Pagoh Education Hub

Call Directions Website Contact the school

Pagoh Education Hub Pagoh Higher Education Hub is located in Pagoh, Johor, Malaysia. It is the first and largest public

𝗞𝗔𝗧𝗘𝗚𝗢𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 & 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧 🏆 Kejohanan Sukan Edu Hub Pagoh (SUKEH 2026) akan mempertandingkan dua kategori ut...
25/09/2026

𝗞𝗔𝗧𝗘𝗚𝗢𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 & 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧 🏆

Kejohanan Sukan Edu Hub Pagoh (SUKEH 2026) akan mempertandingkan dua kategori utama iaitu Sukan Staf dan Sukan Pelajar! Berikut adalah senarai kontinjen yang bakal berentap:

👥 Kategori Sukan Staf:
- Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Pagoh
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh
- Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN)
- Sime Darby Property Selatan (SDPS)

🎓 Kategori Sukan Pelajar:
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh
- Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN)
- Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang
Bersedia untuk memberikan sokongan padu kepada institusi dan pasukan anda !

.kktmledang

🔥 TARIKH UTAMA SUKEH 2026! 🔥Jangan lupa semak tarikh utama SUKEH 2026. Saksikan aksi sengit, semangat kesukanan dan pers...
24/09/2026

🔥 TARIKH UTAMA SUKEH 2026! 🔥

Jangan lupa semak tarikh utama SUKEH 2026. Saksikan aksi sengit, semangat kesukanan dan persaingan hebat warga Hab Pendidikan Tinggi Pagoh! 🏅🔥

📅 3 – 11 Oktober 2026
📍 Kemudahan Gunasama Hab Pendidikan Tinggi Pagoh

.kktmledang

𝙎𝙐𝙆𝘼𝙉 𝙀𝘿𝙐 𝙃𝙐𝘽 𝙋𝘼𝙂𝙊𝙃 (𝙎𝙐𝙆𝙀𝙃) 2026 𝙆𝙀𝙈𝘽𝘼𝙇𝙄🔥Ayuh semarakkan SUKEH 2026 yang bakal berlangsung pada:🏆 3 hingga 11 Oktober 20...
24/09/2026

𝙎𝙐𝙆𝘼𝙉 𝙀𝘿𝙐 𝙃𝙐𝘽 𝙋𝘼𝙂𝙊𝙃 (𝙎𝙐𝙆𝙀𝙃) 2026 𝙆𝙀𝙈𝘽𝘼𝙇𝙄🔥

Ayuh semarakkan SUKEH 2026 yang bakal berlangsung pada:

🏆 3 hingga 11 Oktober 2026
📍 Kemudahan Gunasama, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh

Sama-sama kita meriahkan kejohanan sukan yang menghimpunkan warga institusi pendidikan tinggi dan rakan strategik di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.

📣 Jom sokong dan meriahkan SUKEH 2026!
Semangat kesukanan, ukhuwah dan kebersamaan kita raikan bersama! 💪🔥

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,Jom sertai 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤𝐬𝐢 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚: Zon Merah - Lindungi Diri yan...
24/09/2026

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Jom sertai 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤𝐬𝐢 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚: Zon Merah - Lindungi Diri yang dibawakan khas untuk anda!

Program ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 10 Oktober 2026 (Sabtu)

𝐌𝐚𝐬𝐚: 8.00 pagi hingga 2.00 petang

𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭: Dewan Auditorium 6, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh

📌 *𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐦𝐮𝐫 𝟏𝟖 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐤𝐞 𝐚𝐭𝐚𝐬.

𝐏𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧:
1. Ceramah Kesihatan Reproduktif & Gejala Sosial Remaja
2. Kuiz Interaktif + Hadiah
3. Reruai Pameran daripada AADK, PDRM, PKD, dan KafeTEEN

🎁 𝐊𝐞𝐢𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚:

- 𝐄-𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 disediakan
- Sarapan ringan & Makan tengahari disediakan
- *𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧, 𝐬𝐢𝐥𝐚 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢: 📞 𝟎𝟏𝟕-𝟐𝟒𝟎𝟎𝟔𝟓𝟎

Ayuh, tingkatkan kesedaran dan lindungi diri anda! Tempat adalah terhad. Jangan lepaskan peluang ini!

𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚 | 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagohmembuka peluang kepad...
22/09/2026

𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚 | 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠

Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh
membuka peluang kepada penjawat awam yang berminat untuk mengisi jawatan:

Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP5 (Contract Of Service)

a) Calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

i. Curriculum Vitae/Resume Bergambar;
ii. Salinan Kad Pengenalan;
iii. Sijil Kelahiran;
iv. Sijil Tamat Persekolahan;
v. Salinan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma; dan
vi. Lain-lain dokumen sokongan

* Tarikh tutup permohonan: 2 Oktober 2026

Imbas kod QR pada poster untuk rujukan iklan rasmi
dan maklumat lanjut.

