双溪加拉岸华民小学-家教协会 SJKC Hua Min-Pibg

双溪加拉岸华民小学-家教协会 SJKC Hua Min-Pibg SJKC HUA MIN

🥦🍎 均衡饮食,健康成长! 🌱✨健康,是成长路上最珍贵的礼物。❤️2026年8月11日,本校很荣幸迎来 Mega Kulim Pharmacy,为全体师生带来一场充满知识与互动的 《均衡饮食,健康成长》健康讲座。讲座从均衡饮食的重要性、成长...
17/08/2026

🥦🍎 均衡饮食,健康成长! 🌱✨

健康,是成长路上最珍贵的礼物。❤️

2026年8月11日,本校很荣幸迎来 Mega Kulim Pharmacy,为全体师生带来一场充满知识与互动的 《均衡饮食,健康成长》健康讲座。

讲座从均衡饮食的重要性、成长所需的营养素,到日常健康饮食小贴士,让师生们更加了解如何通过正确的饮食习惯,为身体补充所需的营养,培养健康的生活方式。🥗🍊🥛

除了健康讲座,Mega Kulim 也特别报效了个急救箱给本校,为校园安全与师生健康多添一份保障。🩹❤️

同时,也感谢 Mega Kulim 为全体师生精心准备了 小礼袋🎁,让大家在收获健康知识的同时,也感受到满满的心意与关怀。

🙏🏻 衷心感谢 Mega Kulim 对本校师生健康与校园发展的支持!
愿我们从小培养健康饮食的好习惯,吃得均衡、活得健康、快乐成长! 🌈💚


#均衡饮食健康成长
#健康讲座
#健康从小培养
#师生健康
#急救箱
#小礼袋

#健康校园

🥦🍎 Pemakanan Seimbang, Tumbesaran Sihat! 🌱✨
Kesihatan merupakan hadiah yang paling berharga dalam proses tumbesaran. ❤️

Pada 11 Ogos 2026, pihak sekolah berbesar hati menerima kunjungan Mega Kulim Pharmacy yang telah mengadakan satu ceramah kesihatan yang penuh dengan ilmu dan aktiviti interaktif bertajuk “Pemakanan Seimbang, Tumbesaran Sihat” untuk semua guru dan murid.

Ceramah ini memberi pendedahan tentang kepentingan pemakanan seimbang, nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan serta pertua pemakanan sihat dalam kehidupan seharian. Melalui perkongsian ini, guru dan murid dapat memahami dengan lebih jelas bagaimana amalan pemakanan yang betul dapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh serta membentuk gaya hidup yang lebih sihat. 🥗🍊🥛

Selain ceramah kesihatan, pihak Mega Kulim Pharmacy turut menyumbangkan peti pertolongan cemas kepada pihak sekolah sebagai tambahan kepada kemudahan keselamatan serta penjagaan kesihatan warga sekolah. 🩹❤️

Pada masa yang sama, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Farmasi Mega Kulim kerana menyediakan beg goodie untuk semua guru dan murid. 🎁 Selain memperoleh ilmu tentang kesihatan, warga sekolah turut merasai keprihatinan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh pihak Farmasi Mega Kulim.

🙏🏻 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Farmasi Mega Kulim atas sokongan serta sumbangan kepada kesihatan dan pembangunan sekolah kami!

Semoga kita dapat memupuk amalan pemakanan yang sihat sejak kecil,makan secara seimbang, hidup lebih sihat dan membesar dengan ceria! 🌈💚









🌷【爱心捐献 · 情暖校园】🌷📅 日期:01.08.2026(星期六)双溪加拉岸华民小学谨向陈府戴氏已故老太孺人治丧家属致以衷心的感谢与崇高的敬意。🙏 感谢家属在治丧期间,秉持着 “取之社会,用之社会” 的精神,慷慨捐献 RM300 予本校...
17/08/2026

🌷【爱心捐献 · 情暖校园】🌷

📅 日期:01.08.2026(星期六)

双溪加拉岸华民小学谨向陈府戴氏已故老太孺人治丧家属致以衷心的感谢与崇高的敬意。

🙏 感谢家属在治丧期间,秉持着 “取之社会,用之社会” 的精神,慷慨捐献 RM300 予本校,作为学校教育与活动发展用途。

这份爱心不仅是一份捐献,更是一份温暖的祝福与深厚的情谊。❤️
学校全体师生谨此致以最诚挚的谢意,愿这份善心继续传递,让爱与希望在校园里延续。

🕊️ 谨以此帖向治丧家属致谢,并向已故陈府戴氏老太孺人献上最深的哀思与敬意。

双溪加拉岸华民小学
全体师生 敬谢

#双溪加拉岸华民小学
#爱心捐献
#衷心感谢
#教育传承
#爱心延续
#善心永存

🌷【关爱视力 · 守护成长】🌷👁️ 免费视力检查与配镜度数服务📅 日期:23.07.2026(星期四)🏫 地点:双溪加拉岸华民小学图书馆双溪加拉岸华民小学谨向北赖中央狮子会(LIONS CLUB OF PRAI CENTRAL)致以最诚挚的...
17/08/2026

