Wardah Kindergarten & Childcare

Wardah Kindergarten & Childcare Taska & Tadika Wardah adalah sebuah Pusat Perkembangan Kanak-Kanak ( Tadika ) & Pusat Asuhan Kanak-Kanak ( Taska ) swasta yang progresif serta kontemporari.

MAKLUMAN TERAKHIR :-NOTIS PENUTUPAN TADIKA & TASKA WARDAHDukacita dimaklumkan, pihak Tadika & Taska Wardah secara rasmin...
29/05/2026

MAKLUMAN TERAKHIR :-
NOTIS PENUTUPAN TADIKA & TASKA WARDAH

Dukacita dimaklumkan, pihak Tadika & Taska Wardah secara rasminya akan ditutup sepenuhnya. Selepas 24 tahun berkhidmat dalam mendidik, mengasuh dan membimbing anak-anak, kami terpaksa menamatkan segala operasi tadika dan taska ini mulai 27 Mei 2026.

Keputusan yang amat berat dan s**ar ini terpaksa diambil atas pelbagai faktor yang tidak dapat kami kongsikan secara terbuka.

Sejak penubuhan jenama Wardah pada tahun 2002, banyak s**a dan duka, jutaan memori telah dilalui. Dari gelak tawa anak-anak, tangisan, langkah-langkah kecil pertama mereka, hingga pelbagai kenangan pahit manis yang akan kami simpan selamanya dalam hati.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga, kakitangan, dan komuniti yang telah memberikan sokongan, kepercayaan serta kasih sayang kepada Tadika & Taska Wardah selama ini. Sokongan anda semua telah menjadikan setiap detik 24 tahun ini penuh makna dan berharga.

Semoga kenangan dan memori bersama kita semua akan terus menjadi cahaya dalam perjalanan hidup kita. Kami amat menghargai setiap senyuman, setiap pelajaran, dan setiap detik yang telah dikongsi bersama. Kami juga sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk masa depan anak-anak semua, semoga kenangan ini sentiasa diingati.

Akhir kata, walaupun perpisahan ini amat berat bagi kami, kenangan bersama kalian akan kekal selamanya. Semoga semua anak-anak Wardah terus membesar menjadi insan yang berjaya dan membanggakan.

Terima kasih, untuk 24 tahun yang sangat bermakna.

Ikhlas daripada,
Tadika & Taska Wardah

Sambutan Hari Guru
14/05/2026

Sambutan Hari Guru

14/05/2026

Sambutan Hari Guru

Address

3882 Taman Lagenda
Padang Serai
09400

Opening Hours

Monday 06:30 - 18:30
Tuesday 06:30 - 19:00
Wednesday 06:30 - 19:00
Thursday 06:30 - 19:00
Friday 06:30 - 19:00
Sunday 06:30 - 19:00

Telephone

60102078545

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wardah Kindergarten & Childcare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Wardah Kindergarten & Childcare:

Shortcuts

Share

Category