SK Pengkalan Baharu

SK Pengkalan Baharu Page rasmi SK Pengkalan Baharu, Pantai Remis.

ISNIN10/08/2026🇲🇾 MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2026 🇲🇾Sekolah Kebangsaan Pengkalan BaharuSemarakkan semangat patri...
11/08/2026

ISNIN
10/08/2026

🇲🇾 MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2026 🇲🇾

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu

Semarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air melalui sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah.

Semoga program ini dapat menyemai rasa bangga sebagai rakyat Malaysia serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah.

Jalur Gemilang dikibar megah,
Semangat Merdeka terus membara! 🇲🇾❤️

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Isnin | 03.08.2026Perhimpunan Rasmi SekolahAgenda:👉Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada murid-murid yang tela...
04/08/2026

Isnin | 03.08.2026

Perhimpunan Rasmi Sekolah

Agenda:

👉Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai pertandingan dan kejohanan.

👉Tahniah diucapkan kepada semua penerima. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

31 Julai 2026 (Jumaat)Aktiviti Hari Ini- Bacaan Yasin Mingguan.Tahniah & Syabas🎉 Tahniah diucapkan kepada Adik Irwan ata...
31/07/2026

31 Julai 2026 (Jumaat)

Aktiviti Hari Ini

- Bacaan Yasin Mingguan.

Tahniah & Syabas

🎉 Tahniah diucapkan kepada Adik Irwan atas kejayaan mewakili Daerah Manjung 2026 dalam acara Stacking (PPKI).

🎉 Tahniah juga kepada Adik Irfan yang telah terpilih mewakili Negeri Perak ke Kejohanan Baseball Peringkat Kebangsaan 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha, berdisiplin dan mengharumkan nama sekolah, daerah serta negeri. Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang!

📌 Isnin | 27 Julai 2026Program Pemantapan Sahsiah Bersama Polis Pantai RemisAlhamdulillah, warga sekolah telah mengikuti...
28/07/2026

📌 Isnin | 27 Julai 2026

Program Pemantapan Sahsiah Bersama Polis Pantai Remis

Alhamdulillah, warga sekolah telah mengikuti Program Pemantapan Sahsiah yang disampaikan oleh pihak Polis Pantai Remis.

Semoga segala ilmu, nasihat dan perkongsian yang diberikan dapat membentuk sahsiah murid yang berdisiplin, berakhlak mulia serta menjadi insan yang bertanggungjawab.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Polis Pantai Remis atas kesudian menjayakan program ini.

TAHNIAH ANAK-ANAK SK PENGKALAN BAHARU! 🏐🎉Warga SK Pengkalan Baharu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 7 orang mur...
26/07/2026

TAHNIAH ANAK-ANAK SK PENGKALAN BAHARU! 🏐🎉

Warga SK Pengkalan Baharu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 7 orang murid yang telah berjaya terpilih mewakili Daerah Manjung ke Kejohanan MSSPK Bola Baling 2026.

🏐 Pasukan Lelaki
• Faiz
• Ammar
• Syahmi

🏐 Pasukan Perempuan
• Durra
• Adila
• Qaseh
• Marissa

Alhamdulillah, penyertaan ini telah membuahkan keputusan yang membanggakan apabila pasukan perempuan Daerah Manjung berjaya meraih tempat ketiga, manakala pasukan lelaki berjaya melangkah sehingga ke peringkat suku akhir.

Pihak sekolah amat berbangga dengan komitmen, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan oleh semua murid. Semoga kejayaan dan pengalaman berharga ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah juga kepada para jurulatih, pengurus pasukan, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak ini.

SK Pengkalan Baharu Melahirkan Murid Berprestasi, Cemerlang Sukan dan Berakhlak Mulia.

🏆 TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA 🏆Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:🏐 Lelaki• Ammar• Faiz• Syahmi🏐 Perempuan• Durra•...
23/07/2026

🏆 TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA 🏆

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:

🏐 Lelaki
• Ammar
• Faiz
• Syahmi

🏐 Perempuan
• Durra
• Adila
• Qaseh
• Marissa

atas kejayaan terpilih mewakili Daerah Manjung ke Kejohanan MSSPK Bola Baling 2026 Peringkat Negeri Perak.

Kejohanan akan berlangsung bermula 24 hingga 26 Julai 2026.

Semoga anak-anak terus berjuang dengan penuh semangat, mempamerkan disiplin yang tinggi, bermain sebagai satu pasukan dan memberikan persembahan terbaik di gelanggang.

Semoga segala usaha dipermudahkan, dikurniakan kesihatan, keselamatan dan kejayaan yang membanggakan buat Daerah Manjung, sekolah, keluarga serta diri sendiri.

