Pusat Tingkatan Enam - PTE SMKA Kimanis, Papar

Pusat Tingkatan Enam - PTE SMKA Kimanis, Papar Lead a Legacy | Selangkah Ke Menara Gading - SEMANIS menuju Puncak.

29 April 2026 (Rabu)Program Kembara Ilmu STPM 2026 diteruskan ke SMK Clifford, Kuala Kangsar. Melalui perbincangan antar...
04/05/2026

29 April 2026 (Rabu)

Program Kembara Ilmu STPM 2026 diteruskan ke SMK Clifford, Kuala Kangsar.

Melalui perbincangan antara wakil PTE SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar dan wakil SMKA Kimanis, Papar, Sabah, kami telah bersetuju untuk menjalankan sebuah program Jalinan Ilmu untuk mendedahkan para pelajar dengan teknik menjawab Kertas Pengajian Am, Sejarah, dan Bahasa Melayu menjelang peperiksaan STPM Semester 2 yang bakal berlangsung pada bulan Jun 2026.

Terima kasih tidak terhingga kepada SMK Raja Muda Musa sebagai penganjur, SMK Clifford sebagai tuan rumah dan PPD Kuala Kangsar yang membantu pengurusan program.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Aziz bin Mohamad Gazi (Guru Sejarah) dan Puan Muna binti Mohamed Radzi (Guru Cemerlang Pengajian Am) kerana sudi berkongsi ilmu dan tips.

Turut hadir semasa majlis penutupan ialah Encik Khairulamri bin Sulaiman (Timbalan PPD Pembelajaran, PPD Kuala Kangsar), Encik Hairolazman bin Mat Noor (Pengetua SMK Raja Muda Musa), penolong-penolong Kanan Tingkatan Enam dari SMK Raja Muda Musa dan SMK Clifford dan barisan pensyarah dari semua sekolah yang menyertai program ini.

Ahli rombongan kemudiannya singgah di Istana Kenangan Kuala Kangsar dan menunaikan solat di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

28 April 2026 (Selasa)Program Kembara Ilmu STPM SMKA Kimanis 2026 diteruskan dengan kunjungan ke Sekolah Izzuddin Shah, ...
29/04/2026

28 April 2026 (Selasa)

Program Kembara Ilmu STPM SMKA Kimanis 2026 diteruskan dengan kunjungan ke Sekolah Izzuddin Shah, Perak.

Program dimulakan dengan sesi alu-aluan oleh Encik Hasri bin Sahabudin, Penolong Kanan HEM Sekolah Izzuddin Shah dan Puan Nor Ammar bt Mohd, PK Tingkatan Enam Sekolah Izzuddin Shah. Sekolah Izzuddin Shah merupakan sekolah agama lelaki pertama di Malaysia.

Seterusnya, para pelajar mengikuti Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Arab yang disampaikan oleh Ustazah Diyana binti Sani dan Ustazah 'Izzah binti Md Suaid. Selain itu, Ustaz Shahrin bin Wasli dari SMKA Kimanis juga turut membuat perkongsian bagi matapelajaran yang sama.

Dalam masa yang sama, guru-guru dari kedua-dua sekolah turut melaksanakan sesi PLC (Professional Learning Community) mengikut unit masing-masing bagi berkongsi idea, pengalaman dan amalan terbaik dalam pengajaran.

Terima kasih kepada warga SIS atas layanan yang sangat baik serta kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman bersama kami.

Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus mekar dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam usaha melahirkan generasi cemerlang.

Ahli rombongan seterusnya melawat Gunung Lang dan menunaikan solat di Masjid Muhammadiah Chinese Mosque.

✨ Selangkah ke Menara Gading
✨ 4.0 Lead A Legacy
✨ SEMANIS AnNajah WalFalah

27 April 2026 (Isnin)Program Kembara Ilmu STPM SMKA Kimanis 2026 dimulakan dengan kunjungan ke SMKA Sultan Azlan Shah, P...
29/04/2026

27 April 2026 (Isnin)

Program Kembara Ilmu STPM SMKA Kimanis 2026 dimulakan dengan kunjungan ke SMKA Sultan Azlan Shah, Perak.

