26/01/2024
Alhamdulillah, ramai yang bertanya tentang pendaftaran ke SRIIDU dan juga GCDU. GCDU adalah tadika yang terletak bersebelahan dengan SRIIDU.
Baiklah, memandangkan banyak soalan yang admin dapat. Admin akan jawab serba sedikit soalan-soalan yang selalu ditanyakan.
Q: GCDU ada interview ke?
A: Tiada interview untuk GCDU, semua permohonan diterima masuk. Hanya SRIIDU sahaja ada ujian dan interview.
Q: Bila ujian untuk SRIIDU yang terdekat?
A: InsyaAllah hari ini akan diadakan interview kali ke-4, bagi calon-calon SRIIDU boleh hadir petang ini.
Q: Permohonan masuk SRIIDU ni dibuka untuk Tahun 1 saja ke ustazah?
A: Tak, SRIIDU buka permohonan kemas**an untuk semua tahun, dari tahun 1 hingga Tahun 6.
Q: Macam mana nak daftar?
A: Boleh klik link yang admin post di ruangan komen.
Q: Saya nak bercakap dengan ustazah boleh ke?
A: Boleh saja contact ustazah atau admin, link untuk contact di ruangan komen.
Q: Ada lagi ke kekosongan ustazah?
A: GCDU ada kekosongan lagi dari 4 tahun hingga 6 tahun. SRIIDU juga ada kekosongan lagi dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
InsyaAllah, semoga dapat menjawab serba sedikit persoalan semua yang berminat untuk mendaftar ke GCDU dan SRIIDU.