SK Tanaki Papar

SK Tanaki Papar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Tanaki Papar, School, Papar.

Sekolah Kebangsaan Tanaki Papar terletak lebih kurang 23 kilometer dari Pekan Papar.Ianya merupakan sekolah kurang murid (SKM) dengan pelajar sekitar 60 - 80 orang murid dan tenaga pengajar seramai 13 orang.

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PELAJAR DAN GRADUASI TAHUN 6 DAN PRASEKOLAH SK TANAKI 2025. 18 DISEMBER 2025.
21/12/2025

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PELAJAR DAN GRADUASI TAHUN 6 DAN PRASEKOLAH SK TANAKI 2025. 18 DISEMBER 2025.

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BADAN BERUNIFORM SK TANAKI PAPAR- 2025 12 -13 DISEMBER 2025-
14/12/2025

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BADAN BERUNIFORM SK TANAKI PAPAR- 2025 12 -13 DISEMBER 2025-

03/07/2025
03/07/2025
Mesyuarat agung tahunan PIBG SK Tanaki yang sepatutnya diadakan sebelum ini akhirnya berjaya dilaksanakan pada hari ini ...
21/06/2025

Mesyuarat agung tahunan PIBG SK Tanaki yang sepatutnya diadakan sebelum ini akhirnya berjaya dilaksanakan pada hari ini 21 Jun 2025.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan AJK 2023-2024 terutamanya mantan YDP iaitu puan Connie Fred Joseph atas usaha dan sumbangan yang tidak terkira banyaknya sepanjang menjalankan tugas sebagai YDP PIBG SK Tanaki. Tahniah diucapkan kepada Encik Makeroney Motinin atas perlantikan sebagai yang dipertua PIBG SK Tanaki yang baharu dan juga seluruh barisan AJK yang baharu.semoga kerjasama di antara guru dan ibubapa/penjaga terus mantap demi kemenjadian anak2 sk tanaki.syabas dan tahniah semua.

Tahniah kepada semua atlet SK Tanaki atas kejayaan yang luar biasa pada Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Papar Zon 2 ya...
30/04/2025

Tahniah kepada semua atlet SK Tanaki atas kejayaan yang luar biasa pada Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Papar Zon 2 yang telah berlangsung pada 28 dan 29 April bertempat di SK Kawang dan kompleks sukan penampang.

Pencapaian - Pingat Emas bagi acara 100 meter dan 200 meter kategori lelaki oleh adik GABRIEL ELKANAH sekaligus dinobatkan sebagai OLAHRAGAWAN untuk kejohanan ini. tahniah..pencapaian LUAR BIASA oleh murid yang LUAR BIASA.. awesome..

ucapan terima kasih yang terhingga kepada semua barisan jurulatih, guru pengiring, pentadbir dan ibubapa/penjaga yang sentiasa memberi sokongan dan tidak lupa juga kepada PIBG yang telah menyumbang dalam bentuk kewangan kpd team SK Tanaki.

14.12.2024Selesai sudah perkhemahan unit badan beruniform SK Tanaki selama 2 hari 1 malam. setinggi-tinggi penghargaan k...
14/12/2024

14.12.2024
Selesai sudah perkhemahan unit badan beruniform SK Tanaki selama 2 hari 1 malam. setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh barisan AJK pelaksana yang telah bertungkus-lumus melaksanakan tugas masing2.Syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah berjaya mengikuti perkhemahan ini dengan jayanya.Terbaik semua👍👍👍

6.12.2024 Sambutan Hari Kanak2 Sedunia peringkat SK Tanaki Papar yang bertemakan cosplay. Selain menghargai kanak2, samb...
08/12/2024

6.12.2024 Sambutan Hari Kanak2 Sedunia peringkat SK Tanaki Papar yang bertemakan cosplay. Selain menghargai kanak2, sambutan ini juga merupakan salah satu usaha pihak sekolah dalam mewujudkan suasana/persekitaran sekolah yang kondusif yg dapat mewujudkan hubungan baik antara guru dengan murid agar dapat meningkatkan lagi peratus kehadiran murid ke sekolah. Tahniah kepada semua ibubapa, murid, guru dan akp yang sentiasa menyokong aktiviti sekolah..memang awesome dan terbaik💪👍👍👍

Sesi perhimpunan pagi ini diserikan dengan kehadiran Guru Besar baharu yang melapor diri pada pagi ini menggantikan Enci...
12/08/2024

Sesi perhimpunan pagi ini diserikan dengan kehadiran Guru Besar baharu yang melapor diri pada pagi ini menggantikan Encik Othman Kassim yang telah bersara wajib pada 10 julai yang lalu. Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada Encik Meszlan Ramlee, Guru Besar SK Tanaki Papar yang memulakan tugas pada hari ini. Perhimpunan pada pagi ini juga diselitkan dengan sesi penyampaian sijil dan pingat kepada murid-murid yang telah mewakili sekolah dalam beberapa aktiviti iaitu, Kejohanan Olahraga MSSD Papar Zon 2 Kinarut, Kejohanan Catur MSS Bahagian selatan dan Kem Pemilihan Catur Negeri Sabah yang telah berlangsung pada bulan Julai yang lalu. antara pencapaian murid SK Tanaki adalah seperti berikut:
1. JOHAN LONTAR PELURU LELAKI - OLAHRAGA MSS DAERAH PAPAR ZON 2 KINARUT.
2. TEMPAT KE- EMPAT- CATUR MSS BAHAGIAN SELATAN.
3. MEWAKILI ZON SELATAN - CATUR PERINGKAT NEGERI SABAH

SYABAS DAN TAHNIAH

Semoga berjaya diucapkan kepada Nick Xavier Joechim iaitu murid SK Tanaki Papar yang mewakili bahagian  Selatan ke kejoh...
24/07/2024

Semoga berjaya diucapkan kepada Nick Xavier Joechim iaitu murid SK Tanaki Papar yang mewakili bahagian Selatan ke kejohanan catur peringkat Negeri Sabah 2024 (kem pemilihan) yang sedang berlangsung di daerah Kunak. Terima kasih diucapkan kepada penolong kanan pentadbiran sk tanaki iaitu puan Shirley P. Juhim dan puan Marni Tam yang sudi berkorban dari segi tenaga, masa dan kewangan untuk mengiring murid ke kejohanan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan PIBG dan YDP PIBG iaitu puan Connie Fred Joseph kerana sudi memberi sumbangan untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi.
Akhir sekali, terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam melahirkan dan memaksimumkan bakat murid2 SK Tanaki. Semoga murid SK Tanaki terus cemerlang.

11/07/2024
11/07/2024

Lontaran Emas

Address

Papar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tanaki Papar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category