28/08/2026
26 Ogos 2026 - Pusat Tamhidi telah menerima kunjungan dari SMKA Tun Perak, Jasin. Seramai lebih kurang 90 orang pelajar Tingkatan 5 dan 10 orang guru pengiring telah menyertai lawatan tersebut.
Antara aktiviti utama yang disediakan untuk mereka ialah taklimat kemasukan ke program tamhidi yang telah berlangsung di DKP1 Tamhidi selama lebih kurang 1 jam 15 minit yang telah disampaikan oleh Puan Azlina Mohamed Nor, Penyelaras Tamhidi Sains Sosial.
Respon yang diterima daripada para pelajar sangat baik memandangkan banyak pertanyaan yang dilontarkan mereka semasa sesi soal-jawab.
Diharapkan sesi taklimat tersebut telah memberikan sedikit sebanyak pencerahan tentang program-program yang ditawarkan oleh Tamhidi dan membuka hati mereka untuk memilih Tamhidi sebagai pilihan pertama semasa mengisi UPU kelak.