Sekolah Rendah Agama SERI ADNI

Call Directions Website Contact the school

Sekolah Rendah Agama SERI ADNI SEKOLAH RENDAH AGAMA SERI ADNI adalah Sekolah Rendah Islam (Swasta) yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan

Segala maklumat dan gambar adalah hakcipta Sekolah Rendah Agama Seri Adni dan perlu mendapat keizinan pihak sekolah. Pengunaan semula gambar para pelajar SERASA adalah dilarang sama sekali tanpa keizinan. Para Pelajar sekolah ini dlindungi oleh Akta Kanak-Kanak dan penggunaan gambar oleh pihak ketiga untuk sebarang urusan adalah dilarang.

πŸ† AURA KAFA DAERAH SEREMBAN 2026 | Tahniah Warga SRA Seri Adni! πŸŽ‰Seremban | 7 Julai 2026Alhamdulillah, syukur ke hadrat ...
08/07/2026

πŸ† AURA KAFA DAERAH SEREMBAN 2026 | Tahniah Warga SRA Seri Adni! πŸŽ‰

Seremban | 7 Julai 2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. SRA Seri Adni sekali lagi melakar kejayaan dalam Majlis Penyampaian Hadiah AURA KAFA Daerah Seremban 2026 yang berlangsung di Dewan Za'ba, Bahagian Pendidikan JHEAINS.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid hebat yang telah mengharumkan nama sekolah:

πŸ₯‰ Tilawah Al-Quran (Tempat Ketiga)
✨ Adik Muhamad Firas Aiman
✨ Adik Wan Iffah

πŸ₯ˆ Penulisan Jawi (Naib Johan)
✨ Adik Nurul Iman Sofea

πŸ₯‰ Nasyid (Tempat Ketiga)
🎀 Kump**an Fawwaz

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para murid, bimbingan penuh dedikasi daripada guru-guru serta sokongan padