Maahad Tahfiz Al-Quran Amirul Hafiz

Maahad Tahfiz Al-Quran Amirul Hafiz Kejayaan Dalam Sunnah

Assalamualaikum WBT18 May 202610.00 amKunjungan JHEAINS Bahagian Pendidikan ke Maahad Tahfiz Al Quran Amirul Hafiz Kastu...
19/05/2026

Assalamualaikum WBT

18 May 2026

10.00 am

Kunjungan JHEAINS Bahagian Pendidikan ke Maahad Tahfiz Al Quran Amirul Hafiz Kasturi Heights Nilai N.Sembilan yg diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan

Mereka hadir utk melihat sendiri proses untuk mendapatkan Kelulusan Pendaftaran Maahad Tahfiz ini di bawah Kawal Seliaan JHEAINS

Terutamanya Kerja2 yg melibatkan aspek teknikal keselamatan yg telah ditetapkan oleh Pihak Bomba

Terima kaseh kepada penyumbang2 sekalian yg tidak pernah jemu dalam usaha membantu utk melihat Maahad Tahfiz ini kearah yg lebih baik di masa akan datang

InsyaAllah, tidak lama lagi, Maahad Tahfiz ini akan memperolehi Sijil Kelulusan Pendaftaran dari JHEAINS, Amin Ya Rabbal Alamin ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Jom sama-sama berinfaq untuk menyokongMaahad Tahfiz Al-Quran Amirul Hafiz ๐ŸคฒUntuk makluman, pihak maahad kini sedang dala...
06/05/2026

Jom sama-sama berinfaq untuk menyokong
Maahad Tahfiz Al-Quran Amirul Hafiz ๐Ÿคฒ

Untuk makluman, pihak maahad kini sedang dalam proses pendaftaran rasmi dengan JHEAINS, dan keutamaan semasa adalah untuk melengkapkan keperluan pihak bomba terlebih dahulu.

๐Ÿš’ Hasil pemeriksaan pihak bomba, antara keperluan utama yang perlu dilaksanakan adalah:
1. Fire extinguisher (alat pemadam api)
2. Pintu rintangan api (fire rated door)
3. Emergency lights (lampu kecemasan)
4. Papan tanda keluar (exit signage)
5. Pengasingan dapur & kelas (sliding door / pintu)
6. Pendawaian semula (rewiring)

Sumbangan tuan/puan amat besar maknanya dalam membantu maahad memenuhi keperluan ini serta memastikan keselamatan para pelajar.

๐Ÿ’ณ Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun/QR yang disediakan

Semoga setiap sumbangan menjadi asbab pahala berterusan.
InshaAllah ๐Ÿค

23/02/2026

๐Ÿ“– Sesi Tadarus Al-Quran Ramadhan ( 2 Ramadhan 1447 )

Para pelajar meneruskan tadarus Al-Quran bagi bulan Ramadhan.

Untuk hari ini, bacaan melibatkan Juz 2 (separuh akhir) dan Juz 3, sebagai kesinambungan daripada jadual tarawih dan tadarus yang telah ditetapkan.

InshaAllah, program Tadarus Khatam Al-Quran ini dijangka akan khatam pada 23 Ramadhan.

Semoga Allah SWT menerima segala amalan, memberkati usaha para pelajar dan menjadikan Al-Quran sebagai cahaya dalam kehidupan mereka ๐Ÿคฒ๐Ÿป

23/02/2026

๐ŸŒ™ Iftar Hari Pertama Ramadhan

Alhamdulillah ๐Ÿคฒ๐Ÿป
Suasana para pelajar berbuka puasa pada hari pertama Ramadhan dengan penuh kesyukuran.

Menu berbuka hari ini: ๐Ÿš Nasi tomato
๐Ÿ— Ayam masak merah
๐Ÿฅ— Acar buah
๐Ÿฅค Air F&N oren

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini kepada para ibu bapa, juadah berbuka sepanjang bulan Ramadhan sehingga 25 Ramadhan adalah ditaja oleh Surau An-Nur.

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan pihak Surau An-Nur dan para penyumbang dengan keberkatan rezeki serta ganjaran pahala yang berlipat ganda ๐Ÿคฒ๐Ÿป

23/02/2026

๐Ÿ“Œ MAKLUMAN SOLAT TARAWIH MADRASAH ( 1 RAMADHAN 1447 )

InshaAllah, sepanjang bulan Ramadhan ini para pelajar madrasah akan menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat di madrasah, diikuti dengan solat witir tiga rakaat.

