Solahuddin Quranic School

Solahuddin Quranic School Sekolah Tahfiz Al-Quran disertai sukan Memanah & Berkuda berumur 11-15 tahun..

09/08/2026



15/07/2026

Pengajian tahfiz online bagi yang jauh..Kelas di bawah bimbingan Ummu Mikhail..Bukan sekadar hafazan Al Quran semata2,pengajian kitab fiqh pun ada termasuk dlm pengajian..Kelas melalui live google meet dan ada rakaman..Berminat?Jom daftar segera.
Hubungi Admin

https://wa.me/60165259671
https://wa.me/60165259671
https://wa.me/60165259671

Bab syarahan ringkas bagi Hukum Haram..

-Admin Solahuddin Quranic School-

09/07/2026
07/07/2026

Ya Rabb kami tak memiliki apapun untuk kami persembahkan kepadaMu..
kami berharap kasih sayangMu yang luas kepada kami dan anak keturunan kami..
Serta kepada seluruh ummat Nabi Muhammad shallallahu'alaihi wasallam ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿฅนโœจ

07/07/2026
06/07/2026

*๐Ÿ“šKemuliaan Buat Pembaca al- Quran dan Kedua Ibubapa*

ุนูŽู†ู’ ุจูุฑูŽูŠู’ุฏูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุณู’ู„ูŽู…ููŠู‘ู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ: ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุฑูŽุฃูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูˆูŽุชูŽุนูŽู„ู‘ูŽู…ูŽู‡ู ูˆูŽุนูŽู…ูู„ูŽ ุจูู‡ูุŒ ุฃูู„ู’ุจูุณูŽ ูˆูŽุงู„ูุฏูŽุงู‡ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ุชูŽุงุฌู‹ุง ู…ูู†ู’ ู†ููˆุฑูุŒ ุถูŽูˆู’ุคูู‡ู ู…ูุซู’ู„ู ุถูŽูˆู’ุกู ุงู„ุดู‘ูŽู…ู’ุณูุŒ ูˆูŽูŠููƒู’ุณูŽู‰ ูˆูŽุงู„ูุฏูŽุงู‡ู ุญูู„ู‘ูŽุชูŽูŠู’ู†ู ู„ูŽุง ุชูŽู‚ููˆู…ู ู„ูŽู‡ูู…ูŽุง ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุงุŒ ููŽูŠูŽู‚ููˆู„ูŽุงู†ู: ุจูู…ูŽ ูƒูุณููŠู†ูŽุง ู‡ูŽุฐูŽุงุŸ ููŽูŠูู‚ูŽุงู„ู: ุจูุฃูŽุฎู’ุฐู ูˆูŽู„ูŽุฏููƒูู…ูŽุง ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ

Daripada Buraidah al-Aslami RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca al-Quran, mempelajarinya dan beramal dengannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota yang diperbuat daripada cahaya. Cahayanya lebih terang seperti cahaya matahari. Kedua-dua ibu bapanya juga akan dipakaikan dua persalinan yang nilainya tidak dapat ditandingi oleh seluruh isi dunia. Lalu mereka bertanya: 'Mengapakah kami dikurniakan semua ini?' Maka dijawab: 'Kerana anak kamu berpegang teguh kepada al-Quran.'" (HR Abu Daud No: 1453) Status Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Membaca, mempelajari, menghayati dan mengamalkan ajaran al-Quran merupakan antara amalan yang paling mulia.

2. Kemuliaan sebenar al-Quran diperoleh melalui pembacaan, penghayatan dan pengamalan, bukan bacaan semata-mata.

3. Pendidikan al-Quran dalam keluarga merupakan tanggungjawab yang sangat besar.

4. Ibu bapa yang mendidik anak mencintai al-Quran akan memperoleh ganjaran yang besar di akhirat, berbentuk mahkota dan pakaian yang tidak ternilai.

5. Menurut Ibn Hajar, ibu bapa memperoleh pahala kerana mereka menjadi sebab kepada pendidikan dan pembentukan anak. Orang yang menunjukkan jalan kepada kebaikan akan turut mendapat ganjaran seperti orang yang melakukannya, tanpa mengurangkan pahala pelakunya.

6. Anak yang soleh menjadi sebab berterusannya pahala kepada ibu bapa.

7. Ganjaran Allah SWT di akhirat jauh melebihi segala kemewahan dunia.

8. Setiap Muslim hendaklah berusaha mempelajari, membaca, memahami maksud, menghafaz, menghayati dan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup agar memperoleh kemuliaan untuk dirinya dan juga ibu bapanya. Semoga Allah menempatkan kita dalam golongan ini Amin Ya Rabbal A'lamin..

Address

Paka

Telephone

+60166549249

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Solahuddin Quranic School posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Solahuddin Quranic School:

Shortcuts

Share

Category