SMK Pagoh Perdana

SMK Pagoh Perdana Kod sekolah: JEA5042.

Sekolah Menengah Kebangsaan Pagoh Perdana, atau nama ringkasnya SMKPP, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Muarโ€“Labis, Pekan Pagoh, 84600 Muar, Johor Darul Takzim.

10/04/2026
30/03/2026

Pelancaran video Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 disambut baik oleh semua sekolah di daerah Muar. Semoga RPM 2026-2035 yang dirancang ini berjaya mencapai sasaran dalam meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia.



-2035

21/03/2026

โœจ TAKBIR RAYA BERGEMA DI SMK PAGOH PERDANA โœจ

Alunan takbir yang dipimpin oleh guru-guru lelaki SMK Pagoh Perdana telah menghidupkan suasana penuh syahdu dan bermakna sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Suara takbir yang bergema bukan sahaja menyemarakkan kemeriahan Syawal, malah menyentuh hati setiap warga sekolah dengan penghayatan rasa syukur, keinsafan dan kebersamaan. Momen ini turut menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim antara guru dan murid dalam suasana yang penuh harmoni.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan Takbir Raya ini. Semoga amalan dan usaha yang dilakukan diberkati serta terus menyemarakkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga SMK Pagoh Perdana.

"Meraih Impian, Menginspirasi Generasi"

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! ๐ŸŒ™โœจ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi...
21/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dalam suasana penuh keberkatan.

Kami, pihak SMK Pagoh Perdana ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga sekolah, khususnya para guru, staf sokongan, murid-murid serta ibu bapa dan penjaga. Semoga Aidilfitri ini menjadi titik permulaan untuk kita memperkukuh hubungan silaturahim, menyemai nilai murni serta terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam sahsiah dan akademik.

Di kesempatan ini juga, kami mendoakan agar semua warga sekolah sentiasa berada dalam keadaan sihat, selamat, dan dilindungi sepanjang sambutan perayaan ini. Berhati-hatilah ketika dalam perjalanan dan utamakan keselamatan di mana jua berada.

Akhir kata, semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, kedamaian dan keberkatan buat kita semua.

Meraih Impian, Menginspirasi Generasi

Sekian, terima kasih.

๐Ÿ“ขPELANCARAN MINGGU ANTI DADAH SMK PAGOH PERDANA๐Ÿ“ขSMK Pagoh Perdana dengan kerjasama Balai Polis Pagoh telah mengadakan Ma...
16/02/2026

๐Ÿ“ขPELANCARAN MINGGU ANTI DADAH SMK PAGOH PERDANA๐Ÿ“ข

SMK Pagoh Perdana dengan kerjasama Balai Polis Pagoh telah mengadakan Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah pada 11 Februari 2026 (Rabu), bermula jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi bertempat di Dewan Serbaguna SMK Pagoh Perdana.

Majlis pelancaran ini telah berlangsung dengan penuh tertib dan mendapat kerjasama yang amat baik daripada para pelajar serta warga sekolah. Program ini turut melibatkan kolaborasi bersama Balai Polis Pagoh yang diwakili oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) sebagai usaha memperkukuh kesedaran dan pendidikan pencegahan dadah dalam kalangan murid.

๐ŸŽฏ Objektif Program:
โœ… Meningkatkan pengetahuan berkaitan pendidikan pencegahan dadah, rokok dan v**e kepada seluruh warga sekolah.
โœ… Mengelakkan murid daripada terjebak dengan najis dadah, rokok dan v**e.
โœ… Membentuk serta membina jaringan kolaboratif antara pihak sekolah dan agensi luar.

Sepanjang majlis, para pelajar diberi pendedahan awal mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta kepentingan membuat pilihan hidup yang sihat dan positif. Program ini diharapkan dapat menyemai kesedaran berterusan serta membentuk generasi yang berdisiplin, berintegriti dan bebas dadah.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

SMK Pagoh Perdana
โœจโ€œMeraih Impian, Menginspirasi Generasiโ€โœจ



๐Ÿ“ฃPERJUMPAAN BADAN BERUNIFORM KALI KE-2SMK Pagoh PerdanaSMK Pagoh Perdana telah berjaya melaksanakan Perjumpaan Badan Ber...
16/02/2026

๐Ÿ“ฃPERJUMPAAN BADAN BERUNIFORM KALI KE-2
SMK Pagoh Perdana

SMK Pagoh Perdana telah berjaya melaksanakan Perjumpaan Badan Beruniform Kali Ke-2 pada 4 Februari 2026 (Rabu) bermula jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di kawasan sekolah.

Program yang dikendalikan oleh Guru Penasihat Badan Beruniform ini melibatkan penyertaan aktif semua pelajar yang berdaftar sebagai ahli badan beruniform sekolah.