🌷【关爱视力 · 守护成长】🌷

👁️ 免费视力检查与配镜度数服务
📅 日期:23.07.2026(星期四)
🏫 地点:双溪加拉岸华民小学图书馆

双溪加拉岸华民小学谨向北赖中央狮子会(LIONS CLUB OF PRAI CENTRAL)致以最诚挚的感谢与崇高的敬意!❤️

🙏 感谢北赖中央狮子会特别安排专业验眼师到校,为本校学生提供免费视力检查及眼镜度数检测服务,让学生能够及时了解自己的视力状况。

👓 一双明亮健康的眼睛,是孩子学习与成长的重要伙伴。北赖中央狮子会用实际行动关心学生的视力健康,为孩子们的学习之路增添一份保障与温暖。

💖 感谢您们无私的付出与关怀,让爱心走进校园,让健康伴随成长!

双溪加拉岸华民小学全体师生谨致以衷心的感谢!

愿我们继续携手,为孩子们创造一个更健康、更美好的成长环境。🌈

#双溪加拉岸华民小学
#北赖中央狮子会
#免费视力检查
#关爱学生视力健康
#守护孩子健康成长
#爱心传递
#感谢有您

🌷【Prihatin Penglihatan · Lindungi Masa Depan Anak-anak】🌷

👁️ Pemeriksaan Mata dan Ukuran Cermin Mata Secara Percuma
📅 Tarikh : 23.07.2026 (Khamis)
🏫 Tempat : Perpustakaan SJKC Hua Min Sungai Karangan

Pihak SJKC Hua Min Sungai Karangan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada LIONS CLUB OF PRAI CENTRAL atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan kepada murid-murid kami. ❤️

🙏 Pihak LIONS CLUB OF PRAI CENTRAL telah mengatur khidmat pegawai pemeriksa mata profesional untuk hadir ke sekolah bagi menjalankan pemeriksaan mata dan pemeriksaan ukuran cermin mata secara percuma kepada para murid.

👓 Penglihatan yang baik amat penting dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Usaha murni ini bukan sahaja membantu murid mengetahui tahap kesihatan mata mereka, malah turut meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan penglihatan.

💖 Terima kasih atas masa, tenaga, keprihatinan dan kasih sayang yang dicurahkan kepada murid-murid kami. Sesungguhnya, setiap sumbangan dan usaha yang diberikan amat bermakna dalam membantu anak-anak membesar dalam keadaan lebih sihat dan sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih daripada seluruh warga SJKC Hua Min Sungai Karangan.

Semoga jalinan kerjasama dan semangat prihatin ini terus mekar demi kesejahteraan dan masa depan anak-anak kita. 🌈







🌱 *教师专业发展系列* 🌱*持续学习 · 持续精进 · 持续成长*                                                                                      ...
10/08/2026

🌱 *教师专业发展系列* 🌱
*持续学习 · 持续精进 · 持续成长*
🇲🇾 《Aku Kasih Malaysia》Gerakan MADANI 教师培育活动圆滿落幕 。

为进一步深化教师的国家认同感、教育使命感及团队凝聚力,双溪加拉岸华民学校于今日成功举行 《Aku Kasih Malaysia》Gerakan MADANI 专题培育活动。

本次活动内容丰富且深具启发性,涵盖:
🎥 观赏《Sepenuh Hati (With All Our Hearts)》专题视频
📝 MADANI 前测问答(Kuiz Pra-MADANI)
🎶 齐唱国歌《Negaraku》
📜 齐声宣读《Rukun Negara》及公务员誓词(Ikrar Penjawat Awam)

此外,教职员更透过六大主题学习站,进行深度互动与学习:
1️⃣ 联邦宪法(Perlembagaan Persekutuan)
2️⃣ 国家徽章(Jata Negara)
3️⃣ 国家原则(Rukun Negara)
4️⃣ 历任首相治国理念(Gagasan Perdana Menteri Malaysia)
5️⃣ 国家教育哲学(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
6️⃣ 昌明大马核心价值(Teras Malaysia MADANI)

本次活动由校长亲领,全校 14位教师及2位行政支援人员全员倾情投入,展现了高度的专业与团队精神。

🤝 特别鸣谢
本校特别向4位热心服务的义务协调员致以最诚挚的谢意:
✨ Muhammad Lutfi Bin Anuar Nurin
✨ Batrisyia Binti Mohamad Sukri
✨ Adam Faris Bin Mohd Saad
✨ Nur Aina Rasyiqah Binti Ahmad Rasidi
感谢你们悉心协助各站点的运作,让活动得以顺畅推进!同时,也衷心感谢校工团队全程协助摄影与后勤支持,捕捉下每一个充满力量与温度的瞬间。

愿华民团队继续秉持“以爱育人、以德树人”的教育初心,践行昌明大马理念,携手为培育国家未来栋梁不懈努力!🌟

🌱 Siri Pembangunan Profesional Guru 🌱
Pembelajaran Berterusan · Penambahbaikan Berterusan · Perkembangan Berterusan

🇲🇾 PROGRAM GERAKAN MADANI: “AKU KASIH MALAYSIA” BERJAYA DILAKSANAKAN 🇲🇾

Bagi memperkukuh semangat patriotisme, jati diri pendidik, serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga sekolah, SJKC Hua Min telah berjaya menganjurkan Program Gerakan MADANI: “Aku Kasih Malaysia”.

