UTM Kampus Pagoh

Directions Website Contact the school

UTM Kampus Pagoh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Pagoh Campus - Research Centres If you have any inquiries, please do not hesitate to contact us.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Research Centre Pagoh Campus is strategically located off the Pagoh interchange on the North-South expressway, in the district of Muar, Johor. A 50-hectare campus equipped with shared facilities integrated with Ministry of Higher Education (MoHE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pagoh Campus, International Islamic University Malaysia Pagoh Campus and Tun Syed Nasir Polytechnic. Officiated by Malaysia Deputy Prime Minister on 15 September 2011, UTM Pagoh Campus conducts research and focuses on the development of innovative agritechnology, sustainability and green technology to promote human health, wellness and reducing carbon footprint. UTM Pagoh Campus has the capacity to accommodate 200 postgraduate research students specialised especially in research and innovation. Research conducted will incorporate cross-disciplinary expertise, a combination of the strength of various disciplines.

MAJLIS BERSAMA NAIB CANSELOR UTM OKTOBER 2026: MEMPERKASA AKADEMIA, MENYERLAH REPUTASI UNIVERSITI2 Oktober 2026 | Majlis...
02/10/2026

MAJLIS BERSAMA NAIB CANSELOR UTM OKTOBER 2026: MEMPERKASA AKADEMIA, MENYERLAH REPUTASI UNIVERSITI

2 Oktober 2026 | Majlis Bersama Naib Canselor UTM bulan Oktober 2026 berlangsung hari ini dari Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur, dengan amanat oleh Naib Canselor UTM, YBrs. Prof. Ts. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim.

Mengangkat tema “Akademia & Reputasi Universiti”, majlis ini menjadi wadah untuk menyampaikan amanat dan hala tuju strategik dalam memperkukuh kecemerlangan akademia serta meningkatkan reputasi UTM di peringkat nasional dan antarabangsa.

Majlis turut disaksikan secara lintas langsung oleh warga UTM Johor Bahru dan UTM Kampus Pagoh, sekali gus memperkukuh penyatuan warga universiti dalam menghayati aspirasi dan agenda UTM.

KURSUS PEMBANGUNAN DASHBOARD GOOGLE LOOKER STUDIO PERKASA PENGURUSAN DATA UTM PAGOH22 September 2026 | UTM Kampus Pagoh ...
01/10/2026

KURSUS PEMBANGUNAN DASHBOARD GOOGLE LOOKER STUDIO PERKASA PENGURUSAN DATA UTM PAGOH

22 September 2026 | UTM Kampus Pagoh dengan kerjasama Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan, Jabatan Pendaftar UTM Johor Bahru telah menganjurkan Kursus Pembangunan Dashboard Menggunakan Google Looker Studio bertempat di Ruang Berkomputer, Aras 2, Perpustakaan Gunasama Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.

Kursus yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini dikendalikan oleh Encik Shamsul Azli bin Shamsuray, Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTM.

Program memberi pendedahan kepada peserta dalam membangunkan dashboard interaktif bagi memudahkan analisis, visualisasi dan perkongsian data, sekali gus menyokong pengurusan yang lebih sistematik serta berasaskan data.

MASJ 2026: Gemerlap ‘Movie Magic’ Raikan Bintang UTM Kampus Pagoh29 September 2026 – Bertemakan “Movie Magic”, Majlis An...
01/10/2026

MASJ 2026: Gemerlap ‘Movie Magic’ Raikan Bintang UTM Kampus Pagoh

29 September 2026 – Bertemakan “Movie Magic”, Majlis Anugerah Sanjungan Jauhar (MASJ) 2026 bakal menyemarakkan Pusat Konvensyen KPT sebagai pentas penghargaan buat warga UTM Kampus Pagoh yang telah menunjukkan komitmen, dedikasi dan sumbangan cemerlang.

Majlis ini turut meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025, di samping mengiktiraf pelbagai pencapaian melalui anugerah berkonsepkan dunia perfileman seperti Superstar Scholar Award, Research Blockbuster Award, Icon Masterpiece Award, Sport Star Award, Agro Rockstar Award, Laboratory Excellence Award dan Innovation Premiere Award.

Turut mencuri perhatian ialah Director Choice Award dan Best Costume Award yang menambahkan kemeriahan serta kelainan pada acara penuh glamor ini.