๐ŸŽฏ Objektif & Aktiviti Dilaksanakan:
โœ… Pengenalan kepada asas kawad kaki bagi setiap badan uniform
โœ… Latihan asas kawad kaki secara praktikal

Sepanjang sesi berlangsung, para pelajar menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi dalam mempelajari teknik asas kawad kaki. Aktiviti ini bukan sahaja memupuk nilai kepimpinan dan kerjasama, malah membantu membentuk sahsiah diri yang lebih berdisiplin dan berkeyakinan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan semua guru penasihat badan beruniform atas kelancaran perjalanan program dan perkongsian ilmu yang bermanfaat ini kepada semua pelajar.

Semoga aktiviti seperti ini terus menjadi platform membina jati diri dan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.

SMK Pagoh Perdana
โœจโ€œMeraih Impian, Menginspirasi Generasiโ€


KUNJUNG HORMAT UTHM PAGOH KE SMK PAGOH PERDANASMK Pagoh Perdana telah menerima kunjung hormat daripada wakil Universiti ...
16/02/2026

KUNJUNG HORMAT UTHM PAGOH KE SMK PAGOH PERDANA

SMK Pagoh Perdana telah menerima kunjung hormat daripada wakil Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh pada 12 Februari 2026 (Khamis) jam 9.00 pagi.

Kunjungan ini merupakan satu inisiatif memperkukuh hubungan strategik antara pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi, khususnya dalam membuka ruang kerjasama yang memberi manfaat kepada warga sekolah.

๐ŸŽฏ Objektif Kunjungan:
โœ… Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap antara SMK Pagoh Perdana dan UTHM Kampus Pagoh.
โœ… Merancang program kerjasama yang memberi manfaat kepada murid-murid SMK Pagoh Perdana.
โœ… Memberi pendedahan awal kepada pihak sekolah berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan di UTHM sebagai panduan perancangan masa depan murid.

Delegasi UTHM diketuai oleh wakil pengurusan kampus bersama beberapa pegawai kanan universiti. Pihak sekolah p**a diwakili oleh Pengetua, barisan pentadbir serta Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Perbincangan yang berlangsung dalam suasana harmoni ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada pelbagai program kolaboratif seperti perkongsian kepakaran, motivasi pendidikan serta pendedahan laluan kerjaya kepada murid.

Pihak SMK Pagoh Perdana merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak UTHM Kampus Pagoh berkunjung dan menjalinkan kerjasama strategik ini.

Semoga hubungan dua hala ini terus berkembang demi kecemerlangan pendidikan anak-anak SMK Pagoh Perdana.

SMK Pagoh Perdana
โœจ โ€œMeraih Impian, Menginspirasi Generasiโ€



MAKLUMAN CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA & AWAL RAMADHAN SMK PAGOH PERDANA 2026Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa cuti ...
16/02/2026

MAKLUMAN CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA & AWAL RAMADHAN SMK PAGOH PERDANA 2026

Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa cuti sekolah akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“ Cuti Sekolah: 14 Februari 2026 โ€“ 22 Februari 2026
๐Ÿงง Tahun Baru Cina: 17 & 18 Februari 2026
๐ŸŒ™ Awal Ramadhan: 19 Februari 2026
๐Ÿซ Kembali Bersekolah: 23 Februari 2026

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2026, pihak sekolah mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai kepada semua warga sekolah yang meraikannya. Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kesihatan dan kemakmuran kepada kita semua.

Dalam masa yang sama, kita juga bakal menyambut ketibaan Awal Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat. Semoga Ramadhan kali ini memberi ruang untuk kita meningkatkan amalan serta memperkukuh nilai kesabaran dan keinsafan.

โœจ Gunakanlah tempoh cuti ini dengan sebaiknya bersama keluarga tersayang.
๐Ÿ“š Jangan lupa membuat persediaan untuk kembali ke sekolah pada 23 Februari 2026!

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

SMK Pagoh Perdana
โ€œMeraih Impian, Menginspirasi Generasiโ€



๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-2 2026 | SMK PAGOH PERDANA ๐ŸŒฟPada 30 Januari 2026, SMK Pagoh Perdana telah berjaya m...
02/02/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-2 2026 | SMK PAGOH PERDANA ๐ŸŒฟ

Pada 30 Januari 2026, SMK Pagoh Perdana telah berjaya menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-2 Tahun 2026 yang dikendalikan oleh Unit Sukan SMK Pagoh Perdana, bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di sekitar laluan trek kawasan SMK Pagoh Perdana.

๐Ÿ’ช Kejohanan ini berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan penglibatan aktif murid-murid serta sokongan padu warga sekolah. Program ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental, malah memupuk nilai disiplin, kerjasama dan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.

๐Ÿ† Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat juang yang tinggi, serta kepada para pemenang yang berjaya meraih kejayaan. Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru, jawatankuasa pelaksana dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejohanan ini berjalan lancar.