Sepanjang program ini, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian yang bermakna, merangkumi:
🎥 Tayangan video khas “Sepenuh Hati (With All Our Hearts)”
📝 Sesi Kuiz Pra-Gerakan MADANI
🎶 Nyanyian lagu rasmi Negaraku
📜 Bacaan Rukun Negara dan Ikrar Penjawat Awam

Bagi memantapkan kefahaman, para peserta turut terlibat secara aktif dalam aktiviti interaktif di enam stesen pembelajaran utama:
1️⃣ Perlembagaan Persekutuan
2️⃣ Jata Negara
3️⃣ Rukun Negara
4️⃣ Gagasan Perdana Menteri Malaysia
5️⃣ Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
6️⃣ Teras Malaysia MADANI

Program ini telah diketuai sendiri oleh Guru Besar dengan penglibatan penuh daripada 14 orang guru dan 2 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).

🤝 SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 4 orang sukarelawan/facilitator yang telah banyak membantu mengendalikan aktiviti di setiap stesen dengan cemerlang:
✨ Muhammad Lutfi Bin Anuar Nurin
✨ Batrisyia Binti Mohamad Sukri
✨ Adam Faris Bin Mohd Saad
✨ Nur Aina Rasyiqah Binti Ahmad Rasidi

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pekerja sekolah atas sokongan logistik dan perkhidmatan rakaman fotografi sepanjang program berlangsung.

Semoga usaha ini dapat terus menyemarakkan patriotisme, memperkasakan nilai MADANI, serta melonjakkan komitmen warga SJKC Hua Min dalam menggalas amanah mendidik generasi penerus bangsa. 🌟

🌱 *教师专业发展系列* 🌱*持续学习 · 持续精进 · 持续成长*🚀 教师数码能力提升工作坊:Gemini Notebook 在教学中的创新应用为积极响应教育数码转型,持续提升教师的数字素养与智能教学能力,双溪加拉岸华民学校成功举办了“G...
09/08/2026

🌱 *教师专业发展系列* 🌱
*持续学习 · 持续精进 · 持续成长*

🚀 教师数码能力提升工作坊:Gemini Notebook 在教学中的创新应用

为积极响应教育数码转型,持续提升教师的数字素养与智能教学能力,双溪加拉岸华民学校成功举办了“Gemini Notebook 在教学中的应用”教师数码能力提升工作坊。

本次工作坊作为见习阶段介入计划的核心项目,由林奕钢校长统筹策划,并获得沈诗佩校长的全力支持与专业指导,标志着本校在推动 AI 融入课堂教学方面迈出了坚实而关键的一步。

💡 权威讲师 · 专业赋能
本次活动特别邀请到吉打州居林万拉峇鲁县教育局教育资源与教育科技组的两位资深官员亲临主讲:

👩‍🏫 Puan Saliza binti Shamsuddin
县教育局助理官员(教育资源与教育科技)

👨‍🏫 Ts. Ahmad Zulhairie bin Abu Bakar
县教育局助理官员(教育资源与教育科技)

🤝 跨校联动 · 共创共享
独木不成林,百花齐放春满园。除了本校全体教师积极投入外,活动更秉持教育资源共享的理念,特别邀请了四所邻近姐妹学校的教师代表共襄盛举,深化校际交流与专业成长:
🏫 SK Merbau Pulas
🏫 SK Sungai Karangan
🏫 SJKC Aik Chee
🏫 SJKT Ladang Padang Meiha

🖥️ 理实一体 · 实践前沿 AI 教学
工作坊内容前瞻且极具实用价值。主讲人深入剖析了 Source-Grounded AI(基于可信来源的人工智能) 的核心理念与伦理规范,并以实践导向(Hands-on)方式指导教师现场操作 Gemini Notebook,高效生成:
📌 专属学习指南(Study Guide)
📌 互动测验(Quiz)
📌 知识点总结(Summary)
📌 音频生成导览(Audio Overview)

通过实操演练,参训教师深入掌握了利用 AI 优化备课流程、设计个性化教学的实战技巧,为打造现代化高效课堂注入了全新动能。

💐 鸣谢社会贤达与企业关怀
教育的顺利推进离不开社会力量的鼎力相助。本校谨向 QSD Computer Distribution Sdn. Bhd. 及 Foto Yes Sdn. Bhd. 致以最崇高的敬意与谢意。感谢两家企业慷慨赞助讲师与参训教师的午餐,以实际行动展现关怀教育、回馈社会的温情与担当。

