Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung - Pulau Pangkor

Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung - Pulau Pangkor SEKOLAH TAHFIZ PULAU PANGKOR (STeP)
STeP melahirkan huffaz holistik

Assalammualaikum.SUMBANGAN SEMPENA INFAK JUMAAT SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN DAERAH MANJUNG YANG AKAN DIADAKAN ...
06/08/2026

Assalammualaikum.

SUMBANGAN SEMPENA INFAK JUMAAT SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN DAERAH MANJUNG YANG AKAN DIADAKAN PADA SETIAP HARI JUMAAT MENGIKUT KEIKHLASAN TUAN PUAN.

Sumbangan ini bertujuan bagi menambahkan dana PIBG untuk keperluan dan penggunaan khususnya anak didik STeP.

Terima kasih kepada Para Dermawan yang sudi membantu menghulurkan sedikit bantuan bagi kelancaran program yang akan diadakan ini.

Terima kasih.

Yang benar,
Lt Kdr Mohd Shah Norzaki Bin Mat Zin (Bersara)
YDP PIBG,
SEK. MEN. TAHFIZ DARUL RIDZUAN DAERAH MANJUNG

7 OGOS 2026 | JUMAAT

๐†๐€๐Œ๐๐€๐‘ | ๐Š๐„๐Œ ๐Œ๐”๐Š๐‡๐€๐˜๐˜๐€๐Œ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, Bidang Tahfiz Sekolah ...
05/08/2026

๐†๐€๐Œ๐๐€๐‘ | ๐Š๐„๐Œ ๐Œ๐”๐Š๐‡๐€๐˜๐˜๐€๐Œ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, Bidang Tahfiz Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung (SMTDR Manjung) telah berjaya menganjurkan ๐Š๐ž๐ฆ ๐Œ๐ฎ๐ค๐ก๐š๐ฒ๐ฒ๐š๐ฆ ๐€๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐’๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Program ini merupakan satu inisiatif dalam memperkukuh penguasaan hafazan, memperelok bacaan al-Quran serta menyemai kecintaan terhadap kalam Allah dalam kalangan para pelajar. Sepanjang kem berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti kerohanian dan pengukuhan hafazan, termasuk dua slot ceramah khas yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman yang memfokuskan teknik hafazan al-Quran serta tahsin bacaan dan qiraat, sekali gus memberi manfaat yang besar kepada para peserta.

Semoga segala ilmu, tunjuk ajar dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kem ini menjadi bekalan berharga dalam melahirkan generasi huffaz yang mantap hafazannya, indah bacaannya serta berakhlak mulia.

- STeP Melahirkan Huffaz Holistik Berasaskan STAF 2030 -


๐†๐€๐Œ๐๐€๐‘ | ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐„๐’๐˜๐”๐Š๐”๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐€ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐‘บ๐‘ป๐’†๐‘ท, ๐‘ท๐’–๐’๐’‚๐’– ๐‘ท๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’๐’“, 31 ๐‘ฑ๐’–๐’๐’‚๐’Š 2026 - Alhamdulillah, segala puji dan syukur dip...
03/08/2026

๐†๐€๐Œ๐๐€๐‘ | ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐„๐’๐˜๐”๐Š๐”๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐€ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“

๐‘บ๐‘ป๐’†๐‘ท, ๐‘ท๐’–๐’๐’‚๐’– ๐‘ท๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’๐’“, 31 ๐‘ฑ๐’–๐’๐’‚๐’Š 2026 - Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan izin-Nya, Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung (SMTDR Manjung) telah mengadakan ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ƒ๐จ๐š ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ sempena ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š๐š๐ง ๐Ÿ๐š๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐’๐“๐ž๐ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ.

