09/06/2026
Sekalung Tahniah 🎉
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Kursus Nasyid (CCB1012) atas kejayaan meraih Anugerah Busana & Tatarias Inovatif sempena Karnival Inovasi Kokurikulum MADANI Kebangsaan 2026 (KIK-MADANI 2026) bertempat di Padang Kawad, Universiti Utara Malaysia pada 7 Jun 2026 yang lalu.
Pencapaian ini merupakan bukti kreativiti, komitmen dan semangat inovasi yang tinggi dalam menghasilkan persembahan yang berkualiti serta berimpak. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mencipta kecemerlangan dan mengharumkan nama institusi pada masa akan datang.
Syabas dan tahniah atas kejayaan yang membanggakan ini! 🌟🏆
"Kejayaan bukan sekadar destinasi, tetapi hasil daripada usaha, dedikasi dan kesungguhan yang berterusan."
# Teras1