Jabatan Pendaftar USIM

Call Directions Website Contact the school

Jabatan Pendaftar USIM Laman alternatif sebagai medium bagi membantu menyalurkan maklumat rasmi Jabatan Pendaftar USIM dengan pantas dan berkesan

Penubuhan Jabatan Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia secara rasminya bermula pada 3 Januari 2000 apabila Tuan Haji Addenan Haji Abd. Rahman memulakan tugasnya sebagai Pendaftar KUIM yang pertama. Bagi membina asas untuk membangunkan sebuah jabatan yang sangat signifikan sebagai nadi pentadbiran Universiti, beliau pada ketika itu hanya dibantu oleh tiga orang Penolong Pendaftar yang masing-masing menguruskan hal ehwal perjawatan, akademik dan pentadbiran am di samping dua orang Pembantu Tadbir yang menjalankan tugas-tugas perkeranian. Di bawah kepemimpinan beliau, Jabatan Pendaftar berkembang maju sehinggalah kepada pertukaran nama daripada KUIM kepada USIM pada 1 Februari 2007. Jabatan Pendaftar diperkukuhkan lagi dengan kepemimpinan Y.Bhg. Encik Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM ke-2 secara pemangkuan mulai 6 Jun 2009 dan seterusnya secara hakiki berkuatkuasa pada 1 November 2009. Kini, dengan kekuatan warga kerja sekitar 45 orang dan selaras proses penjenamaan semula serta jajaran baharu, Jabatan Pendaftar memperkemaskan fungsinya melalui tiga (3) bahagian utama terdiri daripada:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Bahagian Governan dan Pentadbiran

Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Sesi Penyerahan Laporan Pelaksanaan Audit Ken...
23/09/2026

Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Sesi Penyerahan Laporan Pelaksanaan Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) USIM Tahun 2026 kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Delegasi USIM diketuai oleh Encik Nasrul Hakim bin Ahmad, Ketua Jabatan, Jabatan Pendaftar USIM dan laporan telah diserahkan kepada Encik Azhar bin Mohamad Yusof, Setiausaha Bahagian (SUB), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi.

18/09/2026

Kursus Kepimpinan Berteraskan Qalbu Tahap 2/2026 Anjuran Seksyen Latihan dan Pembangunan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar..

Jom sertaii Qalbu 2027 akan datang..



18/09/2026

VT Kursus Kepimpinan Berteraskan Qalbu Tahap 2/2026
11-13 September 2026
Felda Tekam Residence Resort,
Jerantut Pahang

Kursus Kepimpinan Berteraskan Qalbu Tahap 2/202611-13 September 2026 (Jumaat-Ahad)Felda Tekam Residence Resort Semangat ...
17/09/2026

Kursus Kepimpinan Berteraskan Qalbu Tahap 2/2026
11-13 September 2026 (Jumaat-Ahad)
Felda Tekam Residence Resort

Semangat kepimpinan, kerja berpasukan, berteaskan INAQ



Kursus Kepimpinan Berteraskan Qalbu Tahap 2 11-13 September 2026 (Jumaat-Ahad)Felda Tekam Residence ResortJerantut, Paha...
17/09/2026

Kursus Kepimpinan Berteraskan Qalbu Tahap 2
11-13 September 2026 (Jumaat-Ahad)
Felda Tekam Residence Resort
Jerantut, Pahang

Anjuran :
Seksyen Latihan dan Pembangunan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar, USIM


Tahniah kpd Staf Jabatan Pendaftar
11/09/2026

Tahniah kpd Staf Jabatan Pendaftar

PROGRAM SIRI KEPIMPINAN PENTADBIR UNIVERSITI – SIRI 2/2026: Kepimpinan Strategik dan Kebijaksanaan dalam Membuat Keputus...
04/09/2026

PROGRAM SIRI KEPIMPINAN PENTADBIR UNIVERSITI – SIRI 2/2026: Kepimpinan Strategik dan Kebijaksanaan dalam Membuat Keputusan

📅 Tarikh: 3 September 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 2.00 – 5.00 petang
📍 Tempat: Executive Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori, USIM
🎙️ Penceramah: Dato’ Dr. Musa Ali, Felo Budi, Jabatan Pendaftar

Seramai 52 orang peserta telah menyertai program yang memberi penekanan kepada aspek kepimpinan strategik, kebijaksanaan serta keupayaan membuat keputusan dalam mendepani cabaran pengurusan universiti.