๐ŸŒŸ Semoga penganjuran kejohanan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan murid yang aktif, sihat dan seimbang dari segi jasmani serta rohani.

๐Ÿ’œ SMK Pagoh Perdana
Meraih Impian, Menginspirasi Generasi



MESYUARAT AGUNG KALI KE-1 BADAN BERUNIFORM & KELAB/PERSATUAN SMK PAGOH PERDANA 2026Barisan kepimpinan baharu Badan Berun...
01/02/2026

MESYUARAT AGUNG KALI KE-1 BADAN BERUNIFORM & KELAB/PERSATUAN SMK PAGOH PERDANA 2026

Barisan kepimpinan baharu Badan Beruniform serta Kelab dan Persatuan SMK Pagoh Perdana bagi sesi 2026 telah pun terpilih!

โœจPada 28 Januari 2026 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Kali Pertama yang menghimpunkan semua ahli dari pelbagai unit.

Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk:
โœ… Memberi pendedahan awal kepada ahli mengenai peranan dan matlamat unit masing-masing.
โœ… Melantik dan mengesahkan barisan Jawatankuasa baharu yang akan menerajui unit mereka untuk sesi persekolahan semasa.

Syabas diucapkan kepada semua yang hadir dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua AJK yang telah dilantik!

Semoga dapat menjalankan amanah yang diberi dengan penuh dedikasi dan membawa nama unit ke persada yang lebih tinggi.

'Meraih Impian, Menginspirasi Generasi'


๐Ÿ“Š Dialog Prestasi PAT Tingkatan 4 SMK Pagoh Perdana: Memacu Kecemerlangan SPM 2026! ๐Ÿš€Alhamdulillah, pada 27 Januari 2026...
01/02/2026

๐Ÿ“Š Dialog Prestasi PAT Tingkatan 4 SMK Pagoh Perdana: Memacu Kecemerlangan SPM 2026! ๐Ÿš€

Alhamdulillah, pada 27 Januari 2026 (Selasa) yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Dialog Prestasi Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) Tingkatan 4 di Bilik Mesyuarat SMK Pagoh Perdana.

Dialog ini menjadi platform penting untuk:
โœ… Menganalisis pencapaian akademik murid berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2025.
โœ… Membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif.
โœ… Merancang pelan tindakan berfokus sebagai persediaan rapi menuju SPM 2026.

Sesi perbincangan yang membina ini melibatkan barisan pentadbir dan guru-guru yang komited dalam memastikan kecemerlangan para pelajar.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada En Parmin Bin Radi (Pegawai SIP+) atas kesudian hadir bagi memberikan pandangan dan sokongan.Semoga segala perancangan yang diatur akan membuahkan hasil yang cemerlang.

SMK Pagoh Perdana
'Meraih Impian, Menginspirasi Generasi'

๐Ÿš€ CHEM-E CAR: SPARKING INNOVATION IN THE STUDENT ZONE ๐Ÿš€Program CHEM-E CAR: Sparking Innovation in the Student Zone telah...
01/02/2026

๐Ÿš€ CHEM-E CAR: SPARKING INNOVATION IN THE STUDENT ZONE ๐Ÿš€

Program CHEM-E CAR: Sparking Innovation in the Student Zone telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan berimpak tinggi melibatkan kerjasama strategik antara SMK Pagoh Perdana, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail serta sokongan UNESCO.

๐Ÿ—“ Tarikh: 21 & 22 Januari 2026

Program berteraskan STEM ini bertujuan untuk:
๐Ÿ”ฌ Mengenal pasti bakat dan potensi pelajar dalam bidang STEM
โš™๏ธ Menggalakkan penyelesaian masalah melalui inovasi Chem-E Car secara kreatif dan terperinci

Selain itu, program ini turut memperkukuh jaringan dan kolaborasi antara:
๐Ÿค Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
๐Ÿค Universiti Islam Antarabangsa
๐Ÿค UNESCO
๐Ÿค 8 buah sekolah menengah berhampiran dari Daerah Muar dan Tangkak

Sepanjang program berlangsung, para pelajar berpeluang menyaksikan demonstrasi, pembelajaran secara hands-on serta perkongsian ilmu secara langsung daripada pakar dan pensyarah, sekali gus mencetus minat mendalam terhadap inovasi dan teknologi masa hadapan. ๐Ÿ’ก๐Ÿš—โš—๏ธ

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga inisiatif seperti ini terus menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi pelajar yang berdaya saing, inovatif dan berfikiran global. ๐ŸŒโœจ

โœจ Meraih Impian, Menginspirasikan Generasi โœจ



Address

SMK Pagoh Perdana, Jalan Muar-Labis
Pagoh
84600

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

+6069737090

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Pagoh Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Pagoh Perdana:

Shortcuts

Share

Category