Kekal Sihat

Kekal Sihat page ini adalah bertujuan untuk memberi tips tips kepada masyarakat diluar sana untuk kekal sihat

22/06/2021
22/06/2021

Siapa kat sini s**a makan lewat malam? 🙋‍♂️

😱 Rupanya makan lewat malam boleh memberikan kesan yang tidak baik pada kesihatan kita. Malam ni kita stop, okey.

26/05/2021

RISIKO KOLESTROL TINGGI DALAM BADAN

1. Penyakit jantung koronari

Risiko utama yang dikaitkan dengan kolesterol tinggi ialah penyakit jantung koronari (CHD). Tahap kolesterol darah mempunyai banyak kaitan dengan kemungkinan anda mendapat penyakit jantung. Sekiranya tahap kolesterol terlalu tinggi, ia akan membina dinding arteri anda. Dari masa ke masa, pembentukan ini dikenali sebagai aterosklerosis. Keadaan ini menyebabkan arteri menjadi semakin sempit, dan saluran darah sempit ini mengurangkan aliran darah ke jantung. Ini boleh mengakibatkan angina (sakit dada) dari aliran darah yang tidak mencukupi ke jantung, atau kes serangan jantung apabila saluran darah disekat sepenuhnya dan otot jantung mula mati.

2.Strok

Strok berlaku apabila saluran darah yang membawa oksigen dan nutrien ke otak disekat atau pecah. Strok boleh berlaku jika bekalan darah ke otak berkurang. Apabila strok berlaku, sebahagian daripada otak tidak dapat mendapatkan darah dan oksigen yang diperlukan, sehingga ia mula mati.

3. Penyakit arteri periferal

Kolesterol tinggi juga dikaitkan dengan penyakit arteri periferal (PAD), yang merujuk kepada penyakit saluran darah yang berada di luar jantung dan otak. Dalam PAD, lemak tambahan membina dinding arteri dan mempengaruhi peredaran darah, terutamanya dalam arteri yang mengalir ke betis dan kaki. Arteri buah pinggang juga boleh terjejas.

4. Kencing manis jenis II

Diabetes jenis 2 adalah penyakit lain yang dikaitkan dengan kolesterol tinggi kerana diabetes boleh menjejaskan tahap kolesterol yang berbeza. Walaupun kawalan gula darah adalah baik, penghidap diabetes cenderung meningkatkan trigliserida, menurunkan lipoprotein berkepekatan tinggi (HDL), dan kadang-kadang meningkatkan lipoprotein berkepekatan rendah (LDL). Ini meningkatkan kemungkinan membina aterosklerosis.

5. Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi (hipertensi) dan kolesterol tinggi juga berkait. Apabila arteri menjadi keras dan disempitkan dengan plak kolesterol dan kalsium (aterosklerosis), jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah melaluinya. Akibatnya, tekanan darah menjadi tinggi.

26/05/2021

Berikut adalah tatacara pemakaian pelitup muka berganda seperti yang disarankan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham dan juga saranan Pusat Kawalan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat.

26/05/2021

Bayangkan.. hanya kerana 1 voice not dari Mak Teh, mungkin menyebabkan 100 ribu masyarakat enggan mengambil vaksin!

⚠️ Malaysia kini adalah antara negara yang mempunyai insidens kes tertinggi di dunia,

⚠️ Peratus pendaftaran vaksin perlahan, yang sudah mendaftar tidak munculkan diri.

Adakah kita masih mahu berdiam diri kepada ANCAMAN UTAMA kesihatan awam negara?

18/05/2021

Pergi ke kedai membeli sarapan,
Sebab dah jelak makanan raya,
Jika nasi lemak menjadi santapan,
Jangan lupa minta timun lebih, ya.

06/05/2021

Pelbagaikan sumber PROTEIN dalam menu harian anda..
Pilihlah IKAN lebih kerap dalam menu harian anda kerana ia membekalkan Iodin dan Asid lemak omega-3 serta kurang kolestrol berbanding daging dan ayam.

Saranan Pengambilan Ikan: 1 sajian ikan SETIAP HARI!

06/05/2021

Khasiat buah betik atau Carica papaya

Buah betik kaya dengan Vitamin C, Vitamin A dan serat yang baik untuk kesihatan. Serabut kuning di bawah biji betik juga banyak khasiat yang dipanggil BIOFLAVONOIDS.

Kajian menunjukkan BIOFLAVONOIDS mengandungi khasiat melawan keradangan (anti-inflammatory), anti-oxidant, anti-bakteria, anti-fungus, anti-viral dan ada potensi melawan sel kanser (anti-cancer) terutamanya potensi mengurangkan risiko kanser usus.

04/05/2021
12/04/2021

Anda darah jenis apa ?

Jenis yang paling RARE adalah...

09/04/2021

Program bual bicara online yang terbaru yang mensasarkan seluruh lapisan masyarakat.

Staff kesihatan atau bukan, topik-topik perbincangan umum untuk anda semua.

akan menganjurkan yang pertama minggu ini, dengan topik ISTIMEWA RAMADHAN : PUASA DAN UBAT

Panel yang dijemput adalah pakar di dalam bidang masing-masing. Jom kita tonton dan dengarkan persoalan yang sering timbul ketika bulan Ramadhan!

Panel 1 : Ustaz Muhammad Fahmi Rusli, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat M***i Wilayah Persekutuan
Panel 2 : Encik Fahmi Bin Hassan, Pegawai Farmasi KKM
JEMPUTAN KHAS : Yang Berbahagia Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Moderator : Dr Hafsah Sazali, Physician in Dermatology Department, Ahli MedTweetMy.

Tarikh: 11 April 2021
Hari: Ahad
Waktu: 9.30 - 10.30 malam

CME akan diadakan di platform Zoom, live fb page MedTweetMY.

Link zoom:
883 5133 4644
Password: CMEMTM

Address

Nyalas
75450

Telephone

+602315799

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kekal Sihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category