Program ini merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan Kepimpinan USIM di bawah Program Kepimpinan (LEAP) yang memberi fokus kepada penguasaan kompetensi kepimpinan pengurusan serta pembangunan bakat secara holistik.

Dalam sesebuah organisasi, setiap keputusan yang dibuat oleh pemimpin bukan sahaja memberi kesan kepada pelaksanaan tugas, malah turut menentukan hala tuju, prestasi dan kelestarian organisasi. Justeru, seorang pemimpin perlu memiliki keupayaan berfikir secara strategik, melihat gambaran menyeluruh, mempertimbangkan pelbagai perspektif, menilai risiko serta membuat keputusan yang tepat berasaskan maklumat, pengalaman dan kebijaksanaan.

Program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh kompetensi kepimpinan serta mengenal pasti bakat berpotensi bagi menyokong Pelan Penggantian, demi memastikan kesinambungan kepimpinan universiti.

Sesi tandatangan LOI Seksyen Latihan dan Pembangunan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, USIM bersa...
25/08/2026

Sesi tandatangan LOI Seksyen Latihan dan Pembangunan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, USIM bersama HRDCORP N.Sembilan

24 Ogos 2026 (Isnin)
Bangunan Canselori

Tahniah SLP mendapat Top 10 seluruh Malaysia bagi penyertaan Program NTW 2026

Terima kasih kepada semua team Urusetia Latihan, team BPbSM, HRDCN.9, penceramah dan peserta yg terlibat dalam menjayakan program NTW tahun ini.



WEBINAR INTERAKTIF: PSIKOLOGI KOMUNIKASI UNTUK PEMIMPIN MASA KINI“Bercakap itu mudah, mempengaruhi itu seni.”Pernahkah k...
03/08/2026

WEBINAR INTERAKTIF: PSIKOLOGI KOMUNIKASI UNTUK PEMIMPIN MASA KINI

“Bercakap itu mudah, mempengaruhi itu seni.”

Pernahkah kita berdepan situasi di mana arahan sudah diberikan dengan jelas, tetapi masih berlaku salah faham? Atau apabila berdepan konflik dalam pasukan, kita buntu untuk mencari pendekatan yang tepat?

Sebagai seorang pemimpin, komunikasi bukan sekadar tentang apa yang kita sampaikan, tetapi bagaimana kita membuat orang memahami, percaya dan bergerak bersama kita.

Sertai webinar interaktif ini dan ketahui bagaimana psikologi komunikasi dapat membantu anda:
🔹 Mengurus pasukan dengan lebih berkesan
🔹 Menangani konflik secara konstruktif
🔹 Membina hubungan kerja yang lebih positif
🔹 Mempengaruhi dan menggerakkan orang lain dengan lebih berkesan

🎯 Sesuai untuk pemimpin, bakal pemimpin serta warga kerja yang ingin meningkatkan kemahiran komunikasi dalam organisasi.

📆 Tarikh: 26 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 09:00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
💻 Platform: Aplikasi ZOOM (Dalam Talian)
💳 Yuran: RM80.00/Peserta

Apa yang anda akan dapat?
1️⃣ Sesi live interaktif dan sesi soal jawab terus dengan pakar;
2️⃣ Nota Webinar Eksklusif; dan
3️⃣ Rakaman Webinar (Boleh Ditonton Semula).

Tempat adalah terhad. Jangan lepaskan peluang untuk tingkatkan kemahiran komunikasi anda sebagai seorang pemimpin hari ini.

🔗 Pautan pendaftaran: https://bit.ly/WebinarLEAD2026

Bercakap itu mudah. Mempengaruhi itu seni.

✨ Jadilah pemimpin yang bukan sahaja didengari, tetapi difahami dan mampu menggerakkan orang lain.

MAJLIS PRA PELANCARAN SISTEM AT-TARQIYAH (SISTEM KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH USIM) 29 JULAI 2026
29/07/2026

MAJLIS PRA PELANCARAN SISTEM AT-TARQIYAH (SISTEM KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH USIM) 29 JULAI 2026

Address

Jabatan Pendaftar, Aras 2 Dan Aras 3, Bangunan Canselori, , Universiti Sains Islam Malaysia , Bandar Baru Nilai
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067988101

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendaftar USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Jabatan Pendaftar USIM:

Share