🌸 致谢卓越领航者:Mentorship 师徒携手
本校亦谨向沈诗佩校长(Mentor)和林奕钢校长(Mentee)致以最诚挚的感谢。

林奕钢校长(Mentee):作为本项计划的推行者,运筹帷幄,统筹策划、外联对接与筹办全过程,展现了极佳的执行力与前瞻视野;

沈诗佩校长(Mentor):高屋建瓴,以导师身份全程给予宝贵的专业指导、内容审阅与坚实后盾。

两位校长通过 Mentorship 机制默契合作、并肩领航,不仅充分展现了教育领导者的专业传承与团队协作精神,更为华民学校的数码教育发展注入了源源不断的新动力。

未来,华民学校将继续走在教育科技创新的前沿,灵活将所学运用于课堂,丰富学生的学习体验,共同开启二十一世纪智慧教育的新篇章!✨

🌱 Siri Pembangunan Profesional Guru 🌱
Pembelajaran Berterusan · Penambahbaikan Berterusan · Perkembangan Berterusan

🚀 BENGKEL PEMERKASAAN KOMPETENSI DIGITAL GURU: APLIKASI GEMINI NOTEBOOK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Bagi menyahut seruan transformasi digital pendidikan serta meningkatkan kompetensi digital dan pedagogi pintar dalam kalangan guru, SJKC Hua Min, Sungai Karangan telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Kompetensi Digital Guru: Aplikasi Gemini Notebook Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Sebagai projek teras di bawah Projek Intervensi Fasa Perintisan, bengkel ini dianjurkan menerusi program bimbingan (mentorship) yang direka khas. Program ini dirancang dan diterajui oleh En. Lim Yee Khang (Mentee) dengan bimbingan profesional dan sokongan padu daripada Pn. Sim See Pei (Mentor). Ini merupakan langkah signifikan sekolah dalam memacu kepintaran buatan (AI) ke dalam bilik darjah.

💡 PENCERAMAH PAKAR · PEMERKASAAN PROFESIONAL
Bengkel ini amat berharga dengan kehadiran dua orang penceramah jemputan dari Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu (PPD KBB):

👩‍🏫 Puan Saliza binti Shamsuddin
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan)

👨‍🏫 Ts. Ahmad Zulhairie bin Abu Bakar
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan)

🤝 KOLABORASI SILANG SEKOLAH (INTER-SCHOOL COLLABORATION)
Sesuai dengan semangat perkongsian sumber pendidikan, bengkel ini bukan sahaja dihadiri oleh semua guru SJKC Hua Min, malah turut menjemput wakil guru daripada empat buah sekolah jiran untuk bersama-sama menimba ilmu:
🏫 SK Merbau Pulas
🏫 SK Sungai Karangan
🏫 SJKC Aik Chee
🏫 SJKT Ladang Padang Meiha

🖥️ PEMBELAJARAN AMALI · APLIKASI AI TERKINI
Pengisian bengkel amat praktikal dan berpandangan jauh. Para penceramah mengupas konsep Source-Grounded AI (Kepintaran Buatan Berasaskan Sumber Sahih) serta etika penggunaannya. Para guru dibimbing secara hands-on untuk menghasilkan bahan PdP digital menerusi Gemini Notebook, merangkumi:

📌 Panduan Pembelajaran (Study Guide)
📌 Kuiz Interaktif (Quiz)
📌 Ringkasan Pembelajaran (Summary)
📌 Gambaran Keseluruhan Audio (Audio Overview)

Menerusi latihan amali ini, para guru dapat menguasai kemahiran memanfaatkan AI untuk mempermudah penyediaan bahan mengajar sekali gus menyuntik elemen inovasi dalam PdP.

💐 SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA RAKAN STRATEGIK
Kejayaan program ini tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan pihak korporat. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada QSD Computer Distribution Sdn. Bhd. dan Foto Yes Sdn. Bhd. atas sumbangan ikhlas menaja makan tengah hari buat para penceramah dan peserta. Keprihatinan ini mencerminkan semangat tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang tinggi terhadap pendidikan.

🌸 PENGHARGAAN KEPADA PEMIMPIN INSPIRASIONAL (PROGRAM MENTORSHIP)
Pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Sim See Pei (Mentor) dan En. Lim Yee Khang (Mentee):

En. Lim Yee Khang (Mentee): Atas dedikasi merancang, mengurus urusan perhubungan luar, serta memacu keseluruhan perjalanan program dengan penuh komitmen.

Pn. Sim See Pei (Mentor): Atas bimbingan kepimpinan, semakan kandungan, serta sokongan moral yang padu sepanjang program berlangsung.

Gandingan mantap menerusi mekanisme Mentorship ini membuktikan profesionalisme dan semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam kalangan kepimpinan sekolah demi memajukan pendidikan digital di SJKC Hua Min.

