Taski, PraTahfiz & Tahfiz ABIM Al-Furqan

Taski, PraTahfiz & Tahfiz ABIM Al-Furqan Taski, Pra Tahfiz & Tahfiz ABIM Al-Furqan provided interactive learning for children around 4-12 Years old. bhd

no. ssm : 1358777-X

"We Care We Love"

TIKTOK ABIM : tiktok.com/.al.furqan

nama syarikat: dar Al Furqan Education sdn.

10/08/2026

Antara aktiviti yang di adakan bersama HQ MommyHappy semasa program S.R.I


๐Ÿ”ฌโœจ PROGRAM S.R.I โ€“ SAINS, RESPEK, INTEGRITI โœจ๐Ÿ”ฌAlhamdulillah, Program S.R.I (Sains, Respek, Integriti) telah berlangsung ...
10/08/2026

๐Ÿ”ฌโœจ PROGRAM S.R.I โ€“ SAINS, RESPEK, INTEGRITI โœจ๐Ÿ”ฌ

Alhamdulillah, Program S.R.I (Sains, Respek, Integriti) telah berlangsung pada 6 Ogos 2026 (Khamis) di SRAI ABIM Al-Furqan. ๐Ÿ’™

Program ini dianjurkan bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik kepada murid melalui aktiviti yang menggabungkan ilmu, sahsiah, disiplin dan nilai integriti. ๐ŸŒฑ๐Ÿ“š

๐ŸŒŸ Sesi Pagi
๐ŸŽคProgram bersama HQ MommyHappy yang pastinya menceriakan dan menambah pengalaman pembelajaran murid.
๐Ÿ“šJualan buku ilmiah oleh HQ MommyHappy

๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Sesi Petang
Program khas bersama SI Sawal bin Hj Ab Ghani (IPD Nilai) yang memberi pendedahan kepada murid tentang nilai disiplin, tanggungjawab dan integriti.

๐Ÿ’™ Semoga program ini dapat melahirkan generasi yang:
๐Ÿ”ฌ Berilmu
๐Ÿค Beradab
๐Ÿ›ก๏ธ Berdisiplin
โœจ Berintegriti

"Berilmu Meneroka Dunia, Beradab Menyemai Harmoni,
Berdisiplin Mencipta Kejayaan, Berintegriti Membina Masa Depan."

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Program S.R.I. ๐ŸŒท

๐Ÿ“šโœจ PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SESI 2026 โœจ๐Ÿ“šSelamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun Sesi 2026 buat semua murid ...
10/08/2026

๐Ÿ“šโœจ PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SESI 2026 โœจ๐Ÿ“š

Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun Sesi 2026 buat semua murid SRAI Akademik! ๐Ÿ“๐ŸŒŸ

Semoga anak-anak dapat menjawab setiap soalan dengan tenang, teliti dan yakin. ๐Ÿ’ช๐Ÿป

๐Ÿคฒ Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan hati serta memperoleh keputusan yang cemerlang hasil daripada usaha dan doa.

Selamat berjaya, anak-anak! ๐ŸŒท
Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal. โค๏ธ





๐Ÿ† Aktiviti Sukan KAFA Tahfiz Mingguan ๐Ÿ†Semangat kesukanan terus dipupuk dalam kalangan murid melalui pelbagai aktiviti s...
22/07/2026

๐Ÿ† Aktiviti Sukan KAFA Tahfiz Mingguan ๐Ÿ†

Semangat kesukanan terus dipupuk dalam kalangan murid melalui pelbagai aktiviti sukan seperti โšฝ๎€€ Bola Sepak, ๐Ÿ Bola Jaring, ๐Ÿธ Badminton dan ๐Ÿ Bola Tampar.

Semoga setiap aktiviti dapat membina semangat berpasukan, disiplin dan gaya hidup sihat dalam diri anak-anak. ๐Ÿ’ช๐Ÿ˜Š

๐Ÿ†โœจ KEMUNCAK KEJOHANAN SUKANEKA & BALAPAN TAHUN 2026 โœจ๐Ÿ†๐Ÿ“… Tarikh: 5 Julai 2026 (Ahad)๐Ÿ“ Tempat: Padang Awam Kuarters KLIAAl...
08/07/2026

๐Ÿ†โœจ KEMUNCAK KEJOHANAN SUKANEKA & BALAPAN TAHUN 2026 โœจ๐Ÿ†

๐Ÿ“… Tarikh: 5 Julai 2026 (Ahad)
๐Ÿ“ Tempat: Padang Awam Kuarters KLIA

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT telah berlangsung dengan jayanya Kemuncak Kejohanan Sukaneka & Balapan Tahun 2026. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malah berjaya menyemarakkan semangat kesukanan, kerjasama dan ukhwah dalam kalangan murid, guru serta ibu bapa.

