DIMAC USIM

DIMAC USIM Dakwah and Islamic Management Committee (DIMAC),
Faculty of Leadership and Management (FKP),
USIM. Welcome to DIMAC
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bismillahirahmanirrahim....

DIMAC ADALAH SEBUAH GROUP PERKONGSIAN SEPUTAR MASALAH SESAMA KITA, BUKAN FORUM DEBAT,DIHARAP AGAR KIRANYA ANGGOTA MENJAGA RASA UKHUWAH YANG DALAM SESAMA ANGGOTA LAINNYA. JIKA ADA POST, LINK ATAU KOMEN YANG TIDAK BERKENANG DIHATI ANGGOTA SILAHKAN KOMEN DENGAN BAHASA ATAU KATA-KATA YANG LEBIH BAIK DAN ILMIAH. FORUM INI TEMPAT BERKONGSI ILMU DAN SEKALIGUS MEMPERERATKAN LA

GI SILATUHRAHMI ANTARA KITA SEMUA DAN SESAMA MUSLIM. OBJEKTIF DIMAC ADALAH BERKAITAN DENGAN DAKWAH

Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim - yakni menghentikan kezalimannya - serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan - membencikan - hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati - mengutuk - engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka - Bani Israil.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam ‘Abu Dawud.

|LIVE BICARA SISWI, HIJABIST FASHION WITH BRAIN|Ayuh mahasiswi usim dengarkan panel hebat kita Ustazah Fatimah syarha 😘 ...
05/10/2018

|LIVE BICARA SISWI, HIJABIST FASHION WITH BRAIN|
Ayuh mahasiswi usim dengarkan panel hebat kita Ustazah Fatimah syarha 😘
.0

07/05/2016

Kata Dr. Yusuf Al-Qardhawi :

"Masa adalah sesuatu yang pantas perjalanannya. Sekiranya ia sudah berlalu, ia tidak mungkin kembali. Masa juga tidak dapat diganti. Kerana itu, masa adalah milik insan yang paling berharga.."
-Petikan karya beliau ; Masa dalam kehidupan Muslim.

LAJNAH DA'WAH DAN KEROHANIAN
DAKWAH AND ISLAMIC MANAGEMET COMMITTEE (DIMAC)

Memperkenalkan barisan MT dan Exco DIMAC bagi sesi 2015/2016
26/04/2016

Memperkenalkan barisan MT dan Exco DIMAC bagi sesi 2015/2016

02/09/2015

Alhamdulillah. Tahniah kepada adik2 Tahun 1 yang melangkah masuk ke USIM. Di Bumi USIM ini, carilah ilmu, carilah pengalaman, asah bakat, kenali potensi diri, sahut cabaran. Carilah kerana tuntut ilmu adalah kewajipan kita. Carilah kerana Allah, redha Allah. Pilihlah jalan yang menguntungkan anda di masa hadapan, bukan jalan yang salah. Allah sentiasa ada. Allah itu ada.

Bagi sesiapa adik2 yang terpilih untul belajar Kos
Dakwah dan Pengurusan Islam, tahniah. Anda membuat pilihan yang baik. Kos ini memang menarik, subjek2 yang best, banyak anda boleh belajar, pensyarahnya p**a cukup pengalaman dan berkaliber seolah2 belajar di Negara Asia Timur.

Dengan ini, saya, Muhamad Afiq Zharif Abd Aziz, senior Kos Dakwah dan Pengurusan Islam mengucapkan selamat datang dan anda telah menjadi ahli Dakwah and Islamic Management Committee

Alhamdulillah. Pilihanraya Pmfkp Usim, kini kembali. Ayuh, rakan2 fkp, terutamanya Dimacfkp Usim, Perkama Usim, Transcom...
22/11/2014

Alhamdulillah. Pilihanraya Pmfkp Usim, kini kembali. Ayuh, rakan2 fkp, terutamanya Dimacfkp Usim, Perkama Usim, Transcomm dan Perwadah, mengundi. Calon2 ini antara yang berkaliber, pernah kerjasama dengan mereka, junior2 yg awesome, berbakat besar, dan gerak kerja mereka tidak mengecewakan terutamanya calon2 dri DIMAC, atas didikan dan dorongan, calon2 ini tampil kehadapan untuk bertanding. VOTE4THEM!!!!