Semoga usaha ini dapat memberi impak positif kepada kualiti pengajaran guru dan memperkaya pengalaman pembelajaran murid dalam mendepani pendidikan Abad Ke-21! ✨

🌱 教师专业发展系列 🌱持续学习 · 持续精进 · 持续成长✨ 教师数码教学分享会 ✨见习阶段介入计划为响应教育部推动的数码教育政策,进一步提升教师在教学与学习过程中应用资讯与通讯科技(ICT)的能力,双溪加拉岸华民小学积极落实由林奕钢校长...
07/08/2026

🌱 教师专业发展系列 🌱
持续学习 · 持续精进 · 持续成长

✨ 教师数码教学分享会 ✨
见习阶段介入计划

为响应教育部推动的数码教育政策,进一步提升教师在教学与学习过程中应用资讯与通讯科技(ICT)的能力,双溪加拉岸华民小学积极落实由林奕钢校长(见习校长)所推行的见习阶段介入计划。

此计划旨在通过专业交流与实践活动,加强教师运用数码科技辅助教学的能力,探索更多创新教学方式,提升课堂教学成效,并培养具备数码素养、勇于创新的教师团队。

在双溪加拉岸华民小学沈诗佩校长(导师)的指导、支持与领导下,本校成功举办教师数码教学分享会。通过此次分享会,教师们积极交流教学经验,分享创新实践,并探索多元化的数码应用工具,将科技有效融入教学与学习过程中,进一步丰富课堂教学方式,提升学生的学习体验。

本次分享的数码应用工具包括:

💡 PhET:Interactive Simulations(互动模拟)
💡 Canva Slides & Canva AI
💡 DeepSeek(Coding to Game)
💡 Read Along
💡 Tinkercad
💡 Apple Classroom
💡 AutoDraw
💡 CapCut
💡 Blooket

此次活动不仅促进教师之间的专业交流与经验共享,也进一步推动学校专业学习社群(PLC)文化的发展,鼓励教师持续学习、勇于创新,并提升数码教学实践能力。

衷心感谢沈诗佩校长作为导师,在见习阶段介入计划推行过程中给予林奕钢校长指导、支持与悉心引领;同时感谢林奕钢校长积极推动此计划,为提升教师专业发展及推动数码教学作出努力。

通过导师与见习校长之间的合作与交流,本次教师数码教学分享会得以顺利举行,并进一步促进教师专业成长,为课堂教学注入更多创新元素,共同迈向教育卓越。

🌱 持续学习 · 持续创新 · 持续成长

🌱 Siri Pembangunan Profesional Guru 🌱
Pembelajaran Berterusan · Penambahbaikan Berterusan · Perkembangan Berterusan

✨ Sesi Perkongsian Pengajaran Digital Guru ✨
Projek Intervensi Fasa Perantisan

Dalam usaha menyahut pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, SJKC Hua Min Sungai Karangan telah melaksanakan Projek Intervensi Fasa Perantisan yang diterajui oleh Encik Lim Yee Khang (Mentee).

Projek ini bertujuan meningkatkan keupayaan guru dalam mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), meneroka kaedah pengajaran yang lebih inovatif serta membangunkan warga pendidik yang berkemahiran digital dan bersedia menghadapi cabaran pendidikan masa kini.

Di bawah bimbingan, sokongan dan kepimpinan Puan Sim See Pei, Guru Besar SJKC Hua Min Sungai Karangan (Mentor), Sesi Perkongsian Pengajaran Digital Guru telah berjaya dianjurkan.

Melalui sesi ini, guru-guru berpeluang berkongsi pengalaman, amalan terbaik serta meneroka pelbagai aplikasi digital yang dapat membantu memperkayakan kaedah pengajaran, meningkatkan keberkesanan PdP dan memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik kepada murid.

Antara aplikasi digital yang dikongsikan ialah:

💡 PhET: Interactive Simulations
💡 Canva Slides & Canva AI
💡 DeepSeek (Coding to Game)
💡 Read Along
💡 Tinkercad
💡 Apple Classroom
💡 AutoDraw
💡 CapCut
💡 Blooket

Program ini bukan sahaja menggalakkan perkongsian profesional dalam kalangan guru, malah turut memperkukuhkan budaya Professional Learning Community (PLC) serta membudayakan penggunaan teknologi digital secara kreatif dan berkesan dalam PdP.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Sim See Pei, Guru Besar SJKC Hua Min Sungai Karangan, sebagai mentor atas bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang pelaksanaan projek ini.

Penghargaan turut diberikan kepada Encik Lim Yee Khang atas komitmen dan usaha dalam menjayakan Projek Intervensi Fasa Perantisan ini bagi memperkasakan profesionalisme guru serta memacu amalan pengajaran digital.

Kerjasama erat antara mentor dan mentee ini telah berjaya memperkukuhkan pembangunan profesional guru serta menyuntik elemen inovasi dalam pengajaran, demi mencapai kecemerlangan pendidikan.

