Maahad Tahfiz Alquran Assanaa' lelaki

Maahad Tahfiz Alquran Assanaa' lelaki Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maahad Tahfiz Alquran Assanaa' lelaki, School, Maahad Tahfiz Al Quran Assanaa' (LELAKI) Batu 17 Pantai Remis, Pantai Remis.

23/02/2026

Alhamdulillah 🌙✨
Cerita Malam Ramadan di Maahad Tahfiz Al-Quran Assanaa
Lepas je solat Tarawih di Masjid Aliah Pantai Remis, anak-anak tahfiz tak terus balik rehat… sambung p**a dengan tadarus Al-Quran secara bergilir-gilir.
Duduk dalam halaqah, masing-masing pegang mushaf, baca perlahan-lahan, semak tajwid sama-sama. Suasana tenang, sejuk hati dengar ayat-ayat Allah berkumandang dalam masjid 🤍
Beginilah rutin mereka sepanjang Ramadan —
isi malam dengan Al-Quran,
latih disiplin,
dan didik hati supaya makin dekat dengan kalamullah.
Moga setiap huruf yang dibaca jadi pahala berlipat kali ganda dan anak-anak ini terus istiqamah hingga khatam 30 juzuk, insyaAllah 🤲✨
Doakan mereka ya ❤️



27/01/2026
Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Maahad Tahfiz Al-Quran Assanaa’ dengan penuh hormat mengalu...
27/01/2026

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Maahad Tahfiz Al-Quran Assanaa’ dengan penuh hormat mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai penamaan arwah bagi bacaan tahlil dan doa yang akan dilaksanakan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan oleh para pelajar dan warga Maahad.

Bacaan ini diniatkan sebagai hadiah pahala kepada roh insan-insan yang telah kembali ke rahmatullah, dengan harapan semoga Allah SWT mengurniakan keampunan, rahmat dan ketenangan buat mereka yang didoakan.

Sebagaimana firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنۢ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَٰنِ
“Dan orang-orang yang datang kemudian daripada mereka berkata: Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman.”
(Surah Al-Hasyr: 10)

Rasulullah ﷺ juga bersabda:
“Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya.”
(Riwayat Muslim)

Melalui bacaan tahlil dan doa yang berterusan ini, diharapkan ia menjadi salah satu wasilah doa yang mengalir pahalanya kepada arwah, di samping menjadi amalan yang diberkati di bulan yang mulia ini.

Semoga setiap nama arwah yang disertakan menerima manfaat daripada bacaan Al-Quran dan doa yang dipanjatkan, dan semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada semua pihak yang mengambil bahagian.

Di sini kami sertakan link bagi mengisi nama-nama arwah : 👉🏻 https://forms.gle/m397ceAG5Bca4viZA

Alhamdulillah pelajar dapat merasai naik feri p**au pinang
16/12/2025

Alhamdulillah pelajar dapat merasai naik feri p**au pinang

Hari ke 2 jaulah di penang...16/12/2025Alhamdulillah.Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Assanaa sedang menikmati makan tenga...
16/12/2025

Hari ke 2 jaulah di penang...16/12/2025

Alhamdulillah.
Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Assanaa sedang menikmati makan tengah hari nasi kandar hasil sumbangan yang telah diuruskan oleh Puan Sarina dari Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Pihak maahad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Sarina binti Sakir Tambi serta semua pihak yang turut menyumbang melalui beliau.
Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang luas dan diberkati, dipermudahkan segala urusan, serta membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berpanjangan.

🌸 Jazakumullahu khairan kathira.

🌸 Alhamdulillah 🌸Hari ini seorang lagi anak soleh melangkah ke jalan mulia — menuntut ilmu al-Quran. Dalam suasana akhir...
24/09/2025

🌸 Alhamdulillah 🌸
Hari ini seorang lagi anak soleh melangkah ke jalan mulia — menuntut ilmu al-Quran. Dalam suasana akhir zaman yang penuh cabaran, dia memilih untuk mengikat hatinya dengan kalam Allah.

Doakan agar langkah kecil ini terus istiqamah sehingga Allah angkat darjatnya sebagai seorang Al-Hafiz, menghadiahkan mahkota kemuliaan buat kedua ibu bapanya kelak di akhirat. 🌹

Semoga setiap huruf yang dihafaz menjadi pahala yang mengalir tanpa henti untuk dirinya, keluarganya, dan kita semua yang menyokong perjalanan ini.

