Permata Insan

Directions Website

Permata Insan Kolej PERMATA Insan
Layari laman Web Rasmi kami: http://permatainsan.usim.edu.my/

Definisi Genius Insan :
Individu yang Abqari berkebolehan tinggi memahami, mentafsir, menghafaz dan mengaplikasi al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan serta mampu membangunkan tradisi keilmuan Islam dan mencetuskan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهBEST WISHES TO SYNERGENZ 2026The Badan Muafakat, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Kole...
16/10/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

BEST WISHES TO SYNERGENZ 2026

The Badan Muafakat, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Kolej PERMATA Insan, USIM extends our sincere best wishes and prayers to all PERMATA Insan students sitting for the SPM 2026 written examinations, commencing 16 November 2026.

As you embark on this important chapter, may you approach every examination with confidence, focus and determination. May Allah SWT grant you good health, peace of mind, clarity of thought and wisdom in answering every question.

Your dedication, perseverance and hard work have brought you this far. Give your very best, trust in your preparation, and place your faith in Allah SWT.

We are proud of each and every one of you, and our prayers will always accompany you.

May Allah SWT ease your journey, bless your efforts and grant you success beyond your expectations.

All the very best, anak-anak PERMATA Insan.
مَنْ جَدَّ وَجَدَ
"Whoever strives (is earnest), finds (succeeds.)"

Stay focused. Stay determined. Give your best.
Insha’Allah, excellence will be yours.
امين يا رب العالمين




12/10/2026
🇲🇾 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗜𝗗𝗜𝗞 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗜𝗡𝗦𝗔𝗡, 𝗨𝗦𝗜𝗠 𝗥𝗔𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗠𝗢𝗦𝗖𝗢𝗪, 𝗥𝗨𝗦𝗜𝗔! 🇷🇺𝗠𝗢𝗦𝗖𝗢𝗪, 𝟭𝟭 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲– 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗜𝗻...
12/10/2026

🇲🇾 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗜𝗗𝗜𝗞 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗜𝗡𝗦𝗔𝗡, 𝗨𝗦𝗜𝗠 𝗥𝗔𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗠𝗢𝗦𝗖𝗢𝗪, 𝗥𝗨𝗦𝗜𝗔! 🇷🇺

𝗠𝗢𝗦𝗖𝗢𝗪, 𝟭𝟭 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲– 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗜𝗻𝘀𝗮𝗻, 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗦𝗮𝗶𝗻𝘀 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗨𝗦𝗜𝗠) mengharumkan nama Malaysia apabila meraih 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗚𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 (𝗕𝗿𝗼𝗻𝘇𝗲 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗱) dalam pertandingan 𝗫𝗩𝗜 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗙𝗮𝗶𝗿 𝗼𝗳 𝗦𝗰𝗶𝗲𝗻𝘁𝗶𝗳𝗶𝗰 𝗮𝗻𝗱 𝗧𝗲𝗰𝗵𝗻𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗪𝗼𝗿𝗸𝘀 𝗼𝗳 𝗛𝗶𝗴𝗵 𝗦𝗰𝗵𝗼𝗼𝗹 𝗦𝘁𝘂𝗱𝗲𝗻𝘁𝘀 “𝗦𝗰𝗶𝗲𝗻𝘁𝗶𝘀𝘁𝘀 𝗼𝗳 𝘁𝗵𝗲 𝗙𝘂𝘁𝘂𝗿𝗲 yang berlangsung pada 𝟵 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟭𝟭 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗱𝗶 𝗠𝗼𝘀𝗰𝗼𝘄, 𝗥𝘂𝘀𝗶𝗮.

Kejayaan membanggakan ini diraih menerusi penyelidikan berikut:

🥉 𝟭. 𝗦𝘆𝗮𝗳𝗶𝗾 𝗗𝗮𝗻𝗶𝗮𝗹 𝗦𝘆𝗮𝘇𝘄𝗮𝗻 𝗛𝗮𝘇𝗶𝗺𝗶𝗻

Tajuk Penyelidikan:

𝗗𝗲𝘃𝗲𝗹𝗼𝗽𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗼𝗳 𝗛𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹 𝗟𝗼𝘇𝗲𝗻𝗴𝗲𝘀 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝗣𝘂𝗰𝘂𝗸 𝗠𝗮𝘁𝗮 𝗜𝘁𝗶𝗸 (𝗔𝗿𝗱𝗶𝘀𝗶𝗮 𝗲𝗹𝗹𝗶𝗽𝘁𝗶𝗰𝗮) 𝗘𝘅𝘁𝗿𝗮𝗰𝘁 𝗮𝘀 𝗮 𝗡𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗹 𝗥𝗲𝗺𝗲𝗱𝘆 𝗳𝗼𝗿 𝗖𝗼𝘂𝗴𝗵 𝗥𝗲𝗹𝗶𝗲𝗳

Pencapaian: 𝗕𝗿𝗼𝗻𝘇𝗲 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗱

🥉 𝟮. 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗶 𝗡𝘂𝗿 𝗛𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗡𝗼𝗿𝘀𝗮𝘇𝘇𝗮𝗹𝗹𝘆

Tajuk Penyelidikan:

𝗔𝗻𝗮𝗹𝘆𝘀𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗵𝗲 𝗔𝗰𝘁𝗶𝘃𝗲 𝗖𝗼𝗺𝗽𝗼𝘂𝗻𝗱𝘀 𝗮𝗻𝗱 𝗔𝗻𝘁𝗶𝗺𝗶𝗰𝗿𝗼𝗯𝗶𝗮𝗹 𝗣𝗿𝗼𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶𝗲𝘀 𝗼𝗳 𝗕𝗿𝘂𝗰𝗲𝗮 𝗷𝗮𝘃𝗮𝗻𝗶𝗰𝗮, 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗿𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀 𝗶𝗻𝗱𝗶𝗰𝗮, 𝗮𝗻𝗱 𝗕𝘂𝗿𝗻𝘁 𝗖𝗼𝗰𝗼𝗻𝘂𝘁 𝗛𝘂𝘀𝗸 𝗠𝗶𝘅𝘁𝘂𝗿𝗲 𝗳𝗼𝗿 𝗦𝗼𝗮𝗽 𝗣𝗿𝗼𝗱𝘂𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻

Pencapaian:

𝗕𝗿𝗼𝗻𝘇𝗲 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗱
𝗦𝗽𝗲𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗱 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝗝𝘂𝗿𝘆 (𝟮𝗻𝗱 𝗗𝗲𝗴𝗿𝗲𝗲 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗱)

Lebih membanggakan, pertandingan ini menerima kira-kira 4,000 permohonan, dengan hanya sekitar 400 peserta terpilih untuk bertanding. Persaingan yang sengit dan standard penyelidikan yang tinggi menjadikan pencapaian ini satu kebanggaan buat Malaysia!

Kejayaan ini mencerminkan potensi dan keupayaan pelajar Kolej PERMATA Insan, USIM berupaya menghasilkan penyelidikan saintifik dan inovasi yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid atas pencapaian cemerlang ini! Semoga kejayaan di pentas antarabangsa ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam bidang penyelidikan dan inovasi, sekali gus melahirkan generasi pelajar pintar dan berbakat Muslim yang menyumbang kepada kesejahteraan ummah.

𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗜𝗻𝘀𝗮𝗻, 𝗨𝗦𝗜𝗠 - 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗻𝗮 𝗖𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸𝗶𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺! 🇲🇾🏆

#


HAFLAH QUDWATUL QURAN INSAN (HAQQI) 2026Tahniah dan syabas kepada 96 orang penerima Anugerah HAQQI 2026 yang berjaya men...
10/10/2026

HAFLAH QUDWATUL QURAN INSAN (HAQQI) 2026

Tahniah dan syabas kepada 96 orang penerima Anugerah HAQQI 2026 yang berjaya menamatkan sukatan hafazan Al-Quran sebanyak 10 juzuk secara tematik melalui Modul Pendidikan Al-Quran untuk Murid Pintar Berbakat, Kolej PERMATA Insan.

Majlis yang berlangsung pada 9 Oktober 2026 (Jumaat) di Dewan Serbaguna, Kolej PERMATA Insan ini turut melakar satu pencapaian istimewa apabila murid Asas 2 buat julung kalinya berjaya menamatkan sukatan hafazan tematik sebanyak 10 juzuk.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mencintai dan menghayati Al-Quran, seterusnya melahirkan generasi Muslim pintar berbakat yang cemerlang dalam ilmu, akhlak dan amal.




