Falah Training Academy - FTA

Falah Training Academy - FTA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Falah Training Academy - FTA, Educational consultant, PT 8006, JALAN BBN 5/4A, TAMAN DESA JASMIN, Nilai.

✨Melatih Kemahiran Kepimpinan | Komunikasi & Pengucapan | Team Building
✨Jemputan ceramah Sekolah | Uni. | Office | Masjid | Surau
☎️ hubungi kami 👇
+601120668041

Letak keutamaan nyawa orang lain lebih utama sampai sanggup berdepan risiko nyawa sendiri, Allahuakbar bukan mudah nak s...
08/01/2026

Letak keutamaan nyawa orang lain lebih utama sampai sanggup berdepan risiko nyawa sendiri, Allahuakbar bukan mudah nak sampai tahap tu.

Dengar depa cerita daripada awal terlibat GSF sampailah kena tahan di penjara Z, kena tekan mental & fizikal, dahsyat! Belum kira lagi nak jaga ikhlas, nak jaga pergantungan yang tinggi pada Allah, dengan segala bahaya dunia boleh jadi. Sebab tu gerak kerja macam ni bukan main-main, semuanya dalam pilihan Allah.

Pagi tu team Cinta Salam Malaysia - CSM buat townhall, petang tu saya hadir sekejap mengisi team building. Jiwa depa dah kuat dah, saya mai perketat ja mana-mana skru yang longgaq. Biasalah organisasi mana yang tak kena ombak badai, itulah sebenarnya fasa yang akan kembali mengukuhkan pas**an.

Terima kasih tuan Musa Nuwayri CEO CSM atas jemputan & kepercayaan yang diberikan. Kita doakan selalu moga team CSM dan semua para pejuang pembebasan P sentiasa dalam peliharaan Allah ﷻ 🤲 insya Allah

Moga dilancarkan GSF 2.0! 💪

Masuk ja dewan tu saya dah risau, tengok muka sorang-sorang serius ja. Senyum pun sikit ja, hujung mulut gitu. Okay! Bar...
16/12/2025

Masuk ja dewan tu saya dah risau, tengok muka sorang-sorang serius ja. Senyum pun sikit ja, hujung mulut gitu. Okay! Baru teringat balik, peserta hari ini bukan biasa-biasa. Pelbagai gelaran ada kat nama masing-masing. Ada Dr. ,Ir.,Ts., peguam, pangkat CEO, Doktor perubatan, engineer dan macam-macam bidang kepakaran. Latar belakang berbeza, gaya fikir berbeza, ego profesional pun berbeza. Berpeluh mat!

Tapi, bila aktiviti pertama bermula, sesuatu yang indah berlaku. Gelaran ditanggalkan. Jawatan dilupakan. Yang tinggal hanyalah manusia yang mahu sama-sama belajar, berfikir dan bekerjasama. Gelak ketawa pun sama-sama.

Soal jawab bertubi-tubi, idea bercambah, gelak tawa berselang dengan refleksi daripada setiap aktiviti.

Respon mereka bukan sekadar ikut arahan tugasan, tetapi terlibat sepenuh hati. Bila profesional hebat sudi merendah untuk membina dan bila kerja berpas**an bukan sekadar aktiviti, tetapi pengalaman indah yang menyatukan.

Alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan & keterbukaan semua peserta. Jumpa lagi, insya Allah 😁

Seronok melihat mereka bertanya, tersenyum, malu-malu, tapi akhirnya mula faham bahawa akil baligh bukan untuk bahan law...
12/12/2025

Seronok melihat mereka bertanya, tersenyum, malu-malu, tapi akhirnya mula faham bahawa akil baligh bukan untuk bahan lawak, tapi satu ‘level up’ penting dalam kehidupan sebagai hambaNya.

Alhamdulillah, selesai berkongsi dalam slot Persediaan Akil Baligh bersama adik-adik darjah 4 & 5 SK Desa Jasmin Nilai.

Moga ilmu yang ditanam hari ini jadi langkah pertama mereka menjadi anak soleh & solehah yang berani menjaga diri, maruah dan kualiti ibadah. Insya Allah.

Terus melangkah anak-anak!

Sekali tengok nampak macam bahan nak masak, garam, serbuk kunyit, kacang. Rupanya bahan buat baja pokok! Jangan cari pas...
11/12/2025

Sekali tengok nampak macam bahan nak masak, garam, serbuk kunyit, kacang. Rupanya bahan buat baja pokok! Jangan cari pasai, telan masuk perut jenuhh laa.

Terima kasih Sinergi Perdana Sdn Bhd, anak syarikat RISDA Holding Sdn Bhd atas jemputan bacaan Yaasin, tahlil & tazkirah.

Kami selalu juga pesan di semua pejabat² yang kami hadir, program pengisian begini memang kena ada. Buat ja walaupun ringkas.

Sebab banyak waktu seharian kita memang di pejabat, balik rumah dah letih tak sempat dah nak pi dengaq kuliah. Jadi kita manfaatkan waktu kerja yang ada, tarik sikit masa untuk pengukuhan jatidiri pekerja. Insya Allah akan nampak kelainannya.

Jumpa lagi ya tuan puan, insya Allah 🤲😊

Puan ni kata dia paling seronok dapat tengok klien gi umrah. Seorang lagi kata, puas sangat bila dapat tunai harapan aya...
25/11/2025

Puan ni kata dia paling seronok dapat tengok klien gi umrah. Seorang lagi kata, puas sangat bila dapat tunai harapan ayah. Ramai lagi yang lain, s**a sangat kalau dapat bantu jalan keluar orang dalam kesusahan. Power depa ni!

Lepas berkumpul 1 Malaysia untuk Workshop Balance Score Card (BSC) @ team building bulan September baru ni, kami jumpa semula dalam group kecil mengisi slot follow up atau refresh semula. 3 jam kami fokus kepada ‘core value’. Kita perkukuh semula ‘end goal’ masing-masing. Insya Allah

Moga Allah ﷻ kurniakan kejayaan cemerlang buat semua teman².

Terima kasih tuan Solhi Sharif atas kepercayaan 😁

Realiti dunia akhir zaman yang semakin dahsyat! Anak² yang selalu menjadi sasaran ‘mereka’, kerana mereka tahu, anak² in...
13/11/2025

Realiti dunia akhir zaman yang semakin dahsyat!
Anak² yang selalu menjadi sasaran ‘mereka’, kerana mereka tahu, anak² inilah generasi masa depan.

Menjadi tanggungjawab kita untuk mengukuhkan pasak aqidah, sebagai pertahan dan kekuatan untuk mereka menempuh cabaran dunia yang mencabar.

Moga Allah ﷻ lancarkan penyampaian perkongsian kami bersama anak² ini, insya Allah.

Letak target tertinggi dalam setiap apa yang kita lakukan - kerana Allah ﷻ - maka segala sasaran yang lain akan diberika...
11/11/2025

Letak target tertinggi dalam setiap apa yang kita lakukan - kerana Allah ﷻ - maka segala sasaran yang lain akan diberikan kekuatan & dipermudahkan.

Paling special ! akan sentiasa untung dunia & akhirat. Insya Allah 😄

Address

PT 8006, JALAN BBN 5/4A, TAMAN DESA JASMIN
Nilai
71800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Falah Training Academy - FTA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share