🤲🏻✨

✨ Peluang Infaq ✨Kami membuka peluang infaq bagi menyediakan alat pemadam api demi keselamatan para pelajar. 🔥🧯Setiap su...
24/09/2025

✨ Peluang Infaq ✨
Kami membuka peluang infaq bagi menyediakan alat pemadam api demi keselamatan para pelajar. 🔥🧯

Setiap sumbangan, besar atau kecil, akan menjadi amal jariah yang pahalanya terus mengalir insyaAllah.

🤲🏼 Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran buat semua penyumbang.

“Alhamdulillah, pagi ini sebelum para pelajar p**ang bercuti, semua pelajar akan disemak bacaan Al-Fatihah mereka. Tujua...
10/09/2025

“Alhamdulillah, pagi ini sebelum para pelajar p**ang bercuti, semua pelajar akan disemak bacaan Al-Fatihah mereka. Tujuannya supaya apabila berada di rumah nanti, andai diminta menjadi imam di surau atau bersama keluarga, bacaan mereka lebih terjaga dan teratur.

Al-Fatihah adalah rukun utama dalam solat, maka sangat penting bagi setiap anak-anak ini untuk membacanya dengan betul dan lancar. Moga usaha ini menjadi bekal ibadah mereka di mana sahaja berada, insyaAllah. 🤲📖✨”

06/09/2025

Alhamdulillah, beginilah suasana meriah perarakan sempena Sambutan Maulidurrasul SAW di Surau Al-Ikhlas, Matang Kerian bersama pelajar Tahfiz, Sekolah Smarta dan masyarakat kampung sekitar. 🌸

✨ Sambutan Maulidurrasul SAW di Surau Al-Ikhlas, Matang Kerian ✨Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah ...
06/09/2025

✨ Sambutan Maulidurrasul SAW di Surau Al-Ikhlas, Matang Kerian ✨

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, hari ini Tahfiz kami bersama Sekolah Smarta serta masyarakat kampung sekitar telah berjaya mengadakan Program Sambutan Maulidurrasul SAW yang berlangsung dengan penuh keberkatan di Surau Al-Ikhlas, Matang Kerian. 🌸

Majlis dimulakan dengan bacaan selawat dan tazkirah ringkas tentang sirah junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Para pelajar, guru-guru, dan penduduk kampung bersama-sama menghayati detik-detik indah mengenang perjuangan dan akhlak mulia Baginda yang menjadi contoh sepanjang zaman. 💖

Kehadiran masyarakat kampung amat menceriakan suasana, menjadikan majlis ini bukan sekadar program tahunan, tetapi juga ruang untuk mengeratkan ukhuwah, menyuburkan rasa kasih sayang, serta menanam kecintaan mendalam terhadap Rasulullah SAW. 🌹

Semoga sambutan ini memberi inspirasi kepada kita semua untuk mencontohi sunnah dan akhlak Baginda dalam kehidupan seharian, serta menjadikan kita hamba yang sentiasa bersyukur dan beramal soleh.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد

🌸✨ Selamat Menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW ✨🌸Hari ini kita sama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muha...
05/09/2025

🌸✨ Selamat Menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW ✨🌸

Hari ini kita sama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang membawa cahaya iman dan rahmat buat seluruh alam. Baginda bukan sekadar seorang rasul, tetapi juga pendidik, pembimbing, dan contoh akhlak terbaik untuk kita serta anak-anak kita.

Di madrasah/tahfiz ini, kami berusaha mendidik para pelajar bukan sahaja dengan ilmu al-Quran, tetapi juga dengan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Semoga setiap huruf yang mereka baca, setiap ayat yang mereka hafal, dan setiap akhlak yang mereka amalkan menjadi wasilah untuk mendekatkan diri kepada Baginda dan akhirnya kepada Allah SWT.

💚 Mari kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW, mendidik anak-anak dengan akhlak Rasulullah, dan menjadikan keluarga kita sebagai keluarga yang dicintai Allah dan Rasul-Nya.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang terbaik bagi kamu.” (Al-Ahzab: 21)

Address

Maahad Tahfiz Al Quran Assanaa' (LELAKI) Batu 17 Pantai Remis
Pantai Remis
34900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Alquran Assanaa' lelaki posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category