Madal Hayah - GOAL ITQAN

Madal Hayah - GOAL ITQAN Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan LMS untuk berkomunikasi melalui aplikasi forum atau chat.

Pengajian Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh) merupakan Program Sepanjanag Hayat (PSH) kluster formal yang menawarkan ijazah penuh melalui kaedah pembelajaran dan pengajaran teradun. Program ini secara holistik telah disesuaikan dengan keperluan pembelajaran dan pengajaran fleksibel, yang mana pelajar hanya perlu hadir tiga kali setiap tahun pengajian iaitu se

masa pendaftaran, minggu intensif dan minggu peperiksaan. Proses pembelajaran dan pengajaran akan berjalan secara teradun melalui sistem pembelajaran atas talian (LMS), dan sesi tutorial atas talian yang akan menggantikan kelas bersemuka, bagi membolehkan pelajar berkomunikasi secara terus dengan tenaga pengajar. Pembelajaran berdepan juga berlaku semasa minggu intensif di mana pelajar akan hadir ke kampus, dan akan menghadiri kelas bersemuka mengikut jadual ditetapkan. Pada waktu ini juga pelajar akan dapat bertemu dengan rakan sepengajian dan berbincang dengan lebih terperinci tentang pengajian mereka. Modul pembelajaran juga direka oleh pakar pendidikan jarak jauh mengambil kira pedagogi pendidikan fleksibel agar sesuai dengan kaedah pembelajaran kendiri. Tempoh pengajian juga dipanjangkan kepada satu tahun berbanding 14 minggu konvensional bagi membolehkan para pelajar mengulang kaji dalam masa yang mencukupi. Program Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh USIM di kendalikan oleh Bahagian Madal Hayah, Pusat Pembelajaran Akses Terbuka, Teknologi Imersif dan Jaminan Kualiti (GOAL-ITQAN) yang telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat JKPU USIM Bil.21/2016 bertarikh 19 Julai 2016. Bahagian ini secara rasmi akan menguruskan program Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) yang dibahagikan kepada tiga kluster utama iaitu program formal, bukan formal dan tidak formal.

19 June 2019 - The final session of USIM Online Distance Learning (ODL) is held via video conference by using BigBlueBut...
19/06/2019

19 June 2019 - The final session of USIM Online Distance Learning (ODL) is held via video conference by using BigBlueButton apps.

Don't miss out!! Open to all IPT female students.Nominate yourself or your friends at http://bit.do/cemca18 now. Nominat...
12/06/2019

Don't miss out!! Open to all IPT female students.

Nominate yourself or your friends at http://bit.do/cemca18 now. Nomination closed at June 25th 2019.

ANDA HEBAT?πŸ‘πŸ‘πŸ‘ANDA ADALAH TERBAIK ANTARA YANG TERBAIK?πŸ‘πŸ‘πŸ‘CEMCA BEST FEMALE AWARD 2018 adalah tempat yang anda cari !! Se...
12/06/2019

ANDA HEBAT?
πŸ‘πŸ‘πŸ‘
ANDA ADALAH TERBAIK ANTARA YANG TERBAIK?
πŸ‘πŸ‘πŸ‘
CEMCA BEST FEMALE AWARD 2018 adalah tempat yang anda cari !! Sebagai ganjaran pada diri anda yang sudah bersusah-susah dahulu πŸ˜‰
Pemenang anugerah CEMCA akan mendapat sejumlah wang sebanyak USD 600 !! 😲
Jadi, tunggu apa lagi?
MARI SERTAI DAN CALONKAN DIRI ANDA ATAU KAWAN-KAWAN ANDA PADA CEMCA BEST FEMALE AWARD 2018 !
Calonkan sekarang! Layari link di bawah:
http://bit.do/cemca18

17 Mei 2019 - Bahagian Madal Hayah, GOAL-ITQAN telah mengadakan lawatan penanda aras Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ...
17/05/2019

17 Mei 2019 - Bahagian Madal Hayah, GOAL-ITQAN telah mengadakan lawatan penanda aras Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ke UMCCeD

Assamualaikum.Mohon kerjasama semua pihak untuk mengisi borang survey ini: https://forms.gle/xzj1ZaX6wj3U6Z489Kajian sur...
10/05/2019

Assamualaikum.