Alhamdulillah. Pilihanraya Pmfkp Usim, kembali lagi. Kini, dua Mantan DIMAC, Mantan Lajnah Multimedia dan Lajnah Akademi...
21/11/2014

Alhamdulillah. Pilihanraya Pmfkp Usim, kembali lagi. Kini, dua Mantan DIMAC, Mantan Lajnah Multimedia dan Lajnah Akademik dan Kepimpinan, bertanding kerusi EXCO PMFKP, hasil didikan dari Dimacfkp Usim, mereka tampil bertanding. Undilah mereka ini, ternyata, sungguh berbakat dua adik junior ini

18/11/2014

Assalamu'alaikum
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah. Selama dua tahun dalam DIMAC(sesi 2012/2013 & sesi 2013/2014), akhirnya, telah ditamatkan pemerintahan. Pada malam tadi, telah berlangsung Majlis Syura DIMAC, untuk membantu membentuk pembentukan ahli DIMAC 2014/2015, Alhamdulillah, keputusan telah dicapai, jadi, kami, Mantan DIMAC 2013/2014, menunggu barisan DIMAC 2014/2015. Harap dapat musyawarah dengan baik. Ini merupakan post saya yang terakhir sekali. Harap adik2 DIMAC berjuang dalam jalan dakwah ini, kerana Allah S.W.T. Majulah DIMAC untuk FKP dan USIM
Muhamad Afiq Zharif Abd Aziz
Mantan DIMAC 2013/2014
Pelajar Dakwah & Pengurusan Islam Tahun 4

Tunaikan tanggungjawab anda!!!!!
16/11/2014

Tunaikan tanggungjawab anda!!!!!

13/11/2014

Assalammualaikum
Akhirnya teka-teki siapakah yang akan menjadi Saf Kepimpinan DIMAC sesi 2014/2015 telah pun terjawab. In sha Allah, selepas Syura, kami akan keluarkan barisan Saf Kepimpinan DIMAC secara official. Tamat sudah perjuangan aku di dalam DIMAC, namun perjuangan lain masih diteruskan dalam medan yang berbeza dan lebih mencabar. Dan kini, dek kerana perjuangan masih diteruskan, aku telah di lantik menjadi Setiausaha Pilihanraya FKP, untuk menguruskan Pilihanraya untuk FKP.

12/11/2014

Assalamu'alaikum
Berakhir sudah pengundian calon MPP tahun 2014/2015..Maka tibalah juga masa utk DIMAC menukar barisan pimpinan yg telah dibubarkan secara rasminya beberapa minggu lepas..
Satu pengundian akan dilakukan bg seluruh mahasiswa/i Dakwah & Pengurusan Islam utk memilih barisan pimpinan DIMAC yg baru utk sesi 2014/2015..
Pengundian insyaAllah akan diadakan pada hari Khamis ini dri pukul 8 pg hingga 5 ptg bertempat di foyer FKP..

10/11/2014

Setelah beberapa hari berkempen, kini, pintu mengundi telah dibuka kepada semua mahasiswa/i USIM. Kepada pengundi FKP khususnya Pelajar Dakwah dan Pengurusan Islam, ayuh! Penuhi dkp4 untuk membuktikan bahawa kita cakna dan ingin tahu terhadap pilihanraya pada kali ini. Saya, sebagai pelajar tahun akhir, mahukan sesuatu dari MPP yang baru. Muhamad Afiq Zharif Abd Aziz
Pelajar Tahun 4
Dakwah dan Pengurusan Islam
Mantan Timbalan Presiden DIMAC

Address

Universiti Sains Islam Malaysia
Nilai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DIMAC USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to DIMAC USIM:

Shortcuts

Share

Category