MAJLIS GRADUASI CALON SPM 2026Alhamdulillah, Majlis Graduasi bagi calon SPM 2026 telah berlangsung dengan penuh bermakna...
10/10/2026

MAJLIS GRADUASI CALON SPM 2026

Alhamdulillah, Majlis Graduasi bagi calon SPM 2026 telah berlangsung dengan penuh bermakna pada 9 Oktober 2026 (Jumaat) di Kolej PERMATA Insan.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr. Nor Suhara Binti Fadzil, Setiausaha Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Majlis ini meraikan 71 orang pelajar Synergenz 2026, yang terdiri daripada 34 orang pelajar lelaki dan 37 orang pelajar perempuan. Daripada jumlah tersebut, 55 orang merupakan pelajar Tahap 2, manakala 16 orang merupakan pelajar Pecutan.

Walaupun majlis graduasi ini menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan mereka di Kolej PERMATA Insan, perjalanan mereka sebagai calon SPM 2026 masih belum berakhir. Para pelajar bakal menghadapi satu lagi cabaran besar iaitu SPM 2026 sebelum melangkah ke alam pengajian tinggi dan seterusnya mengejar impian masing-masing.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai yang diperoleh sepanjang berada di Kolej PERMATA Insan menjadi bekalan untuk mereka melangkah dengan lebih yakin.

Good luck, Synergenz 2026

May you face your SPM journey with confidence, determination and tawakkul. Do your very best, believe in yourselves, and may Allah ease every step of your journey and bless you with excellent results.

Tahniah dan selamat maju jaya untuk SPM 2026.




Assalamualaikum w.b.tWAKIL KOLEJ PERMATA INSAN KE FIPHO 2026Seluruh warga Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Ma...
08/10/2026

Assalamualaikum w.b.t

WAKIL KOLEJ PERMATA INSAN KE FIPHO 2026

Seluruh warga Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan penuh rasa bangga dan kesyukuran ingin mengumumkan penglibatan murid Kolej PERMATA Insan yang bakal mengalas cabaran negara di pentas antarabangsa bagi Al-Fergani International Physics Olympiad (FIPHO) 2026. Pertandingan berprestij ini bakal berlangsung di Samarkand, Uzbekistan pada 10 hingga 17 Oktober 2026.

Pertandingan ini turut disertai oleh enam (6) orang kontingen kebangsaan yang turut mewakili Malaysia.Semoga kejayaan cemerlang mengiringi langkah Kontinjen Malaysia dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang di persada dunia, sekali gus mengharumkan nama Kolej PERMATA Insan.

Peserta :
1. Nurzahra binti Zulkifli
2. Iman Haziq Bin Mohd Haris
3. Muhammad Danish Aidan Bin Muhamad Noorazizi

Pengiring / PIC:
1. Dr. Nor Raihan Zulkefly
2. ⁠Ts. Dr. Hatika Kaco




Assalamualaikum w.b.tSukacita dimaklumkan bahawa Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berja...
07/10/2026

Assalamualaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menganjurkan Program Kem Kepimpinan yang bertempat di Ulu Langat bermula dari 18 hingga 20 September 2026 yang lalu. Program intensif ini diadakan khusus bagi memperkasakan potensi diri, memupuk semangat kerja berpasukan, serta melahirkan barisan pelapis kepimpinan murid yang berintegriti, berdaya tahan, dan berwibawa tinggi sejajar dengan matlamat kecemerlangan holistik kolej.

Sepanjang tiga hari program berlangsung, para peserta telah diuji dan dibimbing menerusi pelbagai aktiviti mencabar fizikal serta mental, modul pengukuhan jati diri, dan slot pengisian kepimpinan strategik yang dikendalikan oleh barisan fasilitator berpengalaman. Pihak Kolej PERMATA Insan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak pengurusan, guru, fasilitator, dan ibu bapa di atas sokongan padu yang diberikan, dan didoakan agar segala ilmu serta pengalaman yang diraih di Ulu Langat ini menjadi cetusan semangat untuk murid-murid terus cemerlang memimpin masa depan.