Mohon kerjasama semua pihak untuk mengisi borang survey ini: https://forms.gle/xzj1ZaX6wj3U6Z489

Kajian survey dilakukan adalah bagi mendapatkan input daripada pihak Tuan/ Puan dalam merealisasikan perancangan pihak USIM khususnya dalam mencapai Pelan Strategik Universiti dan seterusnya mendukung hasrat Kerajaan sepertimana yg digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) bagi perancangan penawaran program / kursus pada semua peringkat yang bersifat Pembelajaran Sepanjang Hayat (Life Long Learning), samada di peringkat Sarjana, Sarjana Muda, Diploma Lanjutan, dan Sijil yang akan dijalankan secara mod fleksibel.

Kerjasama Tuan/Puan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sila tandakan jawapan yang berkaitan.

Kajian survey dilakukan adalah bagi mendapatkan input daripada pihak Tuan/ Puan dalam merealisasikan perancangan pihak USIM khususnya dalam mencapai Pelan Strategik Universiti dan seterusnya mendukung hasrat Kerajaan sepertimana yg digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025....

10 MEI 2019 - Perbincangan ringkas bersama East Asia Global (EAG) telah diadakan untuk menjalinkan program kerjasama ant...
10/05/2019

10 MEI 2019 - Perbincangan ringkas bersama East Asia Global (EAG) telah diadakan untuk menjalinkan program kerjasama antara USIM dan EAG di bawah program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

16 MAC 2019 - Sesi kelas pengajian Diploma Siswazah Pengajian Islam (DiSPI) bagi batch 2017-2019 (batch pertama) telah p...
18/03/2019

16 MAC 2019 - Sesi kelas pengajian Diploma Siswazah Pengajian Islam (DiSPI) bagi batch 2017-2019 (batch pertama) telah pun berakhir pada Sabtu lepas. Program DiSPI ini telah dijalankan selama 2 tahun (4 semester) yang mana bermula pada Julai 2017. Program ini dijalankan bersama Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) USIM.

Jutaan terima kasih buat pelajar-pelajar yang menyertai program DiSPI ini dan tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada para pensyarah yang sudi mengongsikan ilmu-ilmu Pengajian Islam.

Program DiSPI ini akan diteruskan dengan pengambilan baru pada masa akan datang. Marilah sertainya!

Daulat Tuanku
31/01/2019

Daulat Tuanku

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Daulat Tuanku. Sekadar perkongsian, DYMM Seri Paduka Baginda semasa menjadi Tengku Mahkota Pahang pernah berangkat ke DKU FPQS pada 2012. Tuanku berangkat bagi melancarkan buku biografi mantan Naib Canselor pertama USIM, Prof Emer TS Dato Dr Abdul Shukor Hj Husin yang bertajuk 'Dari Sungai Pahang ke Sungai Nil : Menongkah Arus Meneraju Menara Gading'.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Nurkhamimi Zainuddin atas jasa dan bakti sebagai Timbalan Pengarah Bahagi...
03/01/2019

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Nurkhamimi Zainuddin atas jasa dan bakti sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Madal Hayah, GOAL-ITQAN dari tahun 2016 hingga 2018.

Segala ilmu dan pengalaman yang diberikan oleh beliau kepada kami, staf-staf Madal Hayah, amat kami hargai.

Selamat maju jaya buat Dr. Nurkhamimi dan semoga lebih cemerlang di FPBU.

Address

Universiti Sains Islam
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067986603

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madal Hayah - GOAL ITQAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madal Hayah - GOAL ITQAN:

Shortcuts

Share

Category