SK Durian Mentangau - SDuMen

SK Durian Mentangau - SDuMen Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Durian Mentangau - SDuMen, School, Kg. Durian Mentangau, Paka.

🎀SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN CIKGU QATRUN NADIRA BINTI BAHARIN DAN USTAZAH DORANI BINTI MAT YACOB🎉🎉🎉❤️Kami warga sekola...
28/03/2026

🎀SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN CIKGU QATRUN NADIRA BINTI BAHARIN DAN USTAZAH DORANI BINTI MAT YACOB🎉🎉🎉

❤️Kami warga sekolah mendoakan agar cikgu sentiasa dipermudah dalam segala urusan.
InSyaAllah...

❤️Celebrate your day💐

Semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) diminta untuk meningkatkan persediaan dan melaksanakan langkah-l...
26/03/2026

Semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) diminta untuk meningkatkan persediaan dan melaksanakan langkah-langkah bagi menghadapi cuaca panas apabila sekolah kembali dibuka selepas tamat Cuti Penggal 1.

Institusi pendidikan KPM diminta untuk memastikan langkah-langkah berikut terlaksana:

i. Menangguhkan penganjuran aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah celsius;

ii. memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas;

ii. memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri:

iv. menasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan;

v. membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman; dan

vi. sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.

Semua institusi pendidikan bawah KPM perlu peka situasi semasa fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.

Pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kump**an pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas perlu diberi berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.

KPM mengambil berat aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya.

20/03/2026

Takbir Raya Aidil Fitri 1447H/2026M oleh Warga SDuMen

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Dan Batin

20/03/2026
Selamat Hari Lahir 🎉🎁3 Mac 1978Cikgu Marina 'Azmiyah binti Muda@Jusoh🎂Semoga ALLAH melindungi setiap langkahmu🎂Semoga di...
03/03/2026

Selamat Hari Lahir 🎉🎁
3 Mac 1978
Cikgu Marina 'Azmiyah binti Muda@Jusoh

🎂Semoga ALLAH melindungi setiap langkahmu
🎂Semoga diberikan kesihatan yang baik
🎂Semoga dipanjangkan umur
🎂Semoga dilimpahkan rezeki
🎂Semoga diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Aamiin Ya Rabbal’alamiin

25/02/2026

Empat Strategi Tangani Peningkatan Kemasukan Tahun Satu

Kementerian Pendidikan Malaysia menggariskan empat strategi bagi menangani peningkatan permohonan Tahun Satu 2027.

Antaranya termasuk pengagihan murid ke sekolah yang mempunyai kapasiti lebih rendah, penambahan bilik darjah menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS), serta penyusunan penempatan guru dan kemudahan mengikut keperluan semasa.

Turut dilaporkan bahawa tiada kuota umur ditetapkan bagi murid enam tahun untuk kemasukan sesi 2027.

Keputusan hari ini..Boleh semak ibubapa..
25/02/2026

Keputusan hari ini..Boleh semak ibubapa..

KUALA LUMPUR: Sejumlah 24,761 daripada 251,392 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025 memperoleh keputusan Cemerlang (A) bagi semua sembilan mata pelajaran peperiksaan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata pencapaian Gred Purata Kebangsaan (GPK) UPKK 2025 secara keseluruhan p**a ialah 1.83 mata berbanding 1.85 mata pada 2024.

25/02/2026

Dah mohon dalam sistem & dah hantar borang ke sekolah.

Apa langkah seterusnya?
1. Ibu ayah, tahniah kerana sudah selesaikan proses permohonan.
2. Sekarang ini, kita hanya perlu beri ruang kepada pihak sekolah untuk buat semakan dan pengesahan.

Berikut ringkasan yang ibu ayah perlu tahu:

✅ 1. Proses Semakan & Verifikasi selepas borang dihantar:
📍Pihak sekolah akan buat semakan dokumen.
📍Status dalam sistem akan berubah ikut peringkat:
Hantar ➡️ Verifikasi ➡️ Dalam Proses
📍Ibu ayah boleh semak status dari semasa ke semasa dalam sistem.

⏳ 2. Tempoh Menunggu
Tiada tarikh tetap untuk perubahan status.
Ia bergantung kepada:
📍Proses semakan pihak sekolah.
📍Pengesahan dan kelulusan di peringkat PPD/JPN
Jadi sementara menunggu, teruskan pantau sahaja ya 😊

📢 3. Semakan Keputusan
🗓 Keputusan Penempatan Lulus Tahun 1 boleh disemak mulai 1 Ogos 2026.
Insya-Allah, semoga semua urusan dipermudahkan dan anak-anak mendapat penempatan yang terbaik.

Jika ibu ayah ada pilihan prasekolah & Tahun 1 sekali, paling penting sekarang adalah:
✔ Kenal pasti tahap kesediaan anak
✔ Lihat aspek akademik & pengurusan diri
✔ Pertimbangkan emosi dan kemampuan anak menyesuaikan diri

Semoga anak-anak kita melangkah ke Tahun 1 dengan yakin dan gembira 🌸

Selamat Hari Lahir 🎉🎁22 FebruariUstazah Rohani binti Mamat🎂Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya. Dipe...
22/02/2026

Selamat Hari Lahir 🎉🎁
22 Februari
Ustazah Rohani binti Mamat

🎂Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya. Dipermudahkan segala urusan.

🎂Dimakbulkan segala doa dan harapan serta diterangi dengan sinar kebahagiaan.

Aamiin Ya Rabbal’alamiin💞

15/02/2026

PENDAFTARAN TAHUN 1 (2027)

Tempoh permohonan dibuka: 15.02.2026 - 31.03.2026

Permohonan boleh dibuat oleh ibu bapa melalui pautan:
idme.moe.gov.my

📢 PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 (2027) DIBUKAPendaftaran Tahun 1 bagi Kalendar Akademik 2027 dibuka mulai:🗓 15 Februari 2026...
15/02/2026

📢 PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 (2027) DIBUKA

Pendaftaran Tahun 1 bagi Kalendar Akademik 2027 dibuka mulai:

🗓 15 Februari 2026 hingga 31 Mac 2026

✅ Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir:

2 Januari 2020 – 1 Januari 2021 (7 tahun)
2 Januari 2021 – 31 Disember 2021 (6 tahun)

📌 Permohonan dibuat secara dalam talian melalui:

👉 https://idme.moe.gov.my

Langkah mudah:

Daftar akaun di idMe.
Kemas kini maklumat profil.
Buat permohonan melalui sistem MOEIS.

📍 Tiada ujian saringan diperlukan.
Ibu bapa digalakkan membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.

Address

Kg. Durian Mentangau
Paka
23100

Telephone

+6098281804

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Durian Mentangau - SDuMen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category