Pondoku

Call Directions Website Contact the school

Pondoku Pondok OKU atau PONDOKU (disebut Pondok Ku) . Model konsep rumah aktiviti OKU Muslim.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan penuh rasa dukacita, Warga Pondoku...
28/09/2026

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita, Warga Pondoku merakamkan ucapan takziah atas pemergian

Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali
12 Julai 1926 – 28 September 2026

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapan Allahyarhamah, melimpahkan rahmat serta kasih sayang-Nya, menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan husnul khatimah.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Al-Fatihah. 🤲🏻

Salam takziah daripada
Warga Pondoku
Pondok Spiritual OKU Muslim

🏓 AKTIVITI OUTING PONDOKU – PICKLEBALL 🏓Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti Outing Pondoku Minggu Ini – Pickleball pad...
23/09/2026

🏓 AKTIVITI OUTING PONDOKU – PICKLEBALL 🏓

Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti Outing Pondoku Minggu Ini – Pickleball pada Selasa, 22 September 2026. 💙

Anak-anak Pondoku berpeluang mencuba pengalaman baharu dalam sukan pickleball sambil beriadah, bergerak aktif dan bergembira bersama rakan-rakan. 😊🏓

Bukan sekadar bersukan, aktiviti seperti ini juga membantu membina keyakinan diri, kemahiran sosial, koordinasi pergerakan serta semangat bekerjasama dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Terima kasih kepada semua guru, pembimbing dan anak-anak Pondoku yang menjayakan aktiviti ini. ❤️

✨ Setiap pengalaman, satu langkah ke arah kemandirian.
💙 Bersama Membina Insan Istimewa Menuju Redha Allah.









Sempena Hari Malaysia, Warga PONDOKU ada jemputan tahlil & majlis aqiqah di Petaling Jaya.  Seterusnya kita jalan duluuu...
16/09/2026

Sempena Hari Malaysia,

Warga PONDOKU ada jemputan tahlil & majlis aqiqah di Petaling Jaya. Seterusnya kita jalan duluuuuu

Kali ini kami ke Muzium & galeri Seni Bank Negara Malaysia. Nyaris auntie-auntie cuti hari ni, kalau tak mesti anak-anak lepas dalam pejabat

Kepada yang belum tahu... di sini banyak aktiviti yang boleh dilakukan.

📢 MAKLUMAN AKTIVITI OUTING PONDOKUAssalamualaikum w.b.t. 🌷Dimaklumkan bahawa Aktiviti Outing Pondoku Minggu Ini akan dia...
09/09/2026

📢 MAKLUMAN AKTIVITI OUTING PONDOKU

Assalamualaikum w.b.t. 🌷

Dimaklumkan bahawa Aktiviti Outing Pondoku Minggu Ini akan diadakan seperti berikut:

🐎 Aktiviti: Menunggang Kuda
📍 Tempat: MAEPS – Rubinga Equine Centre
📅 Hari: Selasa
🗓️ Tarikh: 8 September 2026

Aktiviti ini bertujuan memberikan pengalaman baharu kepada anak-anak melalui aktiviti luar yang menyeronokkan, sambil membina keyakinan diri, kemahiran sosial dan keberanian. ❤️

😷 Peringatan: Memandangkan keadaan jerebu, anak-anak akan dibekalkan/diminta memakai pelitup muka dan digalakkan minum air secukupnya sepanjang aktiviti.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan daripada ibu bapa. Semoga aktiviti ini menjadi pengalaman yang bermakna dan menggembirakan buat anak-anak Pondoku. 🥰

— Warga Pondoku

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺSelawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa rahmat buat seluruh alam.Semoga ...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa rahmat buat seluruh alam.

Semoga cinta kita kepada Rasulullah SAW bukan sekadar di bibir, tetapi terpancar melalui akhlak, kasih sayang dan amal dalam kehidupan.

Semoga kami terus meneladani sunnah Baginda dan menjadi insan yang lebih baik di jalan Allah.

Daripada seluruh warga PONDOKU
Pondok Spiritual OKU Muslim

> 📢 OUTING PONDOKU MINGGU INI!Asalnya kami merancang untuk ke Cyberjaya Lake Garden, Masjid Cyberjaya 10 dan The Island ...
06/08/2026

> 📢 OUTING PONDOKU MINGGU INI!

Asalnya kami merancang untuk ke Cyberjaya Lake Garden, Masjid Cyberjaya 10 dan The Island Cyberjaya. Tapi atas izin Allah SWT, perancangan kami terus "swing" ke Seremban Street Art! 😄

Biasanya orang kata pilihan raya je boleh swing, rupanya aktiviti Pondoku pun boleh swing juga! Yang penting, setiap perancangan Allah pasti ada hikmah dan pengalaman yang lebih bermakna.

📅 Rabu, 5 Ogos 2026
📍 Seremban Street Art, Seremban

Jom belajar, meneroka dan bergembira bersama warga Pondoku! 💙🎨✨

05/08/2026

Salam Takziah

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Pondoku merakamkan ucapan salam takziah atas pemergian Almarhum Puan Hajah Habsah Binti Yusof pada 5 Ogos 2026.

Almarhumah pernah menabur bakti bersama Pondoku dengan penuh keikhlasan, berkongsi pelbagai ilmu dan kemahiran kepada kami seperti cara membuat kek, tauhu fa, air soya dan pelbagai lagi. Kami masih mengingati semangat dan kesungguhan Almarhumah ketika menyampaikan ilmu. Setiap perkongsian dilakukan dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan sehingga meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati kami.

Walaupun pertemuan kami dengan Almarhumah hanya beberapa kali, namun nama dan jasa beliau sentiasa berlegar dalam memori kami. Ilmu yang dicurahkan menjadi manfaat yang berpanjangan dan akan terus kami kenang.

Semoga segala amal jariah, ilmu yang dimanfaatkan serta segala kebaikan yang telah ditinggalkan menjadi pahala yang berterusan buat Almarhumah. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburnya, mencucuri rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga Firdaus.

Al-Fatihah.

🏸 Aktiviti Outing Pondoku Minggu Ini: Badminton Indoor 🏸Alhamdulillah, pada Selasa, 14 Julai 2026, para pelatih Pondoku ...
14/07/2026

🏸 Aktiviti Outing Pondoku Minggu Ini: Badminton Indoor 🏸

Alhamdulillah, pada Selasa, 14 Julai 2026, para pelatih Pondoku telah menyertai Aktiviti Outing Badminton Indoor.

Aktiviti ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat di samping meningkatkan kemahiran motor, koordinasi, fokus, keyakinan diri serta semangat kerjasama dalam kalangan pelatih. Setiap pelatih berpeluang mencuba, belajar dan menikmati pengalaman bermain badminton dalam suasana yang menyeronokkan, selamat dan penuh sokongan.

Terima kasih kepada semua guru, fasilitator serta pihak yang telah membantu menjayakan aktiviti ini. Semoga aktiviti seperti ini terus memberi manfaat dalam membina keyakinan diri, meningkatkan kecergasan fizikal dan mengeratkan hubungan antara pelatih.

💙 Pondoku – Membimbing, Membina Potensi & Mencipta Pengalaman Bermakna.

🌳 AKTIVITI TELAH SELESAI | EKSPLORASI DUSUN DURIAN & BUAH-BUAHAN MANTIN 🍈Alhamdulillah, aktiviti Eksplorasi Dusun Durian...
01/07/2026

🌳 AKTIVITI TELAH SELESAI | EKSPLORASI DUSUN DURIAN & BUAH-BUAHAN MANTIN 🍈

Alhamdulillah, aktiviti Eksplorasi Dusun Durian & Buah-Buahan Mantin yang telah berlangsung pada 30 Jun 2026 dari 2.00 petang hingga 4.00 petang telah selesai dengan jayanya.

Sepanjang program, para pelatih berpeluang menikmati suasana dusun, mengenali pelbagai jenis buah-buahan tempatan serta merasai pengalaman memetik dan menikmati buah-buahan bersama-sama. Aktiviti ini turut memberi ruang kepada peserta untuk beriadah, berinteraksi dan membina keyakinan diri dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan aktiviti ini, khususnya pihak RoMa Farm Mantin, para guru, sukarelawan dan pelatih yang memberikan kerjasama yang sangat baik.

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan yang indah dan memberi manfaat kepada semua peserta. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dalam aktiviti-aktiviti Pondoku yang akan datang.

💚

Address

81 Jalan Lili 3, Laman Lili, Nilai Impian
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60196656565

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondoku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pondoku:

Shortcuts

Share