04/10/2022
Alhamdulillah berakhir Majlis Makan Amal PIBG SEMANIS 2022 - hasil kutipan terkumpul mencapai sasaran.
Dan semuanya tidak akan terjadi tanpa izin Allah SWT, dan usaha keras semua pihak. Seluruh warga SEMANIS yang menyumbang idea, kudrat, masa, harta untuk sama-sama merealisasikan misi mendapatkan dana pembelian van.
Ibu bapa yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi. Alumni sekolah yang sangat banyak membantu. AJK PIBG yang komited dan menjadi tulang belakang majlis ini. Serta semua pihak yang membantu merealisasikan misi kali ini.
Semoga segalanya menjadi sebab menjemput rahmat Allah Swt kepada kita semua. Layak masuk syurga Allah SWT dengan rahmatNya.
Memohon seribu kemaafan atas kekurangan yang ada & kita akan berusaha menambah baik gerak kerja selepas ini.
Terima kasih daripada barisan AJK PIBG 2021/2023.