Mengangkat warga UTM Kampus Pagoh sebagai ‘bintang utama’, MASJ 2026 bukan sekadar majlis penghargaan, malah menjadi simbol apresiasi terhadap setiap usaha dan sumbangan yang mencorakkan kejayaan kampus.✨🎬

🎉 SEKALUNG TAHNIAH BUAT PENERIMA ASCEND RESEARCH OFFICER ACCELERATOR GRANT DARI UTM KAMPUS PAGOH! 🎉Seluruh warga Univers...
28/09/2026

🎉 SEKALUNG TAHNIAH BUAT PENERIMA ASCEND RESEARCH OFFICER ACCELERATOR GRANT DARI UTM KAMPUS PAGOH! 🎉

Seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Pagoh ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada empat orang Pegawai Penyelidik hebat kita atas kejayaan menerima ASCEND Research Officer Accelerator Grant bagi sesi September 2026 - September 2028.

Kejayaan ini adalah bukti komitmen berterusan mereka dalam bidang penyelidikan dan inovasi demi memartabatkan lagi nama UTM di persada dunia sains dan teknologi.

Berikut adalah penerima ASCEND Research Officer Accelerator Grant :

1️⃣ ChM. Ts. Dr. Norliza binti Abdul Latiff (Pegawai Penyelidik ICA)
🏆 Tajuk Projek: The Potential of Bioactive Peptides Extracted from Stingless Bee Bread (Heterotrigona Itama) as Antioxidants and Antibacterial Agents
💰 Nilai Geran: RM25,000

2️⃣ Puan Zulaikha binti Sarobo (Pegawai Penyelidik ICA)
🏆 Tajuk Projek: Integrating Morpho-Genomic Barcoding and Glucomannan Profiling of Malaysian Amorphophallus Species for Sustainable Sourcing of Climate-Resilient Edible Biopolymers
💰 Nilai Geran: RM25,000

3️⃣ Puan Suhir binti Sulaiman (Pegawai Penyelidik ICA)
🏆 Tajuk Projek: Optimization of Organic Liquid Fertilizer Formulations for Sustainable Hydroponic Shallot (Allium Cepa Var. Aggregatum) Production
💰 Nilai Geran: RM22,200

4️⃣Puan Nurhamieza Binti Md Huzir (Pegawai Penyelidik MJARC)
🏆 Tajuk Projek: Integrated Subcritical Water Pretreatment And Black Soldier Fly Larvae For Food Waste Valorization Into Alternative Fish Feed
💰 Nilai Geran: RM25,000

Dengan semangat "Menginovasi Penyelesaian Lestari," moga geran ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penemuan impak tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

Selamat maju jaya dan teruskan melakar kejayaan! 💪

🏆 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2025!Warga UTM Kampus Pagoh ingin merakamkan u...
24/09/2026

🏆 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2025!

Warga UTM Kampus Pagoh ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua staf yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2025 dalam Majlis Citra Karisma 2026.

Dedikasi, komitmen, dan kecemerlangan yang ditunjukkan dalam menjalankan tugas amat dihargai dan menjadi inspirasi kepada kami semua. Semoga penganugerahan ini akan menyuntik semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kemajuan universiti.

Berikut adalah senarai penerima APC 2025:

1. Prof. Dr. Hesham Ali Metwally Ali El-Enshasy - Pengarah ICA, ICA UTM Kampus Pagoh

2. Prof. Madya Ir. Dr. Norzita Binti Ngadi - Timbalan Pengarah Akademik, UTM Kampus Pagoh

3. En. Zabidi Bin Mohamed @ Ismail - Jurutera, UTM Kampus Pagoh

4. Pn. Nooraina Atira Binti Alaudin - Penolong Pegawai Sains, ICA UTM Kampus Pagoh

5. Pn. Rafizah Binti Rauf - Pembantu Tadbir (P/O), UTM Kampus Pagoh

Tahniah sekali lagi!

PERBINCANGAN STRATEGIK DPPC DAN NAHRIM PERKUKUH KERJASAMA21 September 2026 | Isnin – Satu sesi perbincangan strategik an...
23/09/2026

PERBINCANGAN STRATEGIK DPPC DAN NAHRIM PERKUKUH KERJASAMA

21 September 2026 | Isnin – Satu sesi perbincangan strategik antara DPPC UTM Pagoh dan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah berlangsung bagi meneroka peluang kerjasama serta memperkukuh hubungan strategik dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kepakaran. Perbincangan ini turut disertai oleh pensyarah daripada UiTM Seremban yang juga merupakan Penyelidik Bersekutu DPPC.

Pertemuan ini telah berjaya mencapai objektif utama sebagai platform untuk berkongsi pandangan, mengenal pasti potensi sinergi serta merangka inisiatif bersama yang berimpak tinggi kepada pengurusan bencana di peringkat nasional.