Program dimulakan dengan sesi alu-aluan serta perkongsian amalan terbaik oleh Encik Mohd Fadzly bin Che Kamaruddin, Penolong Kanan Tingkatan Enam SMKA Sultan Azlan Shah. Perkongsian ini memberi banyak inspirasi dan panduan dalam usaha memperkasa kecemerlangan pelajar Tingkatan Enam di SMKA Kimanis.

Seterusnya, para pelajar mengikuti Bengkel Teknik Menjawab bagi mata pelajaran Pengajian Syariah Kontemporari yang disampaikan oleh Ustazah Zuraini binti Dziyauddin serta Pengajian Usuluddin oleh Ustazah Norakhilah binti Baharin. Selain itu, Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Arab turut disampaikan oleh Ustaz Shahrin bin Wasli.

Dalam masa yang sama, guru-guru dari kedua-dua sekolah turut melaksanakan sesi PLC (Professional Learning Community) mengikut unit masing-masing bagi berkongsi idea, pengalaman dan amalan terbaik dalam pengajaran.

Terima kasih kepada warga SMKA Sultan Azlan Shah atas layanan yang sangat baik serta kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman bersama kami.

Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus mekar dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam usaha melahirkan generasi cemerlang.

Ahli rombongan juga diberikan kesempatan untuk menunaikan solat di Masjid Universiti Teknologi Petronas (UTP).

✨ Selangkah ke Menara Gading
✨ 4.0 Lead A Legacy
✨ SEMANIS AnNajah WalFalah

Jom masuk PTE SEMANIS! 🫶
25/04/2026

Jom masuk PTE SEMANIS! 🫶

📢 SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 6 (SEMESTER 1 2026)Tahniah kepada semua pelajar lepasan SPM! 🎓Semakan tawaran kemasukan k...
22/04/2026

📢 SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 6 (SEMESTER 1 2026)

Tahniah kepada semua pelajar lepasan SPM! 🎓

Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2026 boleh dibuat mulai:

🗓 24 April 2026 (Jumaat)
⏰ Jam 10.00 pagi

Layari portal:
🌐 sst6.moe.gov.my

📌 Tarikh semakan:
24 April 2026 hingga 8 Mei 2026

Sekiranya anda menerima tawaran, jom sertai kami di Pusat Tingkatan Enam SMKA Kimanis (PTE SEMANIS)!

✨ Di sini, pelajar bukan sahaja dibimbing untuk mencapai kecemerlangan STPM, malah turut diperkasakan dengan:
📚 budaya ilmu yang tinggi
🤝 pembangunan sahsiah dan kepimpinan
🌍 pengalaman program akademik dan kokurikulum yang menyeluruh

STPM – Laluan ke Universiti Awam dan masa depan gemilang.

🎯 Jom Masuk Tingkatan Enam di SMKA Kimanis!

👨🏽‍🎓Jom masuk Tingkatan 6 SMKA Kimanis Kepada adik-adik SPM 2025, jangan ragu lagi! Tingkatan 6 di SMK Agama Kimanis buk...
04/04/2026

👨🏽‍🎓Jom masuk Tingkatan 6 SMKA Kimanis

Kepada adik-adik SPM 2025, jangan ragu lagi! Tingkatan 6 di SMK Agama Kimanis bukan sahaja menyediakan peluang dalam akademik, malah membentuk sahsiah, kepimpinan, serta membuka peluang kepada para pelajar untuk menerokai bidang yang lebih luas di IPTA nanti (bidang agama/sains sosial).

STPM adalah PILIHAN TERBAIK, bukan pilihan terakhir. Mengapa?

📍Laluan PANTAS ke universiti.
📍Yuran pendidikan TERMURAH.
📍Sijil setaraf A LEVEL / Cambridge.
📍Guru TERLATIH & berpengalaman.
📍Peluang ULANGAN subjek.
📍Peluang lanjutan bidang AGAMA.
📍Peluang ke IPG melalui STPM.

Mari bersama PTE SEMANIS - Lead A Legacy, Selangkah Ke Menara Gading.

📞 Sebarang Pertanyaan :
Florinta Edward
(Penolong Kanan Tingkatan 6)
017-868 2844

22/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Love,
Tenaga Pengajar,
PTE SMK Agama Kimanis

26/02/2026

Alhamdulillah, anak-anak telah selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan atas segala kerjasama serta sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pihak ibu bapa sepanjang anak-anak Tingkatan Enam Sesi 2024/2025 berada di SEMANIS. Kerjasama, kepercayaan dan kasih sayang ibu bapa inilah yang menjadi sumber kekuatan kami para guru dalam mendidik dan membimbing anak-anak. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala kebaikan tersebut. Semoga kita semua dipertemukan lagi di lain masa dan kesempatan, serta ukhwah ini terus terjalin dan berpanjangan.

