SMK AGAMA PHG

Directions Website Contact the school

SMK AGAMA PHG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAHANG, 26700 MUADZAM SHAH, PAHANG

Tahniah kepada kadet SMK Agama Pahang yang telah menyertai Kursus Kenaikan Pangkat KRS Daerah Rompin 2026 pada 24 Septem...
27/09/2026

Tahniah kepada kadet SMK Agama Pahang yang telah menyertai Kursus Kenaikan Pangkat KRS Daerah Rompin 2026 pada 24 September 2026 bertempat di SK Kedaik.

🌟 KADET TERBAIK PUTERA
πŸ₯‡ Muhammad Baihaqi

Turut membanggakan, tiga orang kadet telah layak ke Kenaikan Pangkat KRS Peringkat Negeri:

1️⃣ Muhammad Baihaqi
2️⃣ Nur Khalisa Farhana
3️⃣ Mawaddah

Syabas atas disiplin, komitmen dan semangat yang ditunjukkan. Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri! πŸ’ͺ

Tahniah, warga KRS SMK Agama Pahang!

🌹 SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH ATAS SEGALA JASA 🌹Setiap pertemuan pasti ada penghujungnya. Setelah sekian lama mencu...
25/09/2026

🌹 SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH ATAS SEGALA JASA 🌹

Setiap pertemuan pasti ada penghujungnya. Setelah sekian lama mencurah bakti, kini tiba masa untuk melangkah ke sekolah baharu dengan membawa bersama kenangan, pengalaman dan segala jasa yang telah ditaburkan.

Warga SMK Agama Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

✨ Encik Mahmud Sabri bin Daud
πŸ“… Berkhidmat di SMK Agama Pahang sejak 2 Januari 2004
⏳ Tempoh khidmat di SMK Agama Pahang : 22 tahun 8 bulan

✨ Puan Sharma Eliana binti Shafie
πŸ“… Berkhidmat di SMK Agama Pahang sejak 23 September 2002
⏳ Tempoh khidmat di SMK Agama Pahang : 24 tahun

Terima kasih atas segala jasa, komitmen, ilmu, tenaga dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat bersama keluarga besar SMK Agama Pahang.

Semoga terus dipermudahkan segala urusan dan melakar kejayaan di sekolah baharu.

πŸ’™ Jasa dikenang, bakti disanjung, kenangan kekal dalam ingatan.

Selamat maju jaya dan terima kasih daripada seluruh warga SMK Agama Pahang.

MAJLIS PERPISAHAN WARGA SMK AGAMA PAHANG Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:✨ Tuan Haji Muhammad Shukri...
25/09/2026

MAJLIS PERPISAHAN WARGA SMK AGAMA PAHANG

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

✨ Tuan Haji Muhammad Shukri bin Abdul Ghani
✨ En Mahmud Sabri bin Daud
✨ Pn Sharma Eliana binti Shafie

atas segala jasa, bakti dan sumbangan sepanjang berkhidmat di SMK Agama Pahang.

Semoga terus cemerlang di destinasi baharu.
Jasamu dikenang, baktimu disanjung.

Syabas dan tahniah kepada pasukan Kelab Memanah Alhaq SMKAP atas pencapaian dalam Kejohanan Memanah Tradisional sempena ...
21/09/2026

Syabas dan tahniah kepada pasukan Kelab Memanah Alhaq SMKAP atas pencapaian dalam Kejohanan Memanah Tradisional sempena Program MADANI Kita bagi Kategori Remaja Campuran.

πŸ“… 19 September 2026 (Sabtu)
πŸ“ Lapang Sasar Memanah, Masjid Sultan Ahmad Shah, Sungai Isap, Kuantan

Antara pencapaian membanggakan:
πŸ₯‰ Ahmad Wafiq bin Nazihan β€” Tempat Ke-3
🏹 Muhammad Aqif Qawwien bin Mohd Anizan β€” Ke-7
🏹 Nur Nasyratul Amjad binti Mohd Hasnizam β€” Ke-8
🏹 Izzah Insyirah binti Khairul Sham β€” Ke-10

Turut tahniah kepada Muhammad Irfan Syafiq bin Ismadi, Muhammad Baihaqi bin Muhamad Safri, Nur Nisa Sofia bt Shaiful dan Umairah Dayana binti Hafizudin atas penyertaan serta pencapaian masing-masing.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar pencapaian yang lebih cemerlang dalam sukan memanah tradisional.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:πŸ₯‡ FIRAS FAYYADH BIN AHMAD SHAHIatas kejayaan meraih JOHANπŸ₯‰ AHMAD DHABIT DARWISY...
16/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:

πŸ₯‡ FIRAS FAYYADH BIN AHMAD SHAHI
atas kejayaan meraih JOHAN

πŸ₯‰ AHMAD DHABIT DARWISY
atas kejayaan meraih TEMPAT KETIGA

dalam Kejohanan PMS Orienteering Merdeka Challenge Peringkat Negeri Pahang 2026 yang dianjurkan oleh Politeknik Muadzam Shah pada 15 September 2026 (Selasa).

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, ketahanan fizikal serta kesungguhan warga SMK Agama Pahang dalam mencipta kecemerlangan di peringkat negeri.

Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA16 September 2026Berbeza budaya, bersatu hati. Marilah kita menyemai rasa cinta akan negara, men...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA
16 September 2026

Berbeza budaya, bersatu hati. Marilah kita menyemai rasa cinta akan negara, menghormati kepelbagaian dan memelihara perpaduan bermula di sekolah.

Semoga Malaysia terus aman, harmoni dan makmur. β€οΈπŸ’™πŸ’›

Ikhlas daripada:
Wan Harun bin Wan Ali
Pengetua SMK Agama Pahang
dan seluruh warga sekolah.

SELAMAT MAJU JAYASeluruh warga SMK Agama Pahang mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Haji Muhammad Shukri bin Abdul...
15/09/2026

SELAMAT MAJU JAYA

Seluruh warga SMK Agama Pahang mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Haji Muhammad Shukri bin Abdul Ghani, GPK Kokurikulum, yang akan bertukar ke SMA Al-Hasanah sebagai GPK Hal Ehwal Murid.

Terima kasih atas khidmat bakti, komitmen dan sumbangan tuan sepanjang berkhidmat di SMK Agama Pahang.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang dalam menggalas amanah di sekolah baharu.

SELAMAT DATANG KE SMK AGAMA PAHANGSeluruh warga SMK Agama Pahang mengalu-alukan kedatangan Puan Halisa binti Hassim, Pen...
15/09/2026

SELAMAT DATANG KE SMK AGAMA PAHANG

Seluruh warga SMK Agama Pahang mengalu-alukan kedatangan Puan Halisa binti Hassim, Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu.

Semoga kehadiran puan menyuntik semangat baharu dalam memperkasa kokurikulum serta mengembangkan bakat dan potensi murid.

Selamat menjalankan amanah. Bersama-sama kita membina kecemerlangan sekolah.

Ikhlas daripada seluruh warga SMK Agama Pahang.

Tahniah kepada tiga orang pelajar SMK Agama Pahang:1.AINUL MURSYIDAH BINTI AHMAD RASYIDI 2. NURUL ZALIKHA MEDINA BINTI M...
13/09/2026

Tahniah kepada tiga orang pelajar SMK Agama Pahang:

1.AINUL MURSYIDAH BINTI AHMAD RASYIDI
2. NURUL ZALIKHA MEDINA BINTI MOHD ZUHAIRI
3. SHARIFAH ARDINI BINTI BINTI SYED SAIFUL NIZAM

atas kejayaan menerima ANUGERAH BINTANG PUTERI 1 dalam Girl Guides Star Skills Camp, pada 11–13 September 2026 bertempat di Kompleks Rakan Muda Pantai Bernas.

Program anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Cawangan Pahang Daerah Rompin.

Tahniah atas pencapaian yang membanggakan!

Alhamdulillah, Program Amali Haji 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan pelajar Tingkatan 4 & 5 SMK Agama Pa...
13/09/2026

Alhamdulillah, Program Amali Haji 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan pelajar Tingkatan 4 & 5 SMK Agama Pahang.

πŸ“… 13 September 2026
⏰ 8.00 pagi – 11.00 pagi
πŸ“ SMK Agama Pahang
πŸ“š Anjuran: Bidang Agama Islam

Program ini memberi peluang kepada para pelajar memahami dan mempraktikkan tatacara pelaksanaan ibadah haji secara lebih jelas melalui pengalaman amali.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat meningkatkan kefahaman serta penghayatan terhadap ibadah haji.

Address

SMK AGAMA
Pahang Tua
26700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK AGAMA PHG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK AGAMA PHG:

Shortcuts

Share

Category