21/07/2026
PROGRAM INTENSIF HUFFAZ 2026 TELAH MELABUHKAN TIRAI
Alhamdulillah, telah selesai berlangsung Program Intensif Huffaz 2026 pada 19β20 Julai 2026 bertempat di Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam Ibnu Umar (SMITI Ibnu Umar), Pusat Dakwah & Tarbiah Wadi An-Nasr, Lunas.
Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini telah menghimpunkan 36 orang pelajar dengan bimbingan para Guru Tasmi' SMITI Ibnu Umar dalam usaha memperkukuhkan hafazan dan bacaan al-Quran.
β¨ Bertemakan "Melahirkan Generasi Soleh Pintar Murabbi", program ini memberi fokus kepada:
π Hafazan dan tasmi' al-Quran.
π Pemantapan serta pemulihan bacaan al-Quran.
π Penyempurnaan target sukatan hafazan.
π Teknik-teknik hafazan yang berkesan.
π€ Aktiviti fizikal dan kerohanian bagi membina sahsiah pelajar.
Semoga segala ilmu, bimbingan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini menjadi asbab kepada lahirnya generasi huffaz yang bukan sahaja cemerlang dalam hafazan, malah berakhlak mulia berteraskan al-Quran.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru pembimbing, urus setia, para penyumbang serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga setiap usaha dan pengorbanan dikira sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.
Semoga para pelajar terus istiqamah menjaga hafazan, meningkatkan bacaan serta mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian.
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya."
(Riwayat al-Bukhari)
"Melahirkan Generasi Soleh Pintar Rabbani"
"SMITIIU Mumtaz Excellent"
"SMITIIU Roqom Wahid"