka atas kehilangan bonda kepada ustazah Noraini. Majlis diadak...
27/05/2026

25.5.2026 | Bacaan Yasin

Seluruh warga sekolah turut berduka atas kehilangan bonda kepada ustazah Noraini. Majlis diadakan bersama warga guru dan murid sidang petang di pimpin oleh ustaz Zaki dan ustaz Madzli.

Bersama kita doakan semoga Almarhumah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dikasihiNya. Amin ya Rabbal Alamin

Al Fatihah

25.5.2026 | Majlis Penghargaan Cikgu Md Nadzri dan Ustaz Zaki Warga sekolah berkesempatan mengadakan majlis perpisahan i...
27/05/2026

25.5.2026 | Majlis Penghargaan Cikgu Md Nadzri dan Ustaz Zaki

Warga sekolah berkesempatan mengadakan majlis perpisahan ini sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti kedua guru ini yang akan berpindah selepas cuti sekolah nanti.

Cikgu Md Nadzri Atoh akan berpindah ke SK ST Joseph sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid manakala Ustaz Zaki akan berpindah ke SK Bukit Rindan Pahang.

Keduanya telah banyak menabur bakti dalam usaha mendidik anak murid selain membawa kejayaan dan kecemerlangan sekolah. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan.

Selamat bertugas di tempat baharu
Terima kasih Cikgu
Terima kasih Ustaz

Sambutan Hari Guru peringkat SK PENGALAT BESAR pada 21 Mei 2026. Kelolaan sepenuhnya oleh PIBG sekolah Terima kasih juru...
26/05/2026

Sambutan Hari Guru peringkat SK PENGALAT BESAR pada 21 Mei 2026. Kelolaan sepenuhnya oleh PIBG sekolah

Terima kasih jurufoto ketikan gambar-gambar yang cantik

27.5.2026 | Salam Aidiladha Selamat menyambut hari raya Aidiladha Raikan dengan kesederhanaan penuh keinsafan dan penger...
26/05/2026

27.5.2026 | Salam Aidiladha

Selamat menyambut hari raya Aidiladha
Raikan dengan kesederhanaan penuh keinsafan dan pengertian.

Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah SWT

12.5.2026 | PERHIMPUNAN PAGI ISNIN Perhimpunan pagi ini turut meraikan pencapaian dan penglibatan murid dengan penyeraha...
11/05/2026

12.5.2026 | PERHIMPUNAN PAGI ISNIN

Perhimpunan pagi ini turut meraikan pencapaian dan penglibatan murid dengan penyerahan sijil dalam aktiviti PEMANIS yang lalu.

30 murid bertugas selaku urusetia semasa program tersebut diadakan turut menerima sijil penghargaan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

Tahun ini kesemua 41 peserta bagi acara Tilawah, Hafazan dan Khat layak menerima sijil penyertaan peringkat negeri Sabah secara dalam talian.

Syabas dan tahniah

7.5.2026 | ๐‘ด๐’†๐’”๐’š๐’–๐’‚๐’“๐’‚๐’• ๐‘ท๐’†๐’“๐’”๐’Š๐’‚๐’‘๐’‚๐’ ๐‘บ๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’–๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ฎ๐’–๐’“๐’– ๐‘บ๐‘ฒ ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’๐’‚๐’• ๐‘ฉ๐’†๐’”๐’‚๐’“ Mesyuarat dipengerusikan oleh En Irwan selaku Timbal...
10/05/2026

7.5.2026 | ๐‘ด๐’†๐’”๐’š๐’–๐’‚๐’“๐’‚๐’• ๐‘ท๐’†๐’“๐’”๐’Š๐’‚๐’‘๐’‚๐’ ๐‘บ๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’–๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ฎ๐’–๐’“๐’– ๐‘บ๐‘ฒ ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’๐’‚๐’• ๐‘ฉ๐’†๐’”๐’‚๐’“

Mesyuarat dipengerusikan oleh En Irwan selaku Timbalan Yang Dipertua PIBG sekolah, turut hadir Pn Noorziean Penolong Kanan HEM dan ustazah Royenny selaku Setiausaha.

