Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB)

Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) Sekolah Menengah Islam Darul Bayan
Lot 852, Kg Pinang Merah, 23100 Paka, Dungun
Terengganu Darul Iman

Admin SMIDB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi 'LIKE PAGE SMIDB'.. Ada kelapangan boleh visit BLOG SMIDB- http://smidarulbayan.blogspot.com dan visit FACEBOOK- http://facebook.com/smidb.pinangmerah

πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS! TOP 8 TRIAL SMU & SPM βœ¨πŸ†Alhamdulillah, satu lagi pencapaian yang membanggakan! 🀍Tahniah buat anak-a...
24/08/2026

πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS! TOP 8 TRIAL SMU & SPM βœ¨πŸ†

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian yang membanggakan! 🀍

Tahniah buat anak-anak SMI Darul Bayan yang telah menunjukkan usaha, kesungguhan dan semangat juang sehingga berjaya berada dalam Top 8 Trial SMU & SPM. 🌟

Di sebalik kejayaan ini, ada doa yang tidak pernah putus, usaha yang tidak mengenal lelah, serta guru-guru yang terus membimbing dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan. ❀️

Sebagai imbuhan atas penat jerih dan perih kalian semua, cikgu belanja kalian makan-makan di luar di Gepuk Ibuk Bapak Paka. πŸ—πŸ˜‹β€οΈ

Bukan sekadar makan bersama, tetapi sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kesungguhan kalian. Semoga kenangan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang sehingga mencapai kejayaan yang lebih besar. ✨

Top 8 hari ini bukan noktah, tetapi langkah menuju kejayaan yang lebih gemilang.

Teruskan berusaha, jangan mudah mengalah dan paling penting, jangan lupa doa serta tawakal kepada Allah. 🀲🏻

Usaha gigih hari ini,
kejayaan gemilang esok hari. πŸŒ±πŸ†

Tahniah dan teruskan berjuang, anak-anak! πŸ’ͺ🏻✨








πŸ“’ JAWATAN KOSONG: GURU BAHASA INGGERIS & SAINS πŸ“’Adakah anda seorang yang berdedikasi, kreatif, dan bersemangat tinggi da...
12/08/2026

πŸ“’ JAWATAN KOSONG: GURU BAHASA INGGERIS & SAINS πŸ“’

Adakah anda seorang yang berdedikasi, kreatif, dan bersemangat tinggi dalam mendidik generasi muda? Kami sedang mencari SEORANG GURU untuk menyertai warga kerja kami bagi subjek:

πŸ“š Bahasa Inggeris
πŸ”¬ Sains

Maklumat Jawatan:
Jawatan: Guru Bahasa Inggeris & Sains (1 Orang)
Kemasukan: Bulan September 2026

Cara Memohon:
Bagi yang berminat, anda boleh hantar resume lengkap anda melalui:

πŸ“§ E-mel: [email protected]
πŸ“± WhatsApp: https://wa.link/67wlv6

Bersama kita mendidik generasi cemerlang! ❀️
Tag rakan, ahli keluarga, atau kenalan anda yang sedang mencari peluang kerjaya sebagai pendidik. Jangan lepaskan peluang ini! ✨

Kecemerlangan Terus Memacu Kejayaan! πŸŒŸπŸ†Tahniah diucapkan kepada semua guru atas pencapaian luar biasa dalam Pencerapan 5...
11/08/2026

Kecemerlangan Terus Memacu Kejayaan! πŸŒŸπŸ†

Tahniah diucapkan kepada semua guru atas pencapaian luar biasa dalam Pencerapan 5PM 2026. Terima kasih atas komitmen yang tidak berbelah bahagi dan usaha gigih dalam memastikan kualiti penyampaian PdPc berada pada tahap yang tertinggi.

