17/08/2026
Taklimat Kenali NADI dan Kempen Internet Selamat dalam Program Gerakan Pemerkasaan Rakyat (GEGAR) Siri 1
Pada 15 Ogos 2026, NADI Padang Serai berkesempatan menyampaikan Taklimat Pengenalan NADI & Kempen Internet Selamat kepada komuniti sempena Program Gerakan Pemerkasaan Rakyat (GEGAR) Siri 1 anjuran AADK Daerah Kulim.
Program yang berlangsung di Dewan Surau An-Nur, Taman Ria, Padang Serai ini memberi pendedahan kepada komuniti mengenai peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat, bijak dan bertanggungjawab.
Antara perkongsian yang diberikan termasuk kesedaran terhadap ancaman siber, penipuan dalam talian, keselamatan akaun serta amalan penggunaan media sosial yang lebih selamat.
Terima kasih kepada AADK Kulim, KRT Taman Ria Padang Serai, Jabatan Perpaduan Daerah Kulim dan Jabatan Kemajuan Masyarakat Daerah Kulim di atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Semoga usaha seperti ini dapat terus memperkasakan komuniti dengan ilmu dan kemahiran digital yang bermanfaat.