03/02/2023
Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Malaysia
Saya s**a bercerita tentang pendidikan khas untuk ‘awareness’ kepada rakan-rakan yang berkawan dengan saya di media sosial. Sebab kita s**a buat benda macam ini.
1. Murid MBPK di Malaysia sekarang berjumlah 105,000 lebih. Itu setakat data berakhir 2022.
2. Murid MBPK ni berada dalam 6 kategori, penglihatan, pendengaran, pembelajaran, fizikal, pertuturan dan pelbagai.
3. Bilangan paling ramai berada di pembelajaran.
4. Murid dalam kategori diagnosis Autism Spectrum Disorder dan Attention Deficiti Hyperactivity Disorder p**a paling mendominasi dalam kategori pembelajaran. Lebih kurang 30 peratus.
5. Bilangan murid dalam kategori pendengaran dan penglihatan semakin menurun saban tahun. Mungkin disebabkan oleh kualiti kesihatan hidup kita. Namun bertambah p**a bilangan dalam kategori pembelajaran.
6. Kita ada 36 buah sekolah pendidikan khas untuk MBPK belajar. 28 sekolah rendah. 8 sekolah/kolej untuk murid peringkat menengah.
7. Ada 3 jenis pilihan persekolahan untuk murid pendidikan khas, iaitu Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI).
8. Negara kita unik, program inklusif di negara kita ada dua jenis. Inklusif separa dan penuh.
9. Kalau inklusif penuh, murid sepenuhnya berada di kelas arus perdana. Nama mereka juga berdaftar dalam arus perdana. Tiada sokongan khusus diberi oleh guru pendidikan khas di kelas inklusif penuh.
10. Namun begitu, Inklusif separa lebih flexi, murid berdaftar di bawah PPKI, tapi boleh mengikut kelas arus perdana yang terpilih mengikut kekuatan murid. Guru pendidikan khas yang boleh cadangkan murid dan tentukan perkara ini. Berbincanglah dengan baik.
11. Waktu belajar inklusif separa juga tertakluk kepada jadual yang flexi oleh guru pendidikan khas. Belajar kat kelas perdana sekejap, kemudian kembali kepada kelas pendidikan khas untuk ulangkaji atau aktiviti kurikulum pendidikan khas yang lain.
Sekian, sedikit perkongsian saya berkaitan pendidikan khas kali ini.
Pandangan saya, di mana-mana sekalipun program pendidikan khas anak anda berada, perlu faham kelebihan dan kekurangan.
Jika kita faham, kita akan cuba sokong dan bantu mana-mana yang kurang.
Setiap organisasi sekolah ada ciri pentadbiran yang tersendiri. Fahamilah dan kita boleh selesaikan sebarang masalah yang timbul.