Muslimat DQWHD, Kuala Kangsar

Muslimat DQWHD, Kuala Kangsar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Muslimat DQWHD, Kuala Kangsar, Education, Padang Rengas.

18 Ramadan 1446Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah syukur 🤲, selesai sudah Program Ceramah Nuzul Al Quran&Iftar Jamaei Mus...
20/03/2025

18 Ramadan 1446

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur 🤲, selesai sudah Program Ceramah Nuzul Al Quran&Iftar Jamaei Muslimat DQWH 1446H.

💐Sekalung penghargaan kepada para penginfaq program yg budiman. Semoga keberkatan dan rahmat Allah Taala sentiasa mengalir dlm kehidupan tuan dan puan 🤲

💐 Terima kasih yg tidak terhingga kpd pihak pengurusan Darul Hadis, seluruh JK program&anak2 DQWH yang membantu menjayakan program kali ini👍👍👍

💐Diharapkan semoga majlis ini dpt memberi manfaat dan membawa keberkatan dalam kehidupan kita semua.

💐 Diharapkan juga agar ukhuwwah yg terjalin sesama kita melalui program ini membawa berkah dan terus kekal serta utuh kerana Allah Taala Aamin 🤲

Wahyu Ilahi bukan rekaan
Turunnya ia sebagai pedoman
Al-Quran bukan sekadar bacaan
Bahkan petunjuk sepanjang zaman

Salam sayang drpd kami:
*Seluruh JK Muslimat Dar Tahfiz Al Quran wal Hadis*

بَارَكَ اللهُ فِيْكُم

*PROGRAM CERAMAH NUZUL AL QURAN&IFTAR JAMAEI**السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* 🇲🇾 Dengan penuh rasa...
18/03/2025

*PROGRAM CERAMAH NUZUL AL QURAN&IFTAR JAMAEI*

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* 🇲🇾
Dengan penuh rasa syukur, dijemput semua untuk menghadiri *Ceramah Nuzul Al-Quran&Iftar Jamaei bersama Anak Anak Dar Tahfiz Al Quran wal Hadis* yang akan diadakan pada:

*🗓️Tarikh:* 19 Mac 2025
*⏰Masa:* 6.00ptg- 10.30mlm
*🕌Tempat:* Dar Tahfiz Al Quran wal Hadis
🔖 *Tema pakaian*: Warna Ungu Lavender

Anjuran
*Muslimat Dar Tahfiz Al Quran wal Hadis*

*_AGENDA PROGRAM*_
6.00ptg
Ketibaan para muslimat, tetamu dan penceramah bersama ahli keluarga
Kata Aluan Pengerusi Majlis
6.10ptg
*Ceramah Nuzul Al Quran*:
AF Us Mohd Amirul Hassan bin Ahmad Tajuddin
7.00ptg
*Penyampaian Hadiah& Duit Raya Anak Anak DQWH*
7.15mlm
Sesi bergambar
7.29 mlm
Iftar dengan makanan ringan
7.40 mlm
Solat Fardu Maghrib
8.00mlm
Iftar makanan berat
8.40mlm
Solat Fardu Isyak, Terawih&Daurah Bersama Maulana Fakhrurrazi
10.30mlm
Bersurai

Assalamualaikum WBT, *Sumbangan Iftar Jamaei Muslimat Dar Tahfiz Al Quran wal Hadis dan Duit Raya anak anak DQWH 1446H* ...
03/03/2025

Assalamualaikum WBT,
*Sumbangan Iftar Jamaei Muslimat Dar Tahfiz Al Quran wal Hadis dan Duit Raya anak anak DQWH 1446H*

Kami dengan penuh rendah diri membuka sumbangan untuk Iftar Jamaei Muslimat DQWH dan duit raya anak anak Dar Tahfiz Al Quran wal Hadis. Sumbangan boleh disalurkan kepada seperti berikut :
Nama: *MUSLIMAT DARUL QURAN 1*
Nama Bank: *CIMB BANK*
No Akaun: *8603120148*
Catatan: *Infaq Iftar Jamaei&Duit raya anak DQWH 1446H*