Semanis AnNajah WalFalah

14 Februari 2026 | Sabtu : Majlis Graduasi & Apresiasi Pusat Tingkatan Enam (PTE) SMKA Kimanis Kali Ke-12 Tahun 2025 tel...
21/02/2026

14 Februari 2026 | Sabtu :

Majlis Graduasi & Apresiasi Pusat Tingkatan Enam (PTE) SMKA Kimanis Kali Ke-12 Tahun 2025 telah berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Majlis penuh gilang gemilang ini telah dihadiri oleh Ustaz Roslan Bin Diming,
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah selaku perasmi majlis, Ustazah Norimah binti Sadih selaku Pengetua SMK Agama Kimanis, Encik Rustan bin Aripuddin selaku Yang Di Pertua PIBG SMK Agama Kimanis, Cik Florinta Edward selaku Pen. Kanan Tingkatan Enam, Encik Mahali bin Abdul Kahar selaku Penolong kanan Pentadbiran dan Encik Mohd Masdey bin Tasrip selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Turut hadir memeriahkan majlis, Ustaz Mohd. Rapi bin Manji, Mantan pensyarah Bahasa Arab Pusat Tingkatan 6 SEMANIS.

Kehadiran para pensyarah dan para ibu bapa turut menyerikan lagi majlis pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Tilawah Al Quran oleh salah seorang pelajar tingkatan 6 iaitu Muhammad Nur Aiman Bin Md Jahidin, surah Al Anfaal ayat 21-25.

Majlis ini bertujuan meraikan 38 orang anak-anak pelajar STPM tahun 2025 yang telah berjaya menempuh onak duri sepanjang 3 semester, jatuh bangun, tangis tawa bersama rakan-rakan dan juga semua pensyarah-pensyarah PTE SEMANIS.

Hari ini bukan sekadar meraikan pencapaian akademik, tetapi juga menyanjung nilai disiplin, kepimpinan, dan semangat juang yang ditunjukkan oleh semua pihak.

Tiga jenis anugerah telah disampaikan kepada pelajar yang terpilih iaitu Anugerah Bitara Bestari, Anugerah Bitara Kepimpinan, Anugerah Bitara Mithali. Para pelajar yang terpilih ini menunjukkan kualiti masing-masing dalam bidang akademik, kepimpinan dan sahsiah. Tahniah diucapkan!

Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari.

PTE SEMANIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa, barisan pensyarah yang menyusun atur perjalanan majlis, ajk pelajar dari kalangan 6 rendah, para penyumbang antaranya IKRAR, PIBG, dan KOPERASI SMK Agama Kimanis.

Hanya Allah SWT dapat membalas segalanya. Doakan anak-anak pelajar ini mendapat keputusan cemerlang dalam STPM 2025 nanti.

#4.0leadalegacy

Sekitar Program 4 Dalam 1 STPM Bil.3 SMK Agama Kimanis (Bicara Muafakat, Anugerah Lestari Kecemerlangan, Baiah & Penyera...
01/11/2025

Sekitar Program 4 Dalam 1 STPM Bil.3 SMK Agama Kimanis (Bicara Muafakat, Anugerah Lestari Kecemerlangan, Baiah & Penyerahan Slip Peperiksaan).

Terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir menjayakan program. Mudah-mudahan kehadiran tuan/puan akan menyuntik semangat anak-anak untuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Sekalung penghargaan juga kepada semua barisan pentadbir, guru dan pelajar Tingkatan 6 yang telah menjayakan program ini.

Tidak lupa kepada semua ibubapa dan individu perseorangan yang telah berinfak wang ringgit (jamuan dan hadiah lestari kecemerlangan) dan jamuan potluck. Semoga Allah SWT merahmati jasa baik tuan/puan sekalian.

Address

SMKA KIMANIS, PETI SURAT 231,, PAPAR
Papar
89608

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Tingkatan Enam - PTE SMKA Kimanis, Papar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category