Tarawih yang dilaksanakan adalah secara Tarawih Khatam Al-Quran 30 Juz, dan dijangka akan khatam pada malam 23 Ramadhan, InshaAllah.

Untuk permulaan malam ini, bacaan akan dimulakan dengan 1 juz setengah, iaitu Juz 1 dan separuh awal Juz 2.

Sepanjang bulan Ramadhan, solat tarawih ini akan diimami oleh Muhammad Nur Nasuha bin Salehuddin sehingga khatam Al-Quran.

Marilah sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT memberikan kelancaran, ketenangan dan keberkatan kepada adik Muhammad Nur Nasuha dalam memimpin para pelajar sepanjang solat tarawih, InshaAllah ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada para pelajar untuk istiqamah, menjaga kualiti bacaan serta menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan penuh keberkatan

09/02/2026

๐Ÿ“– PROSES SELEPAS BACAAN HARIAN PELAJAR

Setiap kali pelajar selesai membaca 5 Sabaโ€™, Sabqi dan 2 juz Mokhtar, mereka tidak terus berehat.

๐Ÿ“Œ Proses yang dilalui:
Setiap pelajar akan memberi laporan bacaan:
โ–ซ๏ธ Berapa kesalahan
โ–ซ๏ธ Berapa kali sangkut

Selepas itu, pelajar akan duduk di tempat masing-masing. Pelajar akan membuka semula juz yang dibaca tadi
Kesalahan akan diteliti satu persatu dan diperbetulkan.

Proses ini dibuat supaya pelajar sedar kesalahan sendiri, faham di mana kelemahan, dan tidak mengulangi kesilapan yang sama pada bacaan seterusnya.

Inilah antara disiplin penting dalam hafazan di madrasah, bukan sekadar membaca, tetapi membaiki dan memantapkan hafalan secara berterusan, InshaAllah ๐Ÿคฒ๐Ÿป

28/01/2026

Saya mendapat melebihi 50 reaksi pada siaran saya minggu lepas! Terima kasih semua orang untuk sokongan anda! ๐ŸŽ‰

27/01/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

๐Ÿ“– PENJELASAN RUTIN BACAAN HARIAN PELAJAR

Untuk makluman mak ayah, setiap pelajar WAJIB melalui bacaan harian yang merangkumi 5 Sabaโ€™, Sabqi dan 2 juz Mokhtar.

Ini adalah sistem bacaan yang ditetapkan, bukan pilihan dan bukan bergantung kepada pelajar tertentu sahaja.

๐Ÿ“Œ Setiap pelajar akan:
Membaca 5 Sabaโ€™ (hafalan paling baharu)
Membaca Sabqi (hafalan selepas Sabaโ€™)
Membaca Mokhtar sebanyak 2 juz

๐Ÿ“Œ Bagi Mokhtar, pelajar yang mempunyai hafalan yang lebih banyak, bacaan 2 juz tersebut akan berpusing (rolling) mengikut susunan hafalan, supaya semua hafalan lama sentiasa dijaga dan tidak hanya membaca juz yang sama setiap hari.

Sistem ini memastikan semua pelajar membaca jumlah bacaan yang sama, namun kandungan bacaan disesuaikan dengan tahap hafalan masing-masing, demi menjaga kualiti dan kekuatan hafalan jangka panjang.

Sumbangan boleh disalurkan melalui:

๐Ÿ’ณ Akaun: Maahad Tahfiz Al-Quran Amirul Hafiz
๐Ÿฆ CIMB BANK โ€” *8606 3394 31*

๐Ÿ“ค Slip bayaran boleh dihantar ke:
๐Ÿ“žUstaz Fadhil ( Mudir ) https://wa.me/60167246938
๐Ÿ“žUstaz Fikri https://wa.me/60147351454
๐Ÿ“žUstaz Naimi https://wa.me/60137147040

๐Ÿ“ข Untuk kemaskini bayaran & perkembangan infaq madrasah:
๐Ÿ‘‰ Group Tahfiz Kasturi & STDM
https://chat.whatsapp.com/KS9RPY4u1MH2EZMjLHp0Gd?mode=wwt

๐Ÿš— Lokasi: Waze / Google Map Maahad Tahfiz Al-Quran Amirul Hafiz
Google Map : https://maps.app.goo.gl/T1NswLD8YCsp4BBG8?g_st=ac

Waze : https://waze.com/ul/hw2825exex

โœจ Setiap sumbangan, walau sekecil mana, amat bermakna buat kelangsungan perjalanan madrasah dan menjadi saham akhirat yang berkekalan. ๐ŸŒฟ

Semoga setiap sumbangan menjadi sumber pahala dan keberkatan yang berterusan. ๐Ÿคฒ

20/01/2026

9 November 2025

Alhamdulillah
Tengah hari ini para pelajar madrasah dijamu dengan nasi berlauk ayam masak lemak, sayur, air kotak soya dan aiskrim potong sebagai pencuci mulut ๐Ÿฆ

Hidangan disumbangkan oleh insan budiman yang menghulur dengan penuh kasih sayang.

Semoga Allah limpahkan rezeki yang luas, diberi kesihatan dan keberkatan yang berpanjangan buat para penyumbang. ๐Ÿคฒ

Ingin sama-sama berkongsi rezeki?
๐Ÿ’ณ CIMB Bank โ€“ 8606 3394 31

๐Ÿ“ค Slip bayaran boleh dihantar ke:
๐Ÿ“žUstaz Fadhil ( Mudir ) https://wa.me/60167246938
๐Ÿ“žUstaz Fikri https://wa.me/60147351454
๐Ÿ“žUstaz Naimi https://wa.me/60137147040

๐Ÿ“ข Untuk kemaskini bayaran & perkembangan infaq madrasah:
๐Ÿ‘‰ Group Sahabat Tahfiz Kasturi bersama STDM https://chat.whatsapp.com/KS9RPY4u1MH2EZMjLHp0Gd?mode=wwt

๐Ÿš— Lokasi: Waze / Google Map Maahad Tahfiz Al-Quran Amirul Hafiz
Google Map : https://maps.app.goo.gl/T1NswLD8YCsp4BBG8?g_st=ac

Waze : https://waze.com/ul/hw2825exex

โœจ Setiap sumbangan, walau sekecil mana, amat bermakna buat kelangsungan perjalanan madrasah dan menjadi saham akhirat yang berkekalan. ๐ŸŒฟ

Semoga setiap sumbangan menjadi sumber pahala dan keberkatan yang berterusan. ๐Ÿคฒ

19/01/2026

Sepanjang minggu, pelajar kita tekun mengaji dari Isnin sampai pagi Sabtu ๐Ÿ“–โœจ
Hujung minggu tiba, lepas Zohor Sabtu sampai Asar Ahad, masa untuk recharge!

Petang tadi, futsal jadi pilihan. Gol, larian, ketawa, teamwork dan semangat kawan-kawan! โšฝ๐Ÿ˜„
Aktiviti macam ni bantu mereka seimbang belajar & riadah, sihat dari fizikal sampai hati ๐Ÿ’›

Sumbangan boleh disalurkan melalui:

๐Ÿ’ณ Akaun: Maahad Tahfiz Al-Quran Amirul Hafiz
๐Ÿฆ CIMB Bank โ€” 8606 3394 31

๐Ÿ“ค Slip bayaran boleh dihantar ke:
๐Ÿ“žUstaz Fadhil ( Mudir ) https://wa.me/60167246938
๐Ÿ“žUstaz Fikri https://wa.me/60147351454
๐Ÿ“žUstaz Naimi https://wa.me/60137147040

๐Ÿš— Lokasi: Waze / Google Map Maahad Tahfiz Al-Quran Amirul Hafiz
Google Map : https://maps.app.goo.gl/T1NswLD8YCsp4BBG8?g_st=ac

Waze : https://waze.com/ul/hw2825exex

โœจ Setiap sumbangan, walau sekecil mana, amat bermakna buat kelangsungan perjalanan madrasah dan menjadi saham akhirat yang berkekalan. ๐ŸŒฟ

Semoga setiap sumbangan menjadi sumber pahala dan keberkatan yang berterusan. ๐Ÿคฒ

Address

No. 5, Jalan Kasturi 4, Kasturi Heights
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 09:00 - 11:30
14:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 11:30
14:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 11:30
14:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 11:30
14:00 - 16:30
Friday 09:00 - 11:00
15:00 - 16:30
Saturday 09:00 - 11:00

Telephone

+60147351454

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al-Quran Amirul Hafiz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Al-Quran Amirul Hafiz:

Shortcuts

Share