Sekolah Menengah Sains Islam Indera Mahkota

Sekolah Menengah Sains Islam Indera Mahkota Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Menengah Sains Islam Indera Mahkota, Middle School, Blok A, Bangunan At-Tabari (IIUM) Kuantan, Pahang Tua.

Sekolah Menengah Sains Islam Indera Mahkota (SMSI) adalah merupakan sebuah sekolah berasaskan pendidikan agama dan akademik yang dijalankan secara bersepadu dan setaraf dengan sekolah-sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Assalamualaikum w.b.t,Sekolah kami membuka peluang kepada individu-individu  yang berkelayakan dan berdedikasi untuk men...
10/04/2026

Assalamualaikum w.b.t,
Sekolah kami membuka peluang kepada individu-individu yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Kami mempelawa anda untuk menjadi sebahagian daripada warga pendidik di sekolah kami.
Sekian, Terima Kasih.

permohonan telah ditutup
terima kasih

01/12/2025

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU HINGGA LIMA BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2026 SEKOLAH MENENGAH SAINS ISLAM INDERA MAHKOTA KINI TELAH DIBUKA.

📌Permohonan boleh dibuat secara walk in di pejabat Sekolah Menengah Sains Islam Indera Mahkota atau secara dalam talian.

📌Berikut adalah link bagi mengisi borang permohonan secara dalam talian.

1️⃣ Isi borang permohonan secara dalam talian di link:
https://app.smap.my/reg/add/939412

🔸Untuk makluman, asrama (pelajar lelaki sahaja) juga disediakan bagi pelajar yang berminat atau bagi pelajar yang tiada pengangkutan harian ke sekolah.

👉🏻Sebarang info boleh berhubung dengan pihak
sekolah ditalian:
🌸095750588/ 014-759 2919 (Pejabat sekolah)
🌸0199192626 (Tn Haji Rahim, pengetua sekolah)

11/10/2024

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU HINGGA LIMA BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2026 SEKOLAH MENENGAH SAINS ISLAM INDERA MAHKOTA KINI TELAH DIBUKA.

📌Permohonan boleh dibuat secara walk in di pejabat Sekolah Menengah Sains Islam Indera Mahkota atau secara dalam talian.

📌Berikut adalah link bagi mengisi borang permohonan secara dalam talian.

1️⃣ Isi borang permohonan secara dalam talian di link:
https://app.smap.my/reg/add/939412

🔸Untuk makluman, asrama (pelajar lelaki sahaja) juga disediakan bagi pelajar yang berminat atau bagi pelajar yang tiada pengangkutan harian ke sekolah.

👉🏻Sebarang info boleh berhubung dengan pihak
sekolah ditalian:
🌸095750588/ 014-759 2919 (Pejabat sekolah)
🌸0199192626 (Tn Haji Rahim, pengetua sekolah)

Come, be part of us 😉
"Berilmu, Beramal dan Profesional'

https://forms.gle/WxJWGCTaYYXtshJ8A                                                       Assalamualaikum,Dato/Datin, tu...
09/09/2024

https://forms.gle/WxJWGCTaYYXtshJ8A

Assalamualaikum,Dato/Datin, tuan/ puan dan semua sedara muslimin dan muslimat sekalian .
Saya mula menubuhkan satu sekolah menengah swasta Di Indera Mahkota 7, Kuantan sejak tahun 2021 . Bermula dengan 20 orang pelajar dan kini meningkat ke 70 orang pelajar. Sekolah ini Sekolah Menengah Sains Islam berdaftar dengan MUIP , Telah melahirkan pelajar Lulus 100% SPM tahun 2023 . Alhamdulilah dengan keupayaan tahfiz 15 hingga 30 juzuk
Kami perlukan DANA tambahan Saya ingin memohon sumbangan daripada dato/datin, tuan/puan untuk *"Program Transformasi Keceriaan Sekolah* 🏫

KONSEP: BERSIH, CERIA DAN KONDUSIF 2025 🌈

Setiap sumbangan anda akan digunakan sepenuhnya untuk keceriaan sekolah dan diharapkan akan membawa keberkatan serta ganjaran di dunia dan akhirat 🤲🏻

Semoga Allah SWT menerima amal jariah anda dan memberi ganjaran yang terbaik.