Selamat berjuang. Bawa nama Manjung dengan penuh kebanggaan dan cipta kejayaan di pentas MSSPK 2026! 💙💛🏆

🌸 SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR SEPBARU 🌸Warga SK Pengkalan Baharu (SEPBARU) mengucapkan Selamat Datang kepada:🌺 Cikg...
16/07/2026

🌸 SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR SEPBARU 🌸

Warga SK Pengkalan Baharu (SEPBARU) mengucapkan Selamat Datang kepada:

🌺 Cikgu Nurul Aini Binti Rozali
Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Semoga kehadiran Cikgu Nurul Aini membawa semangat baharu, idea yang bermanfaat serta terus menyumbang ke arah kecemerlangan murid-murid PPKI dan seluruh warga SEPBARU.

Selamat menjalankan tugas. Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan dan diberkati Allah SWT.

"Ilmu Suluh Hidup"

SELAMAT DATANG KE SEPBARUWarga Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu (SEPBARU) mengucapkan selamat datang dan selamat menj...
13/07/2026

SELAMAT DATANG KE SEPBARU

Warga Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu (SEPBARU) mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada:

🌸 Cikgu Siti Aisyah Binti Abu Bakar
🌸 Teacher Myzura Izwin Binti Kamarulzaman
🌸 Norsyakirah Binti Abdul Aziz
Pembantu Pemulihan (Program UPSI – 6 bulan)

Semoga kehadiran kalian membawa semangat baharu, keberkatan, dan kecemerlangan buat seluruh warga SEPBARU.
Selamat maju jaya dan selamat bertugas!

🏐 Perjalanan Hawks Perempuan di MSSD Bola Baling 2026 🏆Alhamdulillah, dengan izin Allah, perjalanan Hawks Perempuan tahu...
10/07/2026

🏐 Perjalanan Hawks Perempuan di MSSD Bola Baling 2026 🏆

Alhamdulillah, dengan izin Allah, perjalanan Hawks Perempuan tahun ini penuh dengan cabaran dan pengalaman yang sangat bermakna.

Peringkat Kumpulan (Kumpulan F)
📍 SK Ganga
📍 SK Sungai Tiram
📍 SJKT Mukim Pundut

Hawks berjaya melayakkan diri ke Pusingan 16, seterusnya menewaskan SK Ladang Huntly.

Di Suku Akhir, kami bertemu SK Pantai Remis. Perlawanan ini menyamai pencapaian tahun lalu, namun dengan izin Allah dan usaha yang tidak pernah putus, Hawks berjaya melangkah ke Separuh Akhir.

Di Separuh Akhir, Hawks berjaya menewaskan SK Beruas, sekali gus melayakkan diri ke pentas Akhir.

Perlawanan akhir menemukan Hawks dengan SK Seri Manjung. Alhamdulillah, dengan semangat juang, disiplin dan doa daripada semua, Hawks berjaya muncul sebagai JOHAN MSSD Bola Baling 2026. Dan adilah dinobatkan pemain terbaik kejohanan,

Segala puji bagi Allah atas rezeki dan kejayaan ini. Terima kasih kepada semua pemain, barisan jurulatih, pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa serta semua yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan. Kejayaan ini adalah milik kita bersama. 💙💛

🏐 Perjalanan Hawks Lelaki di MSSD Manjung 2026Alhamdulillah, satu perjalanan yang penuh dengan usaha, semangat dan pengo...
10/07/2026

🏐 Perjalanan Hawks Lelaki di MSSD Manjung 2026

Alhamdulillah, satu perjalanan yang penuh dengan usaha, semangat dan pengorbanan.

Hawks Lelaki memulakan saingan dalam Kumpulan E bersama SK Seri Setiawan, SK Seri Samudera dan SK Beruas. Dengan izin Allah, pasukan berjaya mara ke Pusingan XY, kemudian diundi dalam Kumpulan D bersama SK Telaga Nenas dan SK TLDM 1.

Perjuangan diteruskan apabila Hawks berjaya melangkah ke Suku Akhir dengan menewaskan SK TLDM 2, seterusnya mara ke Separuh Akhir buat kali pertama dalam sejarah, Walaupun tidak berjaya ke pentas final, Hawks menamatkan kejohanan dengan penuh bangga apabila berjaya meraih Tempat Ketiga Bersama.

Tahniah kepada semua pemain yang berjuang tanpa mengenal erti putus asa. Terima kasih kepada barisan jurulatih, pihak pentadbir, ibu bapa serta semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan sokongan kepada Hawks. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak pencapaian pada masa hadapan.

Address

SK Pengkalan Baharu
Pantai Remis
34900

Telephone

+6056777645

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Pengkalan Baharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Pengkalan Baharu:

Shortcuts

Share