🌱 Pembelajaran Berterusan · Inovasi Berterusan · Perkembangan Berterusan

🌷💖【关爱成长 · 守护健康】💖🌷📅 19.7.2026(星期日)健康讲座会🧼 跟着 ALPRO 药房药剂师 一起学习《7步洗手歌》,认识正确洗手的方法,培养良好的卫生习惯,从日常生活中做好疾病预防。🪱 陈泰錩药剂师也向同学们介绍寄生虫感染...
27/07/2026

🌷💖【关爱成长 · 守护健康】💖🌷

📅 19.7.2026(星期日)健康讲座会

🧼 跟着 ALPRO 药房药剂师 一起学习《7步洗手歌》,认识正确洗手的方法,培养良好的卫生习惯,从日常生活中做好疾病预防。
🪱 陈泰錩药剂师也向同学们介绍寄生虫感染的症状、预防方法及驱虫的重要性,帮助大家建立正确的健康观念,守护自己和家人的健康。

💊 此外,药剂师也分享了安全处置药物的重要知识,提醒大家切勿将过期或不需要的药物随意丢进垃圾桶或冲入马桶,因为这可能造成环境污染。若家中有未使用、过期或不需要的药物,应带到 ALPRO 药房「小红箱」,交由药剂师进行安全回收及专业处理,共同守护环境与社区健康。

👩‍🏫 两位主讲人——陈泰錩药剂师及薛伟元药剂师 以生动有趣的方式进行分享,现场互动热烈,同学们积极参与,在轻松愉快的学习氛围中提升了健康知识及自我照顾意识。

🙏 本校衷心感谢 居林 ALPRO 药房精心安排此次健康讲座,不仅带来丰富实用的健康知识,也推广了安全药物处置的环保理念;同时热心赞助急救箱及药物安全「小红袋」,鼓励学生把家中过期或不需要的药物带回药房妥善处理,为学生的健康、安全及环境保护献上一份关怀。

🌈 愿每位同学都能养成良好的卫生习惯,建立正确的健康与用药观念,快乐学习,健康成长!


#7步洗手歌
#健康校园
#双手卫生
#安全处置药物
#药物安全
#健康儿童
#双溪加拉岸华民小学

🌷💖 【Prihatin Kesihatan · Membesar Dengan Sihat】 💖🌷

📅 19 Julai 2026 (Ahad) – Ceramah Kesihatan

🧼 Murid-murid telah mempelajari Lagu 7 Langkah Mencuci Tangan bersama ahli farmasi ALPRO Pharmacy, sekali gus memahami teknik mencuci tangan yang betul bagi membentuk amalan kebersihan diri dan mencegah penyakit.

🪱 Ahli Farmasi Encik Tan Thye Chang turut berkongsi tentang jenis-jenis cacing, tanda-tanda jangkitan, langkah pencegahan serta kepentingan rawatan cacing, sekali gus membantu murid meningkatkan kesedaran dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga.

💊 Selain itu, murid-murid juga didedahkan tentang kepentingan pelupusan ubat yang selamat. Mereka diingatkan supaya tidak membuang ubat yang telah luput atau tidak diperlukan ke dalam tong sampah atau tandas, kerana tindakan tersebut boleh mencemarkan alam sekitar. Sebaliknya, ubat-ubatan tersebut boleh dibawa ke "Kotak Merah" (Red Box) ALPRO Pharmacy untuk dikendalikan dan dilupuskan secara selamat oleh ahli farmasi yang bertauliah.

👩‍🏫 Penyampaian yang menarik daripada kedua-dua penceramah, Encik Tan Thye Chang dan Encik See Wei Yuan, telah mendapat sambutan yang amat baik. Murid-murid memberi perhatian sepenuhnya, aktif berinteraksi dan berjaya menambah pengetahuan tentang penjagaan kesihatan serta penggunaan ubat secara bertanggungjawab.

🙏 Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ALPRO Pharmacy Cawangan Kulim atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat, termasuk usaha memupuk kesedaran tentang pelupusan ubat yang selamat. Terima kasih juga atas sumbangan sebuah peti pertolongan cemas serta "Beg Merah Keselamatan Ubat" (Medication Safety Red Bag) yang menggalakkan murid membawa pulang ubat yang tidak digunakan atau telah luput untuk dihantar semula ke ALPRO Pharmacy bagi tujuan pelupusan yang selamat.

🌈 Semoga semua murid terus mengamalkan gaya hidup sihat, membudayakan kebersihan diri, menggunakan ubat secara bertanggungjawab serta bersama-sama memelihara alam sekitar demi masa depan yang lebih sihat.








🤝 2026年亚苏拉粥(Bubur Asyura)同心协力活动圆满举行 🤝📅 日期:2026年7月16日(星期四)双溪加拉岸华民小学谨向所有热心参与此次亚苏拉粥(Bubur Asyura)同心协力活动的家长、监护人、家教协会、教师及职员,致...
27/07/2026

🤝 2026年亚苏拉粥(Bubur Asyura)同心协力活动圆满举行 🤝

📅 日期:2026年7月16日(星期四)

双溪加拉岸华民小学谨向所有热心参与此次亚苏拉粥(Bubur Asyura)同心协力活动的家长、监护人、家教协会、教师及职员,致以最诚挚的感谢与崇高的敬意。

感谢大家慷慨付出宝贵的时间、体力、创意及金钱,共同完成亚苏拉粥的烹煮工作,并让当天的聚餐活动顺利圆满举行。

每一份付出、每一份善意,都凝聚着大家对学校的关怀与支持。愿大家所付出的善行都化作福报,获得满满的祝福与回报。

活动筹备过程中,如有任何安排欠周或言语上的疏忽之处,敬请大家多多包涵。

愿这份珍贵的情谊与团结合作精神继续延续,期待未来大家继续携手合作,共同推动学校各项活动,为孩子们营造更美好的学习环境。

❤️ 衷心感谢大家的支持与参与!感恩有您,携手同行!

