SK Seri Pangkor

SK Seri Pangkor Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor, Pulau Pangkor, Perak Terletak di Pulau Pangkor, Perak

🚭 Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 🚭Mencegah lebih baik daripada mengubati. Marilah kita bersama-sama menyemai ...
05/08/2026

🚭 Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 🚭

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Marilah kita bersama-sama menyemai kesedaran tentang bahaya dadah, rokok dan v**e dalam kalangan murid sejak usia muda. Pendidikan awal mampu melahirkan generasi yang bijak membuat pilihan, mengamalkan gaya hidup sihat dan berani berkata "Tidak" kepada penyalahgunaan dadah.

Bersama kita membina Sekolah Bebas Dadah demi masa depan anak-anak yang lebih cemerlang, sihat dan berakhlak mulia.

"Dadah, Rokok & V**e: Katakan TIDAK!" 💪



MAJLIS PERPISAHAN CIKGU NUR AZIERASetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Nur Aziera, guru s...
17/07/2026

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU NUR AZIERA

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Nur Aziera, guru subjek Matematik dan Bahasa Inggeris, atas segala jasa, bakti dan dedikasi sepanjang berkhidmat di SK Seri Pangkor

Semoga terus melakar kecemerlangan dan diberi kekuatan untuk menggalas amanah baharu dengan penuh cemerlang.

Jasamu dikenang, budimu disanjung. Selamat maju jaya dan semoga terus sukses di tempat baharu.


🌙 SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H PERINGKAT SEKOLAH🌙Alhamdulillah, Sambutan Maal Hijrah 1448H peringkat Sekolah Kebangsaan Se...
17/07/2026

🌙 SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H PERINGKAT SEKOLAH🌙

Alhamdulillah, Sambutan Maal Hijrah 1448H peringkat Sekolah Kebangsaan Setapak telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan keberkatan di Dewan Sri Setapak.

Terima kasih kepada penceramah jemputan :
Muhammad Husain bin Khairul Helmi

Program ini bertujuan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai titik permulaan kepada perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik. Sambutan ini turut menjadi wadah untuk menyemai nilai keimanan, ketakwaan, perpaduan serta semangat istiqamah dalam kalangan warga sekolah.

Semoga pengajaran daripada peristiwa hijrah menjadi inspirasi kepada semua warga SK Seri Pangkor untuk terus berusaha melakukan perubahan positif, meningkatkan akhlak yang mulia dan mencapai kecemerlangan dalam setiap aspek kehidupan.

“Hijrah Membina Ummah, Istiqamah Membentuk Generasi Cemerlang."

Selamat menyambut Maal Hijrah 1448H. Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, rahmat dan kejayaan buat kita semua.

📅 Tarikh: 25 Jun 2026
📍 Tempat: Dataran Perhimpunan SK Seri Pangkor

💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥PERKHEMAHAN GENERASI WIRA MADANI PERINGKAT NEGERI PERAK 2026Tarikh : 12 - 14 Jun 2026Tempat : Campsite W...
17/07/2026

💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥

PERKHEMAHAN GENERASI WIRA MADANI PERINGKAT NEGERI PERAK 2026

Tarikh : 12 - 14 Jun 2026
Tempat : Campsite Watersport Sungkai Perak

Peserta:
1. Zafran Abdullah bin Khairol Azizi
2. Muhammad Hafiz Muayyad bin Mohd Mazli
3. Muhammad Dafie Zafran bin Bahtiar
4. Muhammad Syamil Nasri bin Abdullah
5. Nurul Edrina Safiyya Binti Kamarulbahrin
6. Qaisarah Nur Iman binti Shahril
7. Nur Qalesya Binti Saiful Azmi
8. Nur Sofia Darwisya Binti Mohammed Iqram

Terima kasih kepada SK Perwira dengan kerjasama 13 buah sekolah terpilih Negeri Perak, para fasilitator, Guru-guru Besar, warga guru dan ibubapa yang bersama-sama membantu menjayakan pelaksanaan program.



16/07/2026

Terima kasih guru-guru yang membawa murid-murid kita ke pemilihan daerah dan apa jua pertandingan atau aktiviti diluar. Terpilih atau tidak perkara yang kedua.
Perkara yang paling penting murid-murid kita mendapat pendedahan luar yg bakal menjadi motivasi diri mereka dan juga murid-murid yang lain.

Dalam kehangatan isu-isu yang melanda guru-guru, anda semua tidak berputus asa dan kecewa. Ini semua kerana jati diri seorang guru yang tidak akan pernah terpadam apabila sekali telah bergelar seorang guru.