Terima kasih atas sokongan anda ✨
Saya Dato Jumaat Mansor sebagai pengerusi SMSI mengharap sokong dari tuan dan puan untuk mendapat redha Allah.

PROGRAM TRANSFORMASI KECERIAAN SEKOLAH SEKOLAH INI BERKONSEPKAN HAFIZ 15 JUZUK DARI TINGKATAN 1 SEHINGGA TINGKATAN 5

Haza Min Fadhli Robbi (Kelebihan ini Datangnya dari Tuhanku, Allah SWT)Tahniah kepada batch Al-Bayyan di atas pencapaian...
31/05/2024

Haza Min Fadhli Robbi (Kelebihan ini Datangnya dari Tuhanku, Allah SWT)

Tahniah kepada batch Al-Bayyan di atas pencapaian yang luar biasa dalam SPM 2023.

Sekolah Menengah Sains Islam Indera Mahkota (SMSI) adalah merupakan sebuah sekolah swasta (berdaftar dibawah Majlis Ugama Islam Pahang) berasaskan pendidikan agama dan akademik yang dijalankan secara bersepadu dan setaraf dengan sekolah-sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Warga SMSI sangat berbangga dengan pencapaian hebat ini. *Calon Sulung SPM Sekolah Menengah Sains Islam Indera Mahkota telah mendapat 100% LMS(Layak Mendapat Sijil) dan pelajar cemerlang mendapat 7A 1B+*. Majoriti daripada Calon Sulung SPM 2023 SMSI ini adalah merupakan pelajar tahfiz dari pondok yang sudah menghafaz beberapa juzu' Al-quran seterusnya menyambung kelas tahfiz dan belajar akademik 'fast track SPM ' di SMSI bermula Tingkatan 4 Albiruni.

Anda telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai, dengan azam dan usaha gigih dan tidak mengenal erti putus asa, ditambah p**a keberkatan Al-Quran yang ada pada diri..Masha Allah.Dengan sokongan berterusan ibu bapa dan para guru sebagai pembakar semangat. Penghargaan istimewa juga tentulah buat Tuan Pengetua, guru-guru, pihak PIBG, PPD, JPNP, Pengerusi ALP (Dato' Haji Jumaat yang sentiasa cakna dan mengambil berat akan perkembangan para pelajar), organisasi Ahli Lembaga Pengelola SMSI, para penyumbang dana kepada sekolah serta semua yang mendoakan kami.

Semoga kejayaan batch Al-Bayyan 2023 menjadi inspirasi kepada adik-adik di SMSI.

Semoga semua anak batch Al-Bayyan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa hadapan.
Sebagai contoh, terdapat seorang pelajar yang mendapat tawaran Program Tahfiz Mahir baru-baru ini. Alhamdulillah

Terus membanggakan SMSI walau di mana sahaja anda berada.

Sekian, Terima kasih❤️

Fb/ig : Sekolah Menengah Sains Islam Indera Mahkota
Tiktok : SMSIIM_PHG

Check out SMSIIM_PHG’s post.

KEJOHANAN MERENTAS DESA DAERAH KUANTAN 2024TARIKH.    : 3 MEI 2024 (JUMAAT)MASA.       : 7:30 PAGITEMPAT.   : SK RTP BUK...
03/05/2024

KEJOHANAN MERENTAS DESA DAERAH KUANTAN 2024

TARIKH. : 3 MEI 2024 (JUMAAT)
MASA. : 7:30 PAGI
TEMPAT. : SK RTP BUKIT GOH

PESERTA. :

KATEGORI LELAKI
(Bawah 18 Tahun)
1. AMIRUL
2. ADAM HARIZ
3. FAKHRULLAH
4. RAJA ADIF
5. TG NAQIUDIN

KATEGORI LELAKI
(Bawah 15 Tahun)
1. HAZIQ RIZALMAN
2. ARIF DANIAL
3. IRFAN SOLEH
4. SYED FAHMI
5. ARIF HIBATULLAH

TAHNIAH para pelajar Sekolah Menengah Sains Islam Indera Mahkota yang terpilih mewakili sekolah ke peringkat Daerah Kuantan. Permulaan yang baik pada tahun pertama.Cuba lagi pada tahun depan.