#双溪加拉岸华民小学
#亚苏拉粥
#同心协力
#家协家长校方合作
#感恩有您
#携手育人

🤝 Majlis Gotong-Royong Penyediaan Bubur Asyura 2026 🤝

📅 Tarikh: 16 Julai 2026 (Khamis)

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, waris, guru dan staf serta PIBG SJKC Hua Min Sungai Karangan yang telah bersama-sama menjayakan Majlis Gotong-Royong Penyediaan Bubur Asyura.

Terima kasih atas segala sumbangan tenaga, masa, idea serta wang ringgit yang telah diberikan bagi memastikan penyediaan Bubur Asyura dan jamuan pada hari tersebut berjalan dengan lancar.

Semoga setiap jasa dan kebaikan yang dicurahkan menjadi amal jariah serta mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

Kami juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau keterlanjuran sepanjang mengendalikan program ini.

Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan, dan semangat kerjasama ini dapat diteruskan dalam program-program sekolah yang akan datang.

Terima kasih atas sokongan dan komitmen semua. Bersama kita membina sekolah yang lebih cemerlang dan harmoni. ❤️







🎉【校园活动资讯|】🌱🛡️题目:环保防灾勇士 PK 赛📅 比赛日期: 2026年7月21日至23日(初赛)🎮 比赛平台: PaGamO 国际杯线上竞赛为了提升学生的环保意识、防灾知识及数位学习能力,本校五年级学生积极参与 第六届 PaGam...
27/07/2026

🎉【校园活动资讯|】🌱🛡️

题目:环保防灾勇士 PK 赛
📅 比赛日期: 2026年7月21日至23日(初赛)
🎮 比赛平台: PaGamO 国际杯线上竞赛

为了提升学生的环保意识、防灾知识及数位学习能力,本校五年级学生积极参与 第六届 PaGamO 国际杯——环保防灾勇士 PK 赛 初赛,并连续三天登入 PaGamO 平台完成答题与占地挑战。

指导老师:Ustazah Siti Aisyah

比赛过程中,学生们不仅运用环保与防灾知识进行闯关,也培养了逻辑思维、解决问题及自主学习的能力,展现了积极学习、勇于挑战的精神。

🏆 接下来,本校将根据初赛成绩,选出了得分最高的 8位学生代表学校晋级州赛,与来自全州各校的优秀选手同场竞技。

祝愿所有参赛同学取得优异成绩,成功晋级州赛,为校争光!💚💪

🎉 【Berita Aktiviti Sekolah】🌱🛡️

Tajuk: Pertandingan Pahlawan Hijau PK – Pusingan Saringan Peringkat Sekolah
📅 Tarikh: 21 – 23 Julai 2026
🎮 Platform: PaGamO International Cup

Murid-murid Tahun 5 SJKC Hua Min telah menyertai Pertandingan Pahlawan Hijau PK sempena PaGamO International Cup Ke-6 yang berlangsung selama tiga hari secara dalam talian.

Guru Pembimbing:Ustazah Siti Aisyah

Sepanjang pertandingan, para peserta perlu log masuk ke platform PaGamO setiap hari untuk menjawab soalan dan menawan wilayah.

Aktiviti ini bukan sahaja menguji pengetahuan tentang alam sekitar dan kesiapsiagaan bencana, malah turut memupuk kemahiran berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah serta pembelajaran secara kendiri melalui teknologi.

🏆 Seramai 8 orang murid yang memperoleh markah tertinggi akan dipilih untuk mewakili sekolah ke pertandingan peringkat negeri.

Semoga semua peserta memperoleh keputusan yang cemerlang dan berjaya melayakkan diri ke peringkat negeri. Teruskan berusaha dan semoga berjaya mengharumkan nama sekolah! 💚💪

🏆 华民学校运动会圆满举行 蓝队勇夺总冠军 🎉PART 4 - 颁奖仪式📍(双溪加拉岸12日讯)双溪加拉岸华民学校于📅 7月12日在该校草场举行一年一度运动会,全校师生经过多日筹备与训练,共同呈献一场充满活力与激情的体育盛会。当天赛事顺利进...
27/07/2026

🏆 华民学校运动会圆满举行 蓝队勇夺总冠军 🎉
PART 4 - 颁奖仪式

📍(双溪加拉岸12日讯)

双溪加拉岸华民学校于📅 7月12日在该校草场举行一年一度运动会,全校师生经过多日筹备与训练,共同呈献一场充满活力与激情的体育盛会。当天赛事顺利进行,学生们在各项比赛中奋力拼搏,充分展现了积极进取、团结合作的体育精神。💪

