Pusat Kecemerlangan Pengajian Islam Baitul Huda, Nilai N9

Pusat Kecemerlangan Pengajian Islam Baitul Huda, Nilai N9 Pusat Kecemerlangan Islam Baitul Huda menumpukan sistem pengajian Islam bertalaqqi merangkumi ilmu aqidah, fiqh dan tasawwuf

insyaAllāh malam ini sambungan kitab istimewa sempena bulan mawlidurrasūl
01/09/2026

insyaAllāh malam ini sambungan kitab istimewa sempena bulan mawlidurrasūl

28/08/2026

Update pemasangan sistem keselamatan bomba
ππ„πŒπ€π’π€ππ†π€π ππˆπ‹πˆπŠ π‡πŽπ’π„ 𝐑𝐄𝐄𝐋 ππ”πŒπ

teruskan berinfaq kerana Allah

25 OGOS 2026 I SELASA π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π–π‹πˆπƒπ”π‘π‘π€π’π”π‹ ο·Ί  Bagaimana mungkin kita tidak mencintai Nabi Muhammad ο·Ί, sedangkan melalu...
26/08/2026

25 OGOS 2026 I SELASA
π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π–π‹πˆπƒπ”π‘π‘π€π’π”π‹ ο·Ί

Bagaimana mungkin kita tidak mencintai Nabi Muhammad ο·Ί,
sedangkan melalui Baginda kita mengenal Islam, mengenal Tuhan yang kita sembah?

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Masjid Abu al-Darda Nilai Impian atas membuka ruang kerjasama untuk menganjurkan majlis yang sangat baik ini

Semoga Allāh kurniakan kita mimpi baginda Nabiy dalam mimpi pada rupa parasnya yang asli

Hari ini Ψ₯Ω† Ψ΄Ψ§Ψ‘ Ψ§Ω„Ω„Ω‡
25/08/2026

Hari ini Ψ₯Ω† Ψ΄Ψ§Ψ‘ Ψ§Ω„Ω„Ω‡

Tatkala Sayyidina ΚΏUmar رآي Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨΉΩ†Ω‡ memeluk agama Islam, umat Islam menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan atas nikmat ...
24/08/2026

Tatkala Sayyidina ΚΏUmar رآي Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨΉΩ†Ω‡ memeluk agama Islam, umat Islam menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan atas nikmat keislaman ΚΏUmar dengan keluar dan berarak di sekitar Makkah al-Mukarramah.

Jika nikmat keislaman Sayyidina ΚΏUmar رآي Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨΉΩ†Ω‡ diraikan dengan penuh kegembiraan, bagaimana p**a dengan nikmat yang jauh lebih besar iaitu nikmat pengutusan Sayyidina Muhammad ο·Ί, seafdhal-afdhal ciptaan Allah, yang menjadi sebab kita pada hari ini dapat mengecapi nikmat Islam dan iman?

Tahniah dan syabas kepada pihak Masjid Klana petra atas penganjuran program yang penuh makna ini.

Tidaklah sambutan Mawlidur Rasul ο·Ί menghimpunkan umat Islam, melainkan untuk mentaati Allāh Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ dan menzahirka...
23/08/2026

Tidaklah sambutan Mawlidur Rasul ο·Ί menghimpunkan umat Islam, melainkan untuk mentaati Allāh Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ dan menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah ο·Ί.

Pada Sabtu, 23 Ogos 2026, Baitul Huda berkesempatan menyertai Grand Mawlid anjuran Baitussaadah Education Group yang berlangsung di Dewan Sri KDU, Kota Damansara.

Majlis yang sarat dengan kebaikan ini bukan sekadar menghimpunkan umat Islam, bahkan menjadi ruang untuk menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah ο·Ί, menghidupkan hati dengan mengingati Baginda, serta menguatkan semangat untuk mengikuti ajaran dan sunnahnya.

Semoga majlis-majlis seperti ini terus menjadi sebab hati kita semakin mencintai dengan Rasulullah ο·Ί dan semakin teguh dalam mentaati Allāh Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰.

7 π‘―π’‚π’“π’Š π’Žπ’†π’π’–π’π’•π’–π’• π‘°π’π’Žπ’–, π‘»π’†π’“π’–π’Œπ’Šπ’“ π‘²π’†π’π’‚π’π’ˆπ’‚π’  🌼Tujuh hari berkampung di Baitul Huda akhirnya sampai ke penghujung. Tujuh hari ...
22/08/2026

7 π‘―π’‚π’“π’Š π’Žπ’†π’π’–π’π’•π’–π’• π‘°π’π’Žπ’–, π‘»π’†π’“π’–π’Œπ’Šπ’“ π‘²π’†π’π’‚π’π’ˆπ’‚π’ 🌼

Tujuh hari berkampung di Baitul Huda akhirnya sampai ke penghujung. Tujuh hari yang mungkin singkat pada kiraan masa, tetapi sarat dengan ilmu, kebersamaan, pengalaman dan kenangan yang insya-Allah akan terus dikenang.

Daripada duduk bersama menelaah kitab, makan bersama, hingga meluangkan masa dalam suasana penuh ukhuwah β€” semuanya menjadi sebahagian daripada perjalanan yang begitu bermakna.