Jasa baik sumbangan tuan/puan yang dermawan, kami dahului dengan ucapan Terima Kasih dan boleh maklum kepada :
Dr Norfadilah Abdul Rahman (Pengerusi Muslimat DQWH)
Telefon: 0192442194
Pn Asmah (Timb Pengerusi)
Telefon: 0124490059
Pn Hamidah (Bendahari)
Telefon: 01114740966

Kenangan Aidiladha 1445H, selesai solat sunat aAidiladha, muslimat dan anak2 Daar Tahfiz AlQuran walHadith bersama bergo...
18/06/2024

Kenangan Aidiladha 1445H, selesai solat sunat aAidiladha, muslimat dan anak2 Daar Tahfiz AlQuran walHadith bersama bergotong royong membantu muslimin menguruskan korban sebanyak 18 ekor kambing, 3 ekor lembu dan 3 ekor kerbau. Alhamdulillah atas ruang masa dan kesempatan yg diberikan. Semoga dirahmati dan diberkati segala usaha, tenaga dan amal jariah.

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan untuk pelajar-pelajar Daar Tahfiz AlQuran Wal Hadith. Maj...
18/07/2023

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan untuk pelajar-pelajar Daar Tahfiz AlQuran Wal Hadith. Majlis turut diselitkan penyerahan wang sumbangan kepada Encik Nasaruddin b Abu Bakar, suami kepada Almarhumah Azriyani mantan AJK Muslimat DQWH yang meninggal dunia bersama 4 orang anaknya dalam satu kemalangan tragis. Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan tabung yg dilancarkan oleh Muslimat setelah kejadian tersebut. Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban keluarga yang ditinggalkan. Jazakumullahukhairan kathira diucapkan kepada para penyumbang.

Pada tarikh 29 April 2023 bersamaan 8 Syawal 1444 telah berlangsung majlis walimah anakanda2 kepada Tn Hj Paid dan Pn Hj...
08/05/2023

Pada tarikh 29 April 2023 bersamaan 8 Syawal 1444 telah berlangsung majlis walimah anakanda2 kepada Tn Hj Paid dan Pn Hjh Hamidah Mohd Nazir di premis pusat pengajian Daar Tahfiz AlQuran wal Hadith Padang Rengas. Bagi menambahkan kemeriahan, majlis ini juga turut digabungkan bersama Rumah Terbuka Aidilfitri DQWH sendiri. Pelbagai juadah istimewa dihidangkan buat tetamu yang hadir yang telah disediakan secara bergotong royong oleh AJK, warga kerja dan anak2 pelajar DQWH di samping hidangan yang ditaja oleh individu tertentu.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yg telah dirancang. Jazakumullahukhairan kathira buat semua tetamu yang hadir memeriahkan. Semoga pengantin dan keluarga diberkati dan semoga Allah meredhoi ikatan ukhuwwah dan silaturahim yang terjalin. بارك الله.

~27 Ramadan 1444~Alhamdulillah atas masa dan kesempatan yang diberikan, dipanjangkan usia kita untuk sampai ke penghujun...
19/04/2023

~27 Ramadan 1444~

Alhamdulillah atas masa dan kesempatan yang diberikan, dipanjangkan usia kita untuk sampai ke penghujung Ramadan.

Sekitar majlis berbuka puasa dan penutup 40 hari di Daar Tahfiz AlQuran wal Hadith untuk meraikan anak2 pelajar di sini. Jemputan istimewa ialah para ibubapa yang hadir memeriahkan majlis dan turut sama meraikan kejayaan anak2 mengharungi cabaran 40 hari sebagai pelajar di sini. Pertemuan semula bersama anakanda2 yang dirindui di samping beramah mesra mengeratkan ukhuwwah dengan para asatizah dan AJK2 di DQWH. Syukur atas sebuah pertemuan semoga Allah merahmati dan meredhai segala amal ibadah yang kita usahakan untuk semalam, hari ini dan akan datang.

Selamat bercuti anak2 semua. Pulanglah ke pangkuan keluarga meraikan Aidilfitri hari kemenangan kita dan kembalilah nanti ke medan ilmu ini dengan semangat baru untuk meneruskan cabaran sebagai penuntut ilmu.