Kerjasama strategik seumpama ini mencerminkan komitmen jitu dan berterusan UTM Pagoh dalam memperluaskan jaringan kolaborasi serta memperkukuh peranan institusi pengajian tinggi dalam mendepani cabaran berkaitan air, alam sekitar dan kelestarian selaras dengan agenda-agenda kerajaan demi masa hadapan yang berpaksikan inovasi, teknologi dan digitalisasi.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾16 SEPTEMBER 2026Hari Malaysia merupakan simbol perpaduan dan kebersamaan selu...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

16 SEPTEMBER 2026

Hari Malaysia merupakan simbol perpaduan dan kebersamaan seluruh rakyat Malaysia dalam membina sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera.

Marilah kita bersama-sama menghayati semangat Malaysia MADANI dengan memperkukuh perpaduan, menghormati kepelbagaian serta menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air.

Di Bawah Satu LangitDari puncak Kinabalu yang gah berdiri,Hingga ke lembah Semenanjung yang mekar mewangi,Menyeberangi l...
15/09/2026

Di Bawah Satu Langit

Dari puncak Kinabalu yang gah berdiri,
Hingga ke lembah Semenanjung yang mekar mewangi,
Menyeberangi lautan biru yang luas terbentang,
Kita satukan jiwa, membuang benci dan tegang.

Hari ini, tanggal enam belas September,
Sejarah terpahat, bukan sekadar nombor,
Sabah, Sarawak, Semenanjung berpadu,
Membentuk Malaysia, teguh dan bersatu.

Darah perwira mewarnai bumi tercinta,
Semangat mereka mengalir dalam nadi kita,
Bukan untuk dipecah, bukan untuk diruntuh,
Tapi untuk dibina, utuh dan teguh.

Berbilang bangsa, satu suara,
Berbeza agama, satu saudara,
Dalam kepelbagaian kita temui kekuatan,
Dalam kesatuan kita bina masa depan.

Ayuh Malaysiaku, bangkitlah melangkah!
Biar ribut melanda, biar ombak pecah,
Kita pegang panji Jalur Gemilang,
Biar megah berkibar, cemerlang terbilang.

Merdeka! Merdeka! Merdeka jiwanya!
Malaysia tanah airku, selamanya berjaya!

𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗚𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗨𝗧𝗠: 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗸𝘀𝗶𝗺𝘂𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗛𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗠𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗣𝗮𝘁𝗶 & 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝗛𝗶𝗹𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗶𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶!Penyelidik dari Innov...
09/09/2026

𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗚𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗨𝗧𝗠: 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗸𝘀𝗶𝗺𝘂𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗛𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗠𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗣𝗮𝘁𝗶 & 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝗛𝗶𝗹𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗶𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶!

Penyelidik dari Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA, UTM Kampus Pagoh telah mengorak langkah strategik dalam memajukan industri gaharu atau "emas hitam" negara. Melalui penyelidikan multidisiplin, pemprosesan minyak pati kini lebih pantas, menjimatkan, dan sedia untuk dikomersialkan! 🚀

💡 Fakta & Impak Utama Penyelidikan:

⏱️ Peningkatan Hasil & Jimat Masa: Kaedah pra-rawatan inovatif menggunakan Teknik Berbantu Ultrasonik (TU) meningkatkan hasil minyak sebanyak 36% (rendaman 5 hari), manakala Rawatan Enzim (E) meningkatkan hasil sehingga 68% dengan tempoh rendaman singkat selama 3 hari sahaja (berbanding kaedah konvensional 10–14 hari).

💰 Penjimatan Kos: Inovasi ini menyumbang kepada penjimatan kos pengeluaran sehingga 3 hingga 5 kali ganda.

🔬 10 Panel Penilai Deria Terlatih: Ditubuhkan khusus bagi memastikan kualiti aroma, karakter wangian, dan penerimaan pasaran mengikut garis panduan etika penyelidikan UTM.

👑 Persembahan Diraja: Hasil penyelidikan ICA telah dipersembahkan kepada DYMM Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah (Canselor UTM) dan YM Che' Puan Besar Khaleeda (Pro-Canselor UTM) sempena Majlis Konvokesyen UTM ke-69.

🛍️ Produk Komersial 2026 & Edisi Konvokesyen: Berjaya melahirkan jenama minyak wangi PrimeOudore™ untuk pasaran tahun 2026, serta edisi khas konvokesyen Fragrad™ (variasi HeGrad™ & SheGrad™)!

🌱 Penyelidikan berterusan ini bukan sahaja memperkasa produk wangian dan penjagaan diri, malah menyumbang kepada kelestarian gaharu sebagai khazanah bernilai tinggi negara.

Sumber: MRUN Bulletin 2026, hlm. 110–114

03/09/2026

Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial r...

Address

UTM Pagoh, Hab Pendidikan, Bandar Universiti Pagoh
Pagoh
84600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UTM Kampus Pagoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to UTM Kampus Pagoh:

Shortcuts

Share