📍 Ulu Langat
🗓️ 18 hingga 20 September 2026




🇲🇾 Tahniah dan selamat maju jaya buat delegasi Kolej PERMATA Insan yang bakal mewakili Malaysia dalam XVI International ...
07/10/2026

🇲🇾 Tahniah dan selamat maju jaya buat delegasi Kolej PERMATA Insan yang bakal mewakili Malaysia dalam XVI International Fair of Scientific and Technical Works of High School Students “Scientists of the Future” di Moscow, Rusia pada 9–11 Oktober 2026. 🔬🌍

Penyertaan di peringkat antarabangsa ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan peluang buat murid untuk membawa hasil penyelidikan serta nama Kolej PERMATA Insan dan Malaysia ke pentas dunia. 🏆

🔬 Penyelidikan-penyelidikan yang bakal dibentangkan:

• Muhammad Aqil Zaquan Mohd Zuliezamri - MYSEISMO: IoT Integration for IR 4.0-Based Earthquake and Environmental Hazard Monitoring System (Microbit Seismic and Meteorological Station)

• Syafiq Danial Syazwan Hazimin - Development of Herbal Lozenges from Pucuk Mata Itik (Ardisia elliptica) Extract as a Natural Remedy for Cough Relief

• Nik Nuramni Fathonah Nik Syaharuddin - Sustainable Production of 3D Printing Filament from Recycled PET Bottle Waste through Mechanical Recycling and Parameter Optimization

• Farisa Az Zahra Mohd Farahan - Biodegradation of Methylene Blue Dye using Perennipora subtephropora F4

• Putri Nur Hidayah Norsazzally - From Malay Manuscript to Soap Production

👨🏻‍🏫👩🏻‍🏫 Pengiring:

Dr. Liyana Amalina binti Adnan
Dr. Elangovan a/l Narayanan

Semoga dipermudah segala urusan dan semoga pulang dengan pengalaman serta kejayaan yang membanggakan. 🤲✨

All the best, PERMATA Insan! 🇲🇾❤️

Russia, here we come! 🇷🇺✈️




Assalamualaikum wbt, Kolej PERMATA Insan berbesar hati telah dilibatkan secara langsung bagi persediaan murid pada Kem P...
06/10/2026

Assalamualaikum wbt,

Kolej PERMATA Insan berbesar hati telah dilibatkan secara langsung bagi persediaan murid pada Kem Pra-Pelepasan Bagi Olimpiad Fizik Al-Ferghani, Uzbekistan.

Program ini telah dilaksanakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP), dan dianjurkan oleh Olimpiad Fizik Malaysia (OFM) melibatkan 3 orang murid Tahap 1 Kolej PERMATA Insan.

Sepanjang program ini, murid-murid yang terlibat didedahkan dengan persediaan menduduki ujian olimpiad, termasuk teori dan eksperimen.

Peserta :
1. Nurzahra binti Zulkifli
2. Iman Haziq Bin Mohd Haris
3. Muhammad Danish Aidan Bin Muhamad Noorazizi

Kolej PERMATA Insan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada OFM dan UTP atas peluang penglibatan ke program ini.

📍 Universiti Teknologi Petronas, Perak.
🗓️ 13 hingga 17 September 2026




Assalamualaikum w.b.tSukacita dimaklumkan bahawa Program Penyerahan Mock Cheque Sumbangan oleh Pelitawanis Tenaga Nasion...
05/10/2026

Assalamualaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Penyerahan Mock Cheque Sumbangan oleh Pelitawanis Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berlangsung dengan jayanya, yang dijayakan bersama oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM, serta Yang Berbahagia Datin Sri Sharifah Mohd Yusof, Yang Di-Pertua Pelitawanis TNB Kebangsaan, di samping disaksikan oleh Pengarah Kolej PERMATA Insan Dr. Mahiz Spawi, Pengerusi Pelitawanis TNB Cawangan Seremban Puan Nor Aniza binti Zakaria, Yang Di-Pertua Badan MUAFAKAT Ir. Ts. Hj. Mohd Khoushaini Mohd Naim, barisan kepimpinan Exco dan AJK Pelitawanis TNB Kebangsaan serta Cawangan, barisan pengurusan kolej, pensyarah-pensyarah, dan murid-murid Kolej PERMATA Insan.

Kolej PERMATA Insan berbesar hati di atas keprihatinan, dan sokongan daripada Pelitawanis TNB terhadap pengajaran dan pembelajaran murid-murid.Semoga setiap kebaikan dan pelaburan yang disalurkan kan membuahkan hasil yang berpanjangan dalam melahirkan generasi pelopor ilmu yang intelek, berakhlak mulia, dan berdaya saing untuk agama, bangsa, dan negara.

📍 Perpustakaan Kolej PERMATA Insan
🗓️ 2 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ 3.00 petang




Address

Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permata Insan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category