Empat rumah sukan telah memberikan saingan yang hebat sepanjang kejohanan:

๐Ÿ”ด Rumah Ruby (Merah)
Penasihat: Ustaz Asri, Ustazah Farah, Teacher Syiha & Ustazah Maryam

๐Ÿ”ต Rumah Nilam (Biru)
Penasihat: Ustaz Husainy, Ustazah Fatin, Ustazah Yusra & Cikgu Humaira

๐ŸŸก Rumah Baiduri (Kuning)
Penasihat: Ustazah Zana, Ustazah Aisyah, Ustazah Nusyra, Teacher Effa & Teacher Nini

๐ŸŸข Rumah Zamrud (Hijau)
Penasihat: Ustaz Firdaus, Ustazah Sarah, Ustazah Ku & Teacher Nurin

๐Ÿฅ‡ Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Rumah Zamrud (Hijau) yang telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Sukaneka & Balapan Tahun 2026! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha dan bersemangat dalam apa jua bidang yang diceburi.

Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang amat membanggakan, khususnya dalam menghias khemah rumah sukan serta menjayakan potluck rumah sukan. Semangat kebersamaan dan sokongan padu daripada ibu bapa bersama para guru telah menjadikan kejohanan ini lebih meriah, harmoni dan penuh kenangan.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada semua guru, kakitangan, murid serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan program ini berlangsung dengan lancar dan penuh kejayaan.

Semoga semangat kesukanan, kerjasama dan ukhwah yang terjalin akan terus mekar serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan warga SRAI ABIM Al Furqan pada masa akan datang.

Tahniah kepada semua peserta, para pemenang dan seluruh warga sekolah! ๐Ÿ…๐Ÿ’š

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ KEJOHANAN BALAPAN SESI PETANG 2026 ๐Ÿ…๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 3 Julai 2026๐Ÿ“ Tempat: Padang Awam Kuarters KLIAAlhamdulil...
08/07/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ KEJOHANAN BALAPAN SESI PETANG 2026 ๐Ÿ…

๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 3 Julai 2026
๐Ÿ“ Tempat: Padang Awam Kuarters KLIA

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Balapan Sesi Pagi yang melibatkan murid-murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 & TAhun 6 SRAI ABIM Al Furqan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan, keberanian dan kesungguhan sepanjang pertandingan berlangsung. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, sebaliknya semangat untuk mencuba, berusaha dan memberikan yang terbaik adalah kemenangan yang sebenar.

Pihak sekolah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru, kakitangan, ibu bapa serta para sukarelawan yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar dan teratur.

Semoga program seperti ini dapat terus memupuk budaya hidup sihat, semangat berpasukan serta membentuk sahsiah murid yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Tahniah kepada semua peserta dan para pemenang! ๐ŸŽ‰

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ KEJOHANAN BALAPAN SESI PAGI 2026 ๐Ÿ…๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 3 Julai 2026๐Ÿ“ Tempat: Padang Awam Kuarters KLIAAlhamdulilla...
08/07/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ KEJOHANAN BALAPAN SESI PAGI 2026 ๐Ÿ…

๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 3 Julai 2026
๐Ÿ“ Tempat: Padang Awam Kuarters KLIA

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Balapan Sesi Pagi yang melibatkan murid-murid Tahun 1, Tahun 2 dan Taski SRAI ABIM Al Furqan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan, keberanian dan kesungguhan sepanjang pertandingan berlangsung. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, sebaliknya semangat untuk mencuba, berusaha dan memberikan yang terbaik adalah kemenangan yang sebenar.

Pihak sekolah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru, kakitangan, ibu bapa yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar dan teratur.

