08/07/2026
Lawatan Sambil Belajar ke Ladang Sawit Kekayaan
Pada minggu lepas 02/07/2026, pihak SK Paloh 2 telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Ladang Sawit Kekayaan. Ia disertai oleh 36 murid dan 6 orang guru. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang industri kelapa sawit di Malaysia.
Sepanjang lawatan, murid berpeluang melihat sendiri proses penanaman, penjagaan pokok, penuaian buah sawit serta penerangan mengenai penghasilan produk berasaskan kelapa sawit. Program ini bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan, malah memupuk minat murid terhadap bidang pertanian serta menghargai sumbangan sektor perladangan kepada ekonomi negara.
Selepas penerangan berkaitan pokok sawit kami dibawa ke Bukit Tupai. Suasana di atas bukit sejuk dan cantik sekali. Para guru tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Manakala murid-murid diberi aktiviti mewarna.
Selesai aktiviti di atas Bukit Tupai kami dibawa turun semula ke pejabat untuk sesi penerangan berkenaan Ladang Sawit Kekayaan. Kemudian sesi permberian cenderahati dari pihak Sekolah kepada pihak Ladang. Murid-murid dan guru juga diberi sedikit saguhati oleh pihak Ladang. Setelah itu kami dibawa menjamu selera.
Kami bergerak pulang pada Jam 12.50 tengahari.
Walaupun lawatan ini singkat tapi banyak ilmu dan pengalaman yang kami peroleh. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Eksekutif Ladang Kekayaan Tuan LOH CHE HAN dan semua Pengurus Ladang yang sudi melayan kehadiran kami.