Hari ini, peserta Pondok Cuti Universiti menamatkan pengajian. Mereka p**ang membawa ilmu yang dipelajari, tetapi semoga turut membawa p**ang kenangan indah tentang tujuh hari yang telah dilalui bersama.

Semoga setiap masa yang ditempuh di Baitul Huda menjadi masa yang bermanfaat, setiap ilmu menjadi amal, dan setiap pertemuan menjadi asbab kepada pertemuan-pertemuan yang lebih baik pada masa akan datang.

Tujuh hari berlalu, kenangan kekal.
Ilmu dipelajari, ukhuwah terbina.
Semoga langkah selepas ini terus dipandu keberkatan.

Alhamdulillah atas tujuh hari yang penuh makna. 🀍

πŸŒ™ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π–π‹πˆπƒπ”π‘π‘π€π’π”π‹ ο·Ί πŸŒ™ Dengan penuh sukacita, Baitul Huda bersama Masjid Abu Darda, Nilai Impian berganding...
21/08/2026

πŸŒ™ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π–π‹πˆπƒπ”π‘π‘π€π’π”π‹ ο·Ί πŸŒ™

Dengan penuh sukacita, Baitul Huda bersama Masjid Abu Darda, Nilai Impian berganding bahu menjayakan Majlis Sambutan Mawlidurrasul ο·Ί.

Ayuh kita bersama-sama menghidupkan kecintaan kepada Rasulullah ο·Ί melalui ceramah, selawat dan solat berjemaah.

πŸŽ™οΈ Bersama:
Prof. Dr. Sheikh Omar Kalash Al-Husayni
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Pengantarabangsaan)
Innovative University College (IUC)

πŸ“… 25 Ogos 2026 | Selasa
πŸ•‘ 6.30 petang – 10.30 malam
πŸ“ Masjid Abu Darda, Nilai Impian

🀝 Anjuran bersama:
Baitul Huda Γ— Masjid Abu Darda, Nilai Impian

Semoga kerjasama ini menjadi wadah menyemarakkan syiar Islam dan menyuburkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί.

Jom hadir bersama keluarga dan sahabat.
Moh ke masjid, hidupkan selawat, suburkan cinta kepada Rasulullah ο·Ί.

𝗔𝗛𝗔𝗗 π—œπ—‘π—œπ—”π—›π—”π—— π—œπ—‘π—œπ—”π—›π—”π—— π—œπ—‘π—œπŸ“– 𝐃𝐀𝐖𝐑𝐀𝐇 πˆπ‹πŒπˆπ€π‡ ππ„ππ†π‡π€π˜π€π“π€π 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐋-π…π€π“πˆπ‡π€π‡π“π€πƒπ€πππ”π‘ & π“π€π‡π’πˆπSurah al-Fatihah kita baca setiap h...
14/08/2026

𝗔𝗛𝗔𝗗 π—œπ—‘π—œ
𝗔𝗛𝗔𝗗 π—œπ—‘π—œ
𝗔𝗛𝗔𝗗 π—œπ—‘π—œ

πŸ“– 𝐃𝐀𝐖𝐑𝐀𝐇 πˆπ‹πŒπˆπ€π‡ ππ„ππ†π‡π€π˜π€π“π€π 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐋-π…π€π“πˆπ‡π€π‡

𝐓𝐀𝐃𝐀𝐁𝐁𝐔𝐑 & π“π€π‡π’πˆπ

Surah al-Fatihah kita baca setiap hari, bahkan berulang kali dalam solat. Namun, sejauh mana kita memahami makna setiap ayat dan memastikan bacaannya benar?

Jom luangkan masa untuk mendalami Surah al-Fatihah melalui tadabbur ayat demi ayat serta pembetulan bacaan secara berguru.

πŸŽ™οΈ Bersama:
β€’ Ustaz Hilmi bin Zakaria
β€’ Ustaz Mohammad Syafiq bin Amad Sahimi

πŸ“… 16 Ogos 2026 | Ahad
⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Masjid Al-Syakirin, Labu Lanjut
πŸ’° Yuran: RM30

Antara yang akan dipelajari:

▫️ Memahami setiap ayat Surah al-Fatihah agar hati lebih khusyuk
▫️ Mengupas syarahan tafsir menurut neraca mufassir yang mu'tabar
▫️ Mendedahkan kesalahan bacaan yang membawa kepada tidak sah solat
▫️ Memperdengarkan bacaan al-Fatihah kepada guru yang mahir dan berpengalaman

Yuran akan disalurkan kepada kos pemasangan sistem keselamatan bomba di Madrasah Baitul Huda, Nilai, N.9.

πŸ“² Pendaftaran:
Scan QR pada poster atau hubungi pihak penganjur untuk maklumat lanjut.

β€œSebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”
β€” Riwayat al-Bukhari

12/08/2026

Address

PT 12891 (G Floor), Jalan BBN
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 23:00
Wednesday 09:00 - 23:00
Thursday 09:00 - 23:00
Friday 09:00 - 23:00
Saturday 10:00 - 23:00
Sunday 10:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kecemerlangan Pengajian Islam Baitul Huda, Nilai N9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Kecemerlangan Pengajian Islam Baitul Huda, Nilai N9:

Shortcuts

Share