SELAMAT HARI MALAYSIA !Seluruh warga SPK Hab Pendidikan Tinggi Pagoh mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh ra...
16/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA !

Seluruh warga SPK Hab Pendidikan Tinggi Pagoh mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Malaysia MADANI:Kesejahteraan Dinikmati. Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kemakmuran terus mekar di bumi Malaysia dan di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.

📢 PELUANG MENJADI SUKARELAWAN SUKEH 2026!🏃‍♀️🏃‍♂️🎉 Sukan Edu Hub Pagoh (SUKEH) 2026 kini membuka peluang kepada pelajar ...
09/09/2026

📢 PELUANG MENJADI SUKARELAWAN SUKEH 2026!🏃‍♀️🏃‍♂️

🎉 Sukan Edu Hub Pagoh (SUKEH) 2026 kini membuka peluang kepada pelajar IPT di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) untuk menyertai program ini sebagai SUKARELAWAN.

💪 Jadilah sebahagian daripada pasukan yang membantu menjayakan SUKEH 2026 serta memperoleh pengalaman dalam pengurusan program dan aktiviti sukan.

📌 Terbuka kepada:
Pelajar IPT di HPTP sahaja

📋 Daftar sebagai sukarelawan di sini:
👉 https://forms.gle/EhvjUJcAtbsoJr9f8

⏰ Jangan lepaskan peluang!
Jom bersama-sama meriahkan dan jayakan SUKEH 2026! 🔥

𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗨𝗠𝗨𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘-𝟲𝟵Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Dim...
31/08/2026

𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗨𝗠𝗨𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘-𝟲𝟵

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Dimaklumkan bahawa sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69, pejabat Seksyen Projek Khas (SPK) Hab Pendidikan Tinggi Pagoh akan ditutup pada Isnin, 31 Ogos 2026.

Sehubungan dengan itu, semua urusan pejabat adalah ditutup pada hari tersebut dan akan beroperasi semula seperti biasa pada Selasa, 1 September 2026.

Seluruh warga SPK Hab Pendidikan Tinggi Pagoh mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga semangat kemerdekaan ini terus memperkasa perpaduan, keharmonian, dan kemakmuran negara kita.
Kerjasama dan perhatian semua warga SPK Hab Pendidikan Tinggi Pagoh amatlah dihargai.

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗢𝗡𝗚𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗗𝗜 𝗛𝗔𝗕 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗣𝗔𝗚𝗢𝗛 (𝗛𝗣𝗧𝗣) 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗧𝗘𝗞...
26/08/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗢𝗡𝗚𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗗𝗜 𝗛𝗔𝗕 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗣𝗔𝗚𝗢𝗛 (𝗛𝗣𝗧𝗣) 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗨𝗧𝗠)

Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) telah menerima kunjungan En. Mohd Faizal bin Abd Latib, Pengarah Keselamatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru dalam satu sesi lawatan dan perkongsian ilmu berkaitan perkembangan serta potensi penggunaan teknologi terkini.

Sesi perkongsian memberi pendedahan mengenai perkembangan Artificial Intelligence (AI), automasi dan teknologi digital, termasuk potensi penggunaannya dalam menyokong pengurusan fasiliti dan persekitaran kampus yang lebih pintar, sistematik serta berkesan.

Turut dikongsikan ialah perkembangan konsep Smart City, penggunaan teknologi pintar serta pengalaman dan amalan teknologi di peringkat antarabangsa yang boleh dijadikan rujukan dalam meneroka pendekatan baharu selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Secara keseluruhannya, sesi ini membuka ruang kepada perkongsian pengetahuan, pertukaran pandangan dan penerokaan idea ke arah pemanfaatan teknologi secara strategik bagi menyokong usaha pendigitalan dan meningkatkan kecekapan pengurusan di HPTP.

Terima kasih kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) atas kesudian berkongsi pengalaman, pandangan dan kepakaran sepanjang sesi berlangsung.

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🌙Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H buat seluruh warga Edu Hub Pagoh dan umat Islam di ...
25/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🌙

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H buat seluruh warga Edu Hub Pagoh dan umat Islam di mana jua berada. 🤍
Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan menghayati perjuangan, akhlak mulia serta sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”
— Surah Al-Ahzab, 33:21

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakkan rasa cinta dan kasih kita kepada Rasulullah ﷺ serta mendorong kita untuk terus mengamalkan ajaran dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.
🌿 Daripada warga SPK HPTP, Edu Hub Pagoh.

Address

ARAS 3, SEKSYEN PROJEK KHAS HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH
Pagoh
84600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6069742588

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pagoh Education Hub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pagoh Education Hub:

Shortcuts

Share

Category