Murni International College - RASMI

Murni International College - RASMI This is Official Page for Murni International College, Formerly known as Murni Nursing College.

🚨 PERINGATAN TERAKHIR – KONVOKESYEN KE-8πŸŽ“βš οΈ HARI INI, 15 Ogos 2026 (Sabtu) adalah hari terakhir untuk semua graduan:βœ… Me...
15/08/2026

🚨 PERINGATAN TERAKHIR – KONVOKESYEN KE-8πŸŽ“

⚠️ HARI INI, 15 Ogos 2026 (Sabtu) adalah hari terakhir untuk semua graduan:

βœ… Membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen Ke-8
βœ… Membuat pembayaran PENUH yuran konvokesyen

πŸ•š Tarikh tutup: 15 Ogos 2026, jam 11.59 malam

Mohon semua graduan yang masih belum membuat pengesahan untuk segera log masuk ke Portal Konvokesyen dan membuat pengesahan sama ada anda HADIR atau TIDAK HADIR pada hari konvokesyen.

πŸ“Œ Pengesahan ini penting bagi memudahkan pihak pengurusan membuat persediaan serta urusan sijil dan transkrip graduan.

❗ Sebarang pengesahan atau permohonan yang diterima selepas 15 Ogos 2026, jam 11.59 malam tidak akan dilayan.

Jangan tunggu sehingga saat akhir. Mohon semua graduan mengambil tindakan segera.

Terima kasih atas kerjasama semua. πŸ™

Murni International College mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian. Majlis Konvokesyen Murni International College 2026 akan diadakan di:

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2026/2027 telah berlangsung dengan jayanya se...
28/07/2026

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2026/2027 telah berlangsung dengan jayanya sebagai simbolik penyerahan amanah dan tanggungjawab kepada barisan kepimpinan pelajar yang baharu. Seramai 19 orang pelajar telah berjaya dipilih menerusi proses Pilihan Raya Kampus yang telah diadakan sebelum ini.

Majlis ini bertujuan mengiktiraf pelantikan rasmi barisan MPP serta memberi penghormatan kepada para pelajar yang telah menerima mandat daripada warga kampus untuk mewakili suara mahasiswa. Diharapkan barisan kepimpinan yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, berintegriti, serta menjadi pemangkin kepada pembangunan sahsiah, kebajikan dan kecemerlangan warga pelajar sepanjang sesi 2026/2027.

Sekitar Program Karnival Pendidikan Negeri Selangor di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Alam Impian. Terima kasih diucap...
22/07/2026

Sekitar Program Karnival Pendidikan Negeri Selangor di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Alam Impian. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas jemputan dan peluang yang diberikan.

Sedang berlangsung Program Karnival Pendi dikan Negeri Selangor di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Alam Impian.
04/07/2026

Sedang berlangsung Program Karnival Pendi dikan Negeri Selangor di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Alam Impian.

Pembentangan kajian kes akhir pelatih Pos Basik Kejururawatan Renal setelah menamatkan latihan klinikal di Hospital Tuan...
22/06/2026

Pembentangan kajian kes akhir pelatih Pos Basik Kejururawatan Renal setelah menamatkan latihan klinikal di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Seramai 3 pelatih batch 2 telah berjaya menamatkan latihan atas bimbingan Puan Azlina Azmi, ketua program Pos Basik Kejururawatan Renal Kolej Antarabangsa Murni.

Terima kasih kepada diucapkan pemeriksan luar Dr. Cheng Yong Fatt, Perunding Nefrologi dari KPJ Seremban Specialist Hospital atas masa dan tunjuk ajar yang diberikan.

Majlis Doa Selamat bagi Peperiksaan Akhir dan Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir Diploma Sains Perubatan dan Kesih...
22/06/2026

Majlis Doa Selamat bagi Peperiksaan Akhir dan Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan.

Majlis Doa Selamat dan Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan diadakan sebagai satu platform untuk memohon keberkatan, ketenangan serta kejayaan kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akhir.

Majlis ini juga bertujuan meraikan serta menghargai usaha, pengorbanan dan pencapaian pelajar semester akhir sepanjang tempoh pengajian mereka di institusi ini. Selain menjadi medan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, pensyarah dan warga kolej, majlis ini turut memberi ruang kepada para pelajar mengenang pengalaman dan kenangan manis sepanjang menuntut ilmu bersama.

Program Penggunaan AI dalam Media Sosial TikTok yang disampaikan oleh Encik Andy Bachtiar Ibrahim telah memberi pendedah...
17/06/2026

Program Penggunaan AI dalam Media Sosial TikTok yang disampaikan oleh Encik Andy Bachtiar Ibrahim telah memberi pendedahan kepada para pelajar dan kakitangan mengenai penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penghasilan kandungan digital.

Melalui program ini, pelajar didedahkan kepada teknik menghasilkan video, poster, dan pelbagai jenis kandungan media sosial secara lebih kreatif, pantas dan berkesan dengan bantuan AI. Program ini turut membantu pelajar memahami bagaimana teknologi AI boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti serta keberkesanan pemasaran dan komunikasi di platform media sosial seperti TikTok.

Sekitar hari Pendaftaran Pelajar Sesi 1/2026. Selamat Datang ke Kolej Antarabangsa Murni.
15/06/2026

Sekitar hari Pendaftaran Pelajar Sesi 1/2026. Selamat Datang ke Kolej Antarabangsa Murni.

Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Program Pos Basik Kejururawatan Renal.Para penilai telah melakukan lawatan ke fasilit...
15/06/2026

Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Program Pos Basik Kejururawatan Renal.

Para penilai telah melakukan lawatan ke fasiliti kolej seperti Mock Ward, Perpustakaan dan Makmal untuk menilai dan memberi nasihat bagi penambahbaikan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Ali Aminuddin dari Universiti Sains Malaysia, Encik Mohd Arif bin Maskor dari Hospital Segamat sebagai Panel LJM, dan Encik Imranul Hakim bin Derasip sebagai sekretariat MQA yang telah sudi meluangkan masa dalam lawatan ini.

Address

PT 12911 PERSIARAN PUSAT BANDAR PUTRA NILAI
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Murni International College - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Murni International College - RASMI:

Shortcuts

Share