Infaq Dapur Ramadan 1444Alhamdulillah, penyerahan pek dapur Ramadhan telah pun selesai dilaksanakan untuk Ramadan kali i...
16/04/2023

Infaq Dapur Ramadan 1444

Alhamdulillah, penyerahan pek dapur Ramadhan telah pun selesai dilaksanakan untuk Ramadan kali ini. Jazakumullahukhairan kathira kpd semua penyumbang. Juga ucapan terimakasih serta penghargaan kami kpd Encik Mamin dan Puan Salina suami isteri kerana telah membantu pihak muslimat menyenaraikan penerima dan juga membantu mengagihkan pek dapur Ramadhan ini.

Pihak muslimat merasa sungguh bersyukur kerana telah diberi izin dan kekuatan oleh Allah utk menguruskan wang amanah sahabat2 dunia akhirat kami ini. Semoga usaha kecil ini dipandang dan dinilai Allah sebagai amal kebaikan disisiNya. Dan semoga Allah Taala meredhai dan memberkati semua yang telah terlibat dalam usaha membantu sesama insan ini. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keampunan buat kita semua. Semoga jua Allah mentaqdirkan kita semua utk terus saling bertolongan dlm mengerjakan kebajikan dan taqwa sebagaimana firman Allah SWT

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [al-Mâidah/5:2]

Salam Ramadhan drpd Muslimat DQWH utk semua. Semoga direzkikan kita utk bertemu malam lailatulqadr dan dipanjangkan usia utk beramal lagi di Ramadan yg akan datang.

آمين يارب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خيرا

Infaq Dapur Ramadhan 1444Alhamdulillah, penyerahan pek dapur Ramadhan telah selesai disampaikan kepada  para penerima ya...
16/04/2023

Infaq Dapur Ramadhan 1444

Alhamdulillah, penyerahan pek dapur Ramadhan telah selesai disampaikan kepada para penerima yang memerlukan.

Jazakumullahukhairan kathira kpd semua penyumbang. Juga ucapan terimakasih serta penghargaan kami kpd Encik Mamin dan Puan Salina suami isteri kerana telah membantu pihak muslimat menyenaraikan penerima dan juga membantu mengagihkan pek dapur Ramadhan ini.

Pihak muslimat merasa sungguh bersyukur kerana telah diberi izin dan kekuatan oleh Allah utk menguruskan wang amanah sahabat2 dunia akhirat kami ini. Semoga usaha kecil ini dipandang dan dinilai Allah sebagai amal kebaikan disisiNya. Dan semoga Allah Taala meredhai dan memberkati semua yang telah terlibat dalam usaha membantu sesama insan ini. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keampunan buat kita semua. Semoga jua Allah mentaqdirkan kita semua utk terus saling bertolongan dlm mengerjakan kebajikan dan taqwa sebagaimana firman Allah SWT

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [al-Mâidah/5:2]

Salam Ramadhan drpd Muslimat DQWH utk semua. Semoga direzkikan kita utk bertemu malam lailatulqadr dan dipanjangkan usia utk beramal lagi di Ramadhan yg akan datang.

آمين يارب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خيرا

11/04/2023

Ayuh sama2 kita berusaha melakukan amalan yg terbaik utk 10 malam terakhir Ramadan kali ini.

17 Ramadan 1444Alhamdulillah program Iftar Jamaie Muslimat DQWH berjalan seperti yang dirancang. Sebelum iftar, anak2 pe...
08/04/2023

17 Ramadan 1444

Alhamdulillah program Iftar Jamaie Muslimat DQWH berjalan seperti yang dirancang. Sebelum iftar, anak2 pelajar telah diberikan sedikit suntikan motivasi dan tips mengenai hafazan AlQuran oleh penceramah jemputan daripada USAS. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil PWANIS Kuala Kangsar yang merupakan tetamu jemputan utk kali ini. Pihak PWANIS juga turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar2 DQWH.

Jazakumulllahukhairan kathira kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Ihya' Ramadan anjuran Muslimat DQWH. Semoga amal jariah kita diterima dan segala yg kita usahakan diberkati dan diredhoi Allah SWT.

بَارَكَ اللهُ فِيْكُم

Address

Padang Rengas
33700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muslimat DQWHD, Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Muslimat DQWHD, Kuala Kangsar:

Shortcuts

Share

Category