Semoga program seperti ini dapat terus memupuk budaya hidup sihat, semangat berpasukan serta membentuk sahsiah murid yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Tahniah kepada semua peserta dan para pemenang! ๐ŸŽ‰

Majlis Penutup Minggu STEM Peringkat Sekolah yang telah berlangsung pada 22 Mei 2026 (Jumaat) telah berjalan dengan lanc...
18/06/2026

Majlis Penutup Minggu STEM Peringkat Sekolah yang telah berlangsung pada 22 Mei 2026 (Jumaat) telah berjalan dengan lancar dan meriah.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ketua Program, Cikgu Syiha dan Cikgu Farah atas komitmen, usaha serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Tahniah juga diucapkan kepada semua para pemenang serta murid-murid yang telah mengambil bahagian dalam setiap pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Penyertaan dan semangat yang ditunjukkan amat membanggakan.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan manfaat yang diperoleh sepanjang Minggu STEM ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Insya-Allah, semoga kita bertemu lagi dalam program-program akan datang. ๐ŸŒท

โœจ ๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐‡๐š๐ซ๐ข, ๐๐ž๐ฅ๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐‡๐ž๐›๐š๐ญ ๐๐ข ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก! โœจAlhamdulillah, pada Rabu lepas (๐Ÿ๐ŸŽ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”), suasana sekolah sangat ...
12/06/2026

โœจ ๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐‡๐š๐ซ๐ข, ๐๐ž๐ฅ๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐‡๐ž๐›๐š๐ญ ๐๐ข ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก! โœจ

Alhamdulillah, pada Rabu lepas (๐Ÿ๐ŸŽ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”), suasana sekolah sangat meriah dengan pelbagai program berimpak tinggi yang berjalan serentak untuk ibu bapa dan murid-murid:

๐ŸŽ“ ๐’๐ฅ๐จ๐ญ ๐Œ๐ฎ๐ซ๐ข๐ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ”:

Ceramah "๐‘ฎ๐’†๐’ ๐‘จ๐’๐’‘๐’‰๐’‚: ๐‘น๐’†๐’‚๐’…๐’š ๐‘ป๐’ ๐‘ฉ๐’† ๐‘ป๐’†๐’†๐’" โ€“ Pengisian khas buat abang dan kakak Tahun 6 sebagai persediaan mental dan sahsiah melangkah ke alam remaja.

๐Ÿ“ ๐—ฆ๐—น๐—ผ๐˜ ๐— ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฑ (๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ & ๐—๐—ฎ๐˜„๐—ถ):

๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐‰๐š๐ฐ๐ข (๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐š๐ ๐ข): Melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk pemantapan asas penulisan.

๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐“๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐‰๐š๐ฐ๐ข & ๐€๐๐š๐› (๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ญ๐š๐ง๐ ): Khas buat murid Tahun 3 hingga Tahun 5 sebagai persediaan skor dalam ujian.

Terima kasih kepada semua guru, pencerama dan murid yang hadir memberikan sokongan padu. Jom intip momen-momen sepanjang program berlangsung! ๐Ÿ“ธ๐Ÿ‘‡

๐Ÿ“ธ ๐’๐จ๐ซ๐จ๐ญ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ข๐œ๐š๐ซ๐š ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค ๐Š๐š๐ฅ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š๐Ÿ“… ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: ๐Ÿญ๐Ÿฌ/๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚)๐Ÿ“ŒSatu platform terbaik untuk berbincang, menyemak p...
12/06/2026

๐Ÿ“ธ ๐’๐จ๐ซ๐จ๐ญ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ข๐œ๐š๐ซ๐š ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค ๐Š๐š๐ฅ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š

๐Ÿ“… ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: ๐Ÿญ๐Ÿฌ/๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚)

๐Ÿ“ŒSatu platform terbaik untuk berbincang, menyemak prestasi, dan menyusun strategi demi kecemerlangan akademik anak-anak. Terima kasih kepada para guru dan ibu bapa yang memberikan komitmen penuh sepanjang program ini berlangsung.

Semoga usaha murni ini membuahkan hasil yang cemerlang! ๐ŸŒŸ

Address

No. 55, Jalan Timur 6/2d, Timur @ Enstek, Bandar Enstek
Nilai
71760

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:30
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 18:30
Friday 07:00 - 18:30

Telephone

+6067948106

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taski, PraTahfiz & Tahfiz ABIM Al-Furqan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share