Mesyuarat membincangkan persiapan sambutan hari guru yang dijangka akan dibuat pada 21 Mei nanti dibawah penyelarasan Puan Rena Eddy.

Bagi pihak guru mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas usaha ini.

"GURU BITARA NADI NEGARA"

9.5.2026 | ๐‘ท๐’†๐’“๐’‹๐’–๐’Ž๐’‘๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’๐’Œ๐’–๐’“๐’Š๐’Œ๐’–๐’๐’–๐’Ž Pelbagai aktiviti diadakan setiap kali  perjumpaan kokurikulum sekolah. 3 komponen uta...
10/05/2026

9.5.2026 | ๐‘ท๐’†๐’“๐’‹๐’–๐’Ž๐’‘๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’๐’Œ๐’–๐’“๐’Š๐’Œ๐’–๐’๐’–๐’Ž

Pelbagai aktiviti diadakan setiap kali perjumpaan kokurikulum sekolah. 3 komponen utama akan melaksanakan aktiviti berbeza dan dibuat secara bergilir iaitu sukan dan permainan , pasukan pakaian seragam akhir sekali kelab dan persatuan

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan mampu meningkatkan kemahiran serta pengetahuan sedia ada murid selain memberi ilmu serta pengalaman baharu.

Oleh yang demikian, komitmen kehadiran murid tahun 4,5 dan 6 amatlah dititikberatkan.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada para ibubapa serta penjaga murid yang sentiasa memberi sokongan serta membantu pihak sekolah memastikan kehadiran anak-anak setiap kali perjumpaan kokurikulum

Jumpa lagi di perjumpaan akan datang!

7.5.2026 | ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’›๐’‚๐’Œ๐’‚๐’• ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’˜๐’‚ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’•, ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’๐’ˆ๐’–๐’ ๐‘จ๐’”๐’๐’‚๐’‡Terima kasih Pusat Zakat Negeri Sabah atas kesudian untuk mem...
10/05/2026

7.5.2026 | ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’›๐’‚๐’Œ๐’‚๐’• ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’˜๐’‚ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’•, ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’๐’ˆ๐’–๐’ ๐‘จ๐’”๐’๐’‚๐’‡

Terima kasih Pusat Zakat Negeri Sabah atas kesudian untuk membuka kaunter bagi urusan khidmat nasihat zakat serta potongan gaji kepada para kakitangan SK PENGALAT BESAR

Teristimewa buat insan bergelar ibu Selamat Hari Ibu
10/05/2026

Teristimewa buat insan bergelar ibu
Selamat Hari Ibu

9.5.2026 | ๐†๐„๐๐“๐€ ๐’๐”๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐๐€๐‘  8 orang murid mewakili SK PENGALAT BESAR  berjaya menyudahkan sesi rakama...
10/05/2026

9.5.2026 | ๐†๐„๐๐“๐€ ๐’๐”๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐๐€๐‘

8 orang murid mewakili SK PENGALAT BESAR berjaya menyudahkan sesi rakaman untuk pertandingan ini dengan jayanya

Syabas tahniah para peserta

1.Nur Qiera Batrisya Binti Abdul Hakim
2.Dhia Ramadani Ahmad Husaini
3.Nur Ramadani Syamila
4.Lizka Vera Harry
5.Azalea Khaliqa Dzahin
6.NurZara Arissa Mohd Azli
7.Dg Nur Azma Wahdia
8.NurQalesya Dhiya

Para murid dibimbing oleh cikgu Haziah Penolong Kanan Kokurikulum, cikgu Nadzri, Cikgu Ruslin dan cikgu Suriyati .

Sama-sama kita nantikan keputusan pertandingan nanti. Tahniah

Address

Kg Pengalat Besar
Papar
89607

Opening Hours

Monday 06:50 - 17:30
Tuesday 06:50 - 17:30
Wednesday 06:50 - 17:30
Thursday 06:50 - 17:30
Friday 06:50 - 17:00

Telephone

+6088911060

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK PENGALAT BESAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK PENGALAT BESAR:

Shortcuts

Share