Fasiliti ini merangkumi sebuah rumah warden, sebuah rumah pemandu, tiga buah kabin yang dijadikan bilik darjah, dua unit tandas serta sebuah bilik air, sebagai usaha memperkukuh prasarana dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif buat warga sekolah.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran wakil Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Yang Dipertua PIBG, Pengetua-pengetua Sekolah, wakil Polis Diraja Malaysia, wakil Kementerian Kesihatan Malaysia serta para jemputan dan rakan strategik yang sentiasa menyokong pembangunan sekolah.

Semoga kemudahan yang disediakan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan dan pembentukan sahsiah seluruh warga SMTDR Manjung. Mudah-mudahan majlis yang penuh keberkatan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan dan pembangunan yang berterusan, demi melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak mulia serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

- STeP Melahirkan Huffaz Holistik Berasaskan STAF 2030 -


๐๐Ž๐’๐“๐„๐‘ | ๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐Š๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐๐€๐€๐ ๐’๐๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Seluruh warga ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ง๐ ๐š๐ก ๐“๐š๐ก๐Ÿ๐ข๐ณ ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐‘๐ข๐๐ณ๐ฎ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ž๐ซ...
29/07/2026

๐๐Ž๐’๐“๐„๐‘ | ๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐Š๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐๐€๐€๐ ๐’๐๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Seluruh warga ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ง๐ ๐š๐ก ๐“๐š๐ก๐Ÿ๐ข๐ณ ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐‘๐ข๐๐ณ๐ฎ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  (๐’๐Œ๐“๐ƒ๐‘ ๐Œ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ) mengucapkan selamat maju jaya kepada 13 orang calon SPM Tahun 2026 yang sedang menduduki ๐๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐œ๐ฎ๐›๐š๐š๐ง ๐’๐๐Œ.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan, kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta diberikan ilham untuk menjawab setiap soalan dengan cemerlang. Jadikan peperiksaan ini sebagai medan terbaik untuk menilai tahap persediaan sebelum menghadapi SPM yang sebenar.

Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan para calon, guru serta ibu bapa membuahkan kejayaan yang membanggakan. Teruskan berusaha dengan penuh keyakinan, bertawakal kepada Allah SWT dan jangan mudah berputus asa. Semoga semua calon SMTDR Manjung memperoleh keputusan yang cemerlang serta menjadi kebanggaan keluarga, sekolah dan agama.

- STeP Melahirkan Huffaz Holistik Berasaskan STAF 2030 -


๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ | ๐Š๐„๐๐”๐“๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐„๐๐†๐€๐‡๐€๐ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ๐Š (๐๐๐’๐€)Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sej...
21/07/2026

๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ | ๐Š๐„๐๐”๐“๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐„๐๐†๐€๐‡๐€๐ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ๐Š (๐๐๐’๐€)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dimaklumkan kepada seluruh ibu bapa dan penjaga Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung (SMTDR Manjung) bahawa Keputusan Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik (PPSA) kini boleh disemak secara dalam talian melalui Sistem ASIS menggunakan ID dan kata laluan ibu bapa masing-masing.

Semoga keputusan yang diperoleh menjadi sumber motivasi untuk terus meningkatkan prestasi, di samping mengenal pasti aspek yang perlu diberi perhatian demi mencapai kecemerlangan yang lebih baik pada masa hadapan.

Semoga setiap kejayaan menjadi pemangkin untuk terus melangkah ke hadapan, manakala setiap cabaran menjadi peluang untuk memperbaiki diri.

- STeP Melahirkan Huffaz Holistik Berasaskan STAF 2030 -


๐†๐€๐Œ๐๐€๐‘ | ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐‘๐€๐‡ ๐‡๐€๐‰๐ˆ๐‘บ๐‘ป๐’†๐‘ท, ๐‘ท๐’–๐’๐’‚๐’– ๐‘ท๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’๐’“, 12 ๐‘ฑ๐’–๐’๐’‚๐’Š 2026 - Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah men...
17/07/2026

๐†๐€๐Œ๐๐€๐‘ | ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐‘๐€๐‡ ๐‡๐€๐‰๐ˆ