Terima kasih guru-guru SK Seri Pangkor dan yang bergelar guru amnya..

Ikhlas dari : PK KO SKSP.

📣SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH📣Warga SK Seri Pangkor mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid, ibu bapa da...
07/06/2026

📣SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH📣

Warga SK Seri Pangkor mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid, ibu bapa dan guru-guru.🌹

🗓️Sesi persekolahan akan bermula pada 8 Jun 2026!!

Setiap hari di sekolah adalah peluang untuk menjadi lebih hebat! Mari mulakan langkah baru dengan usaha yang lebih kuat! ✨

Selamat kembali ke sekolah!!!😄





SAMBUTAN HARI GURU 2026"Guru Bitara, Nadi Negara" Guru bukan sekadar pengajar,tetapi pembimbing kehidupan,yang mengajar ...
07/06/2026

SAMBUTAN HARI GURU 2026
"Guru Bitara, Nadi Negara"

Guru bukan sekadar pengajar,
tetapi pembimbing kehidupan,
yang mengajar erti usaha,
kesabaran dan impian

Terima kasih, guru…
engkaulah pejuang...
engkaulah insan yang menyalakan cahaya masa depan.


🥛✨ PROGRAM SUSU FARM FRESH ✨🥛Alhamdulillah, program susu bersama Farm Fresh telah berjaya dilaksanakan bagi memberi pend...
06/06/2026

🥛✨ PROGRAM SUSU FARM FRESH ✨🥛

Alhamdulillah, program susu bersama Farm Fresh telah berjaya dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan amalan pemakanan sihat dan pengambilan susu dalam kehidupan seharian. 🐄💚

Wajah ceria dan keterujaan murid-murid jelas terpancar sepanjang program berlangsung. Semoga usaha kecil ini dapat membantu membentuk gaya hidup sihat serta memberi manfaat kepada semua warga sekolah. 💪📚

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Farm Fresh atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan. Semoga hubungan baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang. 🌟



⚜️ SANGGAR CITRA SUKMA: KEDUDUKAN TOP 7 DAERAH MANJUNG ⚜️Untuk makluman semua, SK Seri Pangkor telah menghantar 2 orang ...
06/06/2026

⚜️ SANGGAR CITRA SUKMA: KEDUDUKAN TOP 7 DAERAH MANJUNG ⚜️

Untuk makluman semua, SK Seri Pangkor telah menghantar 2 orang murid untuk menyertai Pertandingan Tarian Taseem peringkat daerah Manjung 2026 kategori B (Duo) di Aeon Mall Seri Manjung, Perak pada 13 Mei 2026.

Sebanyak 11 buah sekolah telah bertanding dalam kategori A. Serta, 13 buah sekolah termasuk SKSP bertanding dalam kategori B.

Gandingan Duo dari Sanggar Citra Sukma dari SKSP telah berjaya meraih tempat ke 7 dari 13 buah sekolah.

Penyertaan mereka bukan sekadar penyertaan biasa, malah ia juga sebagai pemangkin kejayaan! ✨

**📢 KURSUS KEPIMPINAN SEKOLAH 2026 📢**📅 Tarikh: 12 Mei 2026📍 Tempat: Dewan SekolahKursus Kepimpinan Sekolah 2026 akan di...
06/06/2026

**📢 KURSUS KEPIMPINAN SEKOLAH 2026 📢**

📅 Tarikh: 12 Mei 2026
📍 Tempat: Dewan Sekolah

Kursus Kepimpinan Sekolah 2026 akan diadakan bagi membentuk dan memperkasa sahsiah serta kemahiran kepimpinan dalam kalangan pemimpin murid.

Program ini bertujuan melahirkan pemimpin yang berdisiplin, bertanggungjawab, berkeyakinan dan mampu menjadi contoh teladan kepada warga sekolah.

Kehadiran penceramah jemputan En Mohammad bin Abdullah, Guru Bimbingan & Kaunseling SK TLDM II turut memeriahkan lagi program yang diadakan pada hari ini.

Semoga program ini dapat memberi pengalaman dan pendedahan yang bermanfaat kepada semua peserta dalam membina jati diri serta semangat kepimpinan yang cemerlang. ✨

"Pemimpin Berwibawa, Pemacu Kecemerlangan Sekolah" 🏆

Address

Jalan Pasir Bogak
Pangkor
32300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6056851193

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Seri Pangkor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share