Tahniah khusus buat barisan penerima kedudukan 5 teratas:
πŸ₯‡ Barakah (94%)
πŸ₯ˆ Marlina (93.7%)
πŸ₯‰ Syafiqah (92.6%)
πŸ… Azizah (91.1%)
πŸ… Aqilah (90%)

Serta syabas kepada seluruh barisan guru yang telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan! Terima kasih atas komitmen anda semua! ❀️

✨ PROGRAM TAHSIN SOLAT: PERBAIKI SOLAT, PERKASAKAN DIRI ✨"Solat itu tiang agama." Jom kita bersama-sama memantapkan lagi...
27/07/2026

✨ PROGRAM TAHSIN SOLAT: PERBAIKI SOLAT, PERKASAKAN DIRI ✨

"Solat itu tiang agama." Jom kita bersama-sama memantapkan lagi kualiti ibadah solat kita agar lebih sempurna dan khusyuk! 🀲

Hari ini telah berlangsung satu program iaitu Program Tahsin Solat yang telah diadakan.

πŸ“… Hari: Isnin
πŸ“† Tarikh: 27 Julai 2026
⏰ Masa: 7.45 - 8.45 Pagi
πŸ“ Lokasi: Dewan dan Musolla SMI Darul Bayan
πŸŽ™οΈ Guru Pembimbing: Guru Halaqah Dbayan

"Amalan pertama yang akan dihisab pada hari kiamat kelak ialah solat."
πŸ˜ŠπŸ™Œ

SEKITAR PROGRAM AMALAN TERBAIK (PAT)πŸ«β€‹Pada 22 Julai 2026 (Rabu), telah berlangsung Program Amalan Terbaik (PAT) bagi ses...
24/07/2026

SEKITAR PROGRAM AMALAN TERBAIK (PAT)

🏫
​Pada 22 Julai 2026 (Rabu), telah berlangsung Program Amalan Terbaik (PAT) bagi sesi pencerapan bertempat di Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB), Kampung Pinang Merah, Paka, Terengganu.
Program ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang.

​Syukur alhamdulillah, keseluruhan program telah berjalan dengan jayanya.
​Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua fasilitator dalam kalangan AJK serta ahli 5 PMDCD ( Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia ) atas dedikasi dan komitmen yang diberikan. Semoga usaha mulia ini membuahkan hasil yang berterusan.
​

Program : Program Rehlah Sains 2026 Negeri Terengganu Tempat: Pusat Sains & Kreativiti Terengganu Tarikh: 19 Julai 2026 ...
20/07/2026

Program : Program Rehlah Sains 2026 Negeri Terengganu

Tempat: Pusat Sains & Kreativiti Terengganu
Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 3.30 petang

πŸ“š Slot 1: Ceramah Muallim Al-Quran & Sains: Dari Iqra' ke Inovasi
Penceramah: YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Nazir bin Mohammed Khalid (Pensyarah Kanan, UNISEL)
Masa: 11.30 Pagi - 1.00 Tengah Hari
Tempat: Open Space, Aras G, PSKT

Perkongsian mantap yang membuka minda tentang integrasi ilmu wahyu dan sains dalam memacu inovasi ummah!

πŸ€– Slot 2: Bengkel Kenali AI: AI4U – Terokai AI, Cipta Inovasi Masa Depan
Pengajar: YBrs. Ts. Zahirrudin bin Idris (Pengarah Zatech Maju)
Masa: 2.00 Petang - 3.30 Petang
Tempat: Bilik Seminar, PSKT

Semoga para pelajar menanam minat dan memahami teknologi kecerdasan buatan (AI) demi persediaan masa depan.

06/07/2026

Perkhemahan Perdana Badan Beruniform Peringkat Sekolah 2026. πŸ•οΈ

Tahniah dan syabas kepada semua peserta, guru serta jawatankuasa yang telah menjayakan Perkhemahan Perdana Badan Beruniform Peringkat Sekolah 2026.

Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi bekalan dalam membentuk sahsiah serta jati diri yang cemerlang.

πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ—£οΈ Ustazah Marlina bt Md ZainonπŸ“š Tarikh Islam
06/07/2026

πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
πŸ—£οΈ Ustazah Marlina bt Md Zainon
πŸ“š Tarikh Islam

πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ—£οΈ Ustaz Muhammad HafidzudinπŸ“š Insyak
06/07/2026

πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
πŸ—£οΈ Ustaz Muhammad Hafidzudin
πŸ“š Insyak

Address

Paka

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB):

Shortcuts

Share