๐‘บ๐‘ป๐’†๐‘ท, ๐‘ท๐’–๐’๐’‚๐’– ๐‘ท๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’๐’“, 12 ๐‘ฑ๐’–๐’๐’‚๐’Š 2026 - Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah mengurniakan peluang kepada warga SMTDR Manjung untuk mengikuti ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐ˆ๐›๐ซ๐š๐ก ๐‡๐š๐ฃ๐ข. Program ini telah disampaikan oleh barisan penceramah daripada ๐…๐š๐ค๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ข ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐๐š๐ง ๐”๐ฆ๐ซ๐š๐ก, ๐ˆ๐ง๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ญ๐ข๐ฏ๐ž ๐‚๐จ๐ฅ๐ฅ๐ž๐ ๐ž ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ฒ, yang berkongsi ilmu, pengalaman serta hikmah di sebalik setiap rukun dan amalan ibadah haji.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang falsafah dan penghayatan ibadah haji sebagai salah satu rukun Islam, di samping menyemai rasa cinta terhadap Baitullah serta membentuk keperibadian Muslim yang berilmu, berakhlak dan bertakwa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Fakulti Haji dan Umrah, Innovative College University atas kesudian hadir berkongsi ilmu serta pengalaman yang amat bermakna kepada warga SMTDR Manjung. Semoga segala ilmu, nasihat dan ibrah yang disampaikan menjadi bekalan berharga kepada para pelajar dalam memahami hikmah di sebalik setiap ibadah serta meningkatkan kecintaan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.

- STeP Melahirkan Huffaz Holistik Berasaskan STAF 2030 -


๐†๐€๐Œ๐๐€๐‘ | ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐€๐‡๐‘๐€๐‰๐€๐ ๐๐”๐‘๐€๐๐ˆ๐‚๐‘บ๐‘ป๐’†๐‘ท, ๐‘ท๐’–๐’๐’‚๐’– ๐‘ท๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’๐’“, 11 ๐‘ฑ๐’–๐’๐’‚๐’Š 2026 - Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan ke hadrat A...
16/07/2026

๐†๐€๐Œ๐๐€๐‘ | ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐€๐‡๐‘๐€๐‰๐€๐ ๐๐”๐‘๐€๐๐ˆ๐‚

๐‘บ๐‘ป๐’†๐‘ท, ๐‘ท๐’–๐’๐’‚๐’– ๐‘ท๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’๐’“, 11 ๐‘ฑ๐’–๐’๐’‚๐’Š 2026 - Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan kurnia-Nya. Sekalung tahniah diucapkan kepada para peserta SMTDR Manjung yang telah mengharumkan nama sekolah dalam ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ก๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐ข๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” anjuran ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง ๐™๐š๐ข๐ง๐š๐ฅ ๐€๐›๐ข๐๐ข๐ง (๐”๐ง๐ข๐’๐™๐€) dengan kerjasama ๐Œ๐š๐š๐ก๐š๐ ๐“๐š๐ก๐Ÿ๐ข๐ณ ๐๐š๐ฒ๐ญ ๐€๐ฅ-๐ˆ๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ, ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ญ.

Program yang menghimpunkan para huffaz dan pencinta al-Quran ini mempertandingkan pelbagai acara berprestij seperti Azan, Tilawah al-Quran dan Hafazan al-Quran mengikut kategori yang ditetapkan. SMTDR Manjung telah menghantar lima orang wakil bagi menyertai beberapa kategori yang dipertandingkan.

Alhamdulillah, hasil usaha yang disertai dengan doa, bimbingan para guru serta kesungguhan para peserta telah membuahkan pencapaian yang amat membanggakan.

๐๐„๐๐‚๐€๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐’๐Œ๐“๐ƒ๐‘ ๐Œ๐€๐๐‰๐”๐๐†:

๐Ÿฅ‡ ๐‰๐Ž๐‡๐€๐ โ€“ Azan Menengah Atas (87%)
โ€ข EMIR ZHARFAN BIN SHAMDUL BAHAR

๐Ÿฅˆ ๐๐€๐ˆ๐ ๐‰๐Ž๐‡๐€๐ โ€“ Tilawah Menengah Rendah (78%)
โ€ข MUHAMMAD RUSYDAN BIN ROSLI

๐Ÿฅˆ ๐๐€๐ˆ๐ ๐‰๐Ž๐‡๐€๐ โ€“ Hafazan 1โ€“5 Juzuk (91%)
โ€ข AHMAD ZAHIRUDDIN BIN AHMAD AKMAL

๐Ÿฅ‰ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐Š๐„๐“๐ˆ๐†๐€ โ€“ Azan Menengah Rendah (85%)
โ€ข MUHAMMAD NUR ANAS BIN NORAZROL

๐ŸŽ–๏ธ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐Š๐„๐‹๐ˆ๐Œ๐€ โ€“ Hafazan 1โ€“10 Juzuk
โ€ข MOHAMAD FAIQ ASRI BIN ROSLAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru pembimbing yang telah memberikan sokongan, dorongan dan doa sepanjang program berlangsung. Kejayaan yang diraih ini merupakan bukti bahawa kecemerlangan dalam bidang al-Quran lahir daripada kesungguhan, disiplin dan keikhlasan dalam menuntut serta mengamalkan kalamullah.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta SMTDR Manjung. Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama sekolah di persada yang lebih tinggi.

๐†๐€๐Œ๐๐€๐‘ | ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐๐€๐Š ๐“๐€๐Š๐‘๐€๐– ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐€๐๐‰๐”๐๐† (๐Œ๐’๐’๐ƒ) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Alhamdulillah, sekalung tahniah dan pengh...
15/07/2026

๐†๐€๐Œ๐๐€๐‘ | ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐๐€๐Š ๐“๐€๐Š๐‘๐€๐– ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐€๐๐‰๐”๐๐† (๐Œ๐’๐’๐ƒ) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Alhamdulillah, sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada ๐ฉ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฉ๐š๐ค ๐ญ๐š๐ค๐ซ๐š๐ฐ ๐’๐“๐ž๐ atas komitmen dan semangat juang yang dipamerkan sepanjang penyertaan dalam ๐Š๐ž๐ฃ๐จ๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐’๐ž๐ฉ๐š๐ค ๐“๐š๐ค๐ซ๐š๐ฐ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  (๐Œ๐’๐’๐ƒ) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”. Penyertaan ini membuktikan bahawa warga SMTDR Manjung bukan sahaja berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan hafazan al-Quran, malah turut berdaya saing dalam arena sukan.

Pasukan sekolah telah mempamerkan aksi yang membanggakan apabila berjaya muncul sebagai ๐๐š๐ข๐› ๐‰๐จ๐ก๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐€, sekali gus melayakkan diri ke peringkat ๐’๐ฎ๐ค๐ฎ ๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ.

Walaupun perjalanan pasukan terhenti di peringkat Suku Akhir selepas tewas kepada SMK ACS Sitiawan (B), pencapaian yang diraih tetap wajar dibanggakan. Setiap perlawanan yang ditempuhi telah memberikan pengalaman berharga, meningkatkan keyakinan serta mematangkan corak permainan para pemain untuk menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua atlet dan guru pengiring sekolah iaitu Ustaz Asroy Abdullah dan Ustaz Zubair Zulkurnain atas usaha gigih serta semangat kesukanan yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, memperbaiki kelemahan dan kembali dengan prestasi yang lebih cemerlang pada kejohanan akan datang.

- STeP Melahirkan Huffaz Holistik Berasaskan STAF 2030 -

๐๐Ž๐’๐“๐„๐‘ | ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐Œ ๐Š๐„๐‚๐„๐‘๐†๐€๐’๐€๐ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐’๐“๐ž๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐‘บ๐‘ป๐’†๐‘ท, ๐‘ท๐’–๐’๐’‚๐’– ๐‘ท๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’๐’“, 10 ๐‘ฑ๐’–๐’๐’‚๐’Š 2026 - Dimaklumkan bahawa pihak sekola...
10/07/2026

๐๐Ž๐’๐“๐„๐‘ | ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐Œ ๐Š๐„๐‚๐„๐‘๐†๐€๐’๐€๐ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐’๐“๐ž๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐‘บ๐‘ป๐’†๐‘ท, ๐‘ท๐’–๐’๐’‚๐’– ๐‘ท๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’๐’“, 10 ๐‘ฑ๐’–๐’๐’‚๐’Š 2026 - Dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedang menjalankan ๐Š๐ž๐ฆ ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ซ๐ ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฉ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง๐š๐ง ๐’๐“๐ž๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” dengan ketetapan berikut:

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh : 10 โ€“ 11 Julai 2026 (Jumaat & Sabtu)
๐Ÿ“ Tempat : SM. Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung

Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah dan jati diri pelajar melalui penerapan nilai-nilai kepimpinan seperti:

โœ… Integriti
โœ… Disiplin
โœ… Kerjasama
โœ… Tanggungjawab
โœ… Keyakinan diri
โœ… Penyelesaian masalah dan perancangan visi

Tema: "Pelajar Cergas, Terus Memimpin"

Semoga program ini dapat membantu melahirkan pelajar yang berkarakter, berpotensi dan bersedia menjadi pemimpin masa hadapan.

"Membina Karakter โ€ข Memperkukuhkan Potensi โ€ข Melahirkan Pemimpin Masa Depan"

๐†๐€๐Œ๐๐€๐‘ | ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Ž๐‹๐€๐‡๐‘๐€๐†๐€ ๐’๐“๐ž๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ’๐‘บ๐‘ป๐’†๐‘ท ๐‘ท๐’–๐’๐’‚๐’– ๐‘ท๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’๐’“, 4 ๐‘ฑ๐’–๐’๐’‚๐’Š 2026 - Telah berlangsung ๐Š๐ž๐ฃ๐จ๐ก๐š๐ง...
05/07/2026

๐†๐€๐Œ๐๐€๐‘ | ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Ž๐‹๐€๐‡๐‘๐€๐†๐€ ๐’๐“๐ž๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ’

๐‘บ๐‘ป๐’†๐‘ท ๐‘ท๐’–๐’๐’‚๐’– ๐‘ท๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’๐’“, 4 ๐‘ฑ๐’–๐’๐’‚๐’Š 2026 - Telah berlangsung ๐Š๐ž๐ฃ๐จ๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Ž๐ฅ๐š๐ก๐ซ๐š๐ ๐š ๐’๐“๐ž๐ ๐ค๐š๐ฅ๐ข ๐ค๐ž-๐Ÿ๐Ÿ’ bagi tahun ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” dengan jayanya. Kejohanan tahunan ini bukan sekadar medan persaingan untuk merebut kejuaraan, malah menjadi pentas terbaik dalam membentuk sahsiah, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah.

Hari : Sabtu
Tarikh : 4 Julai 2026
Tempat : Padang Sk Seri Pangkor

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini, khususnya barisan pentadbir, guru-guru, jawatankuasa pelaksana, ibu bapa, para jemputan serta seluruh peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi.

Tahniah juga diucapkan kepada semua rumah sukan atas semangat juang yang dipamerkan sepanjang kejohanan, sama ada yang muncul sebagai juara mahupun yang belum berpeluang meraih kemenangan.

Untuk dapatkan lebih banyak gambar, boleh tekan link ini :
https://photos.app.goo.gl/Fr4z2Vewby8pxrPR8

- STeP Melahirkan Huffaz Holistik Berasaskan STAF 2030-


Address

SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN DAERAH MANJUNG
Pangkor
32300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6056853253

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung - Pulau Pangkor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung - Pulau Pangkor:

Shortcuts

Share

Category