Terima Kasih ibu bapa / penjaga atas sokongan dan dorongan untuk anak-anak. Terima Kasih kepada 3 orang guru pengiring yang membantu mengawal pergerakan peserta dari awal hingga ke akhir program.


Sambutan jamuan raya Aidilfitri peringkat Sekolah Menengah Sains Islam Indera Mahkota Pada 2 Mei 2024, warga sekolah SMS...
03/05/2024

Sambutan jamuan raya Aidilfitri peringkat Sekolah Menengah Sains Islam Indera Mahkota

Pada 2 Mei 2024, warga sekolah SMSIIM telah mengadakan majlis jamuan raya. Majlis turut dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG, ahli lembaga pengelola sekolah serta wakil ibu bapa penjaga.

Jutaan terima kasih kepada pihak ibu bapa penjaga dan pihak lain yang terlibat kerana telah memberi sumbangan dalam bentuk makanan mahupun wang tunai bagi menjayakan majlis ini.

Aktiviti kokurikulum bagi sukan dan permainan SMSI Indera Mahkota pada tarikh 24/4/2024.
25/04/2024

Aktiviti kokurikulum bagi sukan dan permainan SMSI Indera Mahkota pada tarikh 24/4/2024.

Dapur Sains : Penapaian Kimchi 🥬🥗31 Januari 2024Kimchi merupakan makanan terkenal dari Korea Selatan. Sajian ini bukan s...
07/02/2024

Dapur Sains : Penapaian Kimchi 🥬🥗

31 Januari 2024

Kimchi merupakan makanan terkenal dari Korea Selatan. Sajian ini bukan sahaja menjadi tradisi turun-temurun malahan mempunyai banyak khasiat!

Aktiviti ini mendedahkan pelajar dengan teknologi makanan dan kepelbagaian makanan berkhasiat dari negara luar.

Syabas kepada para pelajar kerana melibatkan diri dengan aktif!

Hari Keusahawanan SMSIIM Pasca UASA 23/24 💵Para pelajar SMSIIM memulakan Februari 2024 dengan menonjolkan semangat keusa...
01/02/2024

Hari Keusahawanan SMSIIM Pasca UASA 23/24 💵

Para pelajar SMSIIM memulakan Februari 2024 dengan menonjolkan semangat keusahawanan mereka.

Kemahiran keusahawanan menggalakkan inovasi, kreativiti dan menjana minda yang proaktif dalam kalangan generasi muda untuk masa hadapan.

Syabas kepada para pelajar dan penjaga kerana menjayakan serta menyokong pelaksanaan Hari Keusahawanan SMSIIM 🎉

Pembuatan Sabun DIY 🧼🧽Pihak SMSIIM menganjurkan projek Sabun DIY bagi menerapkan kemahiran praktikal dan saintifik sekal...
31/01/2024

Pembuatan Sabun DIY 🧼🧽

Pihak SMSIIM menganjurkan projek Sabun DIY bagi menerapkan kemahiran praktikal dan saintifik sekaligus mendedahkan budaya keusahawanan kepada para pelajar SMSIIM.

Semoga para pelajar mendapat pengalaman berharga melalui pelaksanaan projek ini.

Address

Blok A, Bangunan At-Tabari (IIUM) Kuantan
Pahang Tua

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Sains Islam Indera Mahkota posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Sains Islam Indera Mahkota:

Shortcuts

Share

Category