为了迎接本届运动会,学校早在赛前便展开各项筹备工作,包括各队集训、积分预赛、运动会彩排,以及田赛和径赛项目比赛。老师们尽心指导与陪伴,学生们则积极投入训练,为比赛做好充分准备,期望在赛场上发挥最佳水平。

经过一整天紧张激烈的角逐,🔵蓝队凭借整体稳定且优异的表现,成功夺得本届运动会全场总冠军;🔴红队则在拔河赛及铅球项目中表现抢眼,展现了坚强的团队凝聚力和卓越实力,赢得师生与家长一致赞赏。👏

个人奖项方面,六年级学生那琦以三面金牌的优异成绩荣获🥇最佳男运动员;六年级学生佳希则凭借三面金牌及一面铜牌的佳绩,荣膺🥇最佳女运动员。

除了精彩的体育赛事,大会现场亦设有🍜美食及🍦冰淇淋摊位,吸引不少家长和学生前往支持,为运动会增添热闹气氛。当天,美食摊位的收益将拨入学校家教协会活动基金,为日后举办更多学生活动提供支持。❤️

值得一提的是,众多家长当天踊跃出席,不仅为孩子们加油打气,也积极参与大会公开赛,与孩子共享运动的欢乐时光,进一步促进家校合作,营造温馨和谐的校园氛围。🤝

大会能够圆满举行,有赖于各方鼎力支持。校方特别感谢家教协会拨款赞助本届运动会经费,确保各项赛事及活动顺利开展;同时感谢副董事长慷慨借出音响设备,并亲自协助安装与调试,为大会提供完善的广播系统,让活动流程更加顺畅。🙏

本届运动会不仅让学生在竞技中挑战自我、突破极限,更培养了坚毅不拔、遵守纪律及团结合作的精神,为校园生活留下难忘而美好的回忆。🌟

🏆 Hari Sukan SJKC Hua Min Berlangsung Meriah, Pasukan Biru Muncul Johan Keseluruhan 🎉
PART 4

📍 Sungai Karangan, 12 Julai –

Hari Sukan Tahunan SJKC Hua Min yang berlangsung di padang sekolah pada 📅 12 Julai telah berjaya diadakan dengan penuh meriah. Setelah melalui beberapa minggu persiapan rapi, warga sekolah akhirnya menyaksikan kemuncak temasya sukan yang menghimpunkan semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid.💪

Sebagai persediaan menghadapi temasya sukan, pelbagai aktiviti telah dijalankan lebih awal termasuk sesi latihan rumah sukan, sukan tara bagi kutipan mata, raptai Hari Sukan, acara padang serta saringan acara balapan. Guru-guru memberikan bimbingan dan sokongan sepenuhnya, manakala para murid menunjukkan komitmen tinggi dengan menjalani latihan secara bersungguh-sungguh demi memberikan persembahan terbaik pada hari pertandingan.

Sepanjang kejohanan berlangsung, para atlet bertanding dengan penuh semangat dan mempamerkan daya saing yang sihat. Hasil daripada prestasi cemerlang dalam pelbagai acara, 🔵Pasukan Biru berjaya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Hari Sukan 2026. Sementara itu, 🔴Pasukan Merah menyerlah dalam acara tarik tali dan lontar peluru, sekali gus membuktikan semangat berpasukan serta keazaman yang tinggi.👏

Bagi anugerah individu, MUHAMMAD WAIZ ANAQI BIN MUHAMMAD HAFIZI dari Tahun 6 telah dinobatkan sebagai 🥇Olahragawan selepas meraih tiga pingat emas, manakala PUTRI QASEH NUR SYIFFA BINTI MUHAMAD IKRAM dari Tahun 6 menerima gelaran 🥇Olahragawati dengan pencapaian tiga pingat emas dan satu pingat gangsa.

Selain menyaksikan pertandingan yang menarik, ibu bapa turut hadir memberikan sokongan padu kepada anak-anak mereka serta mengambil bahagian dalam acara terbuka yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kehadiran mereka telah menyemarakkan lagi suasana Hari Sukan dan mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa.🤝

Pelbagai 🍜gerai makanan dan 🍦ais krim turut beroperasi sepanjang program berlangsung. Hasil jualan daripada gerai-gerai tersebut akan disalurkan ke Tabung PIBG bagi menyokong penganjuran aktiviti sekolah pada masa akan datang.❤️

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atas sumbangan kewangan bagi menjayakan Hari Sukan tahun ini. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Naib Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah yang telah bermurah hati meminjamkan serta membantu memasang sistem audio, sekali gus memastikan kelancaran perjalanan majlis.🙏

Hari Sukan bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi platform untuk membentuk sahsiah murid melalui penerapan nilai disiplin, kerjasama, semangat kesukanan dan daya juang. Diharapkan semangat yang dipupuk sepanjang temasya ini akan terus menjadi inspirasi kepada semua warga sekolah untuk mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.🌟

Address

SJKC HUA MIN, SG. KARANGAN
Padang Serai
09410

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 双溪加拉岸华民小学-家教协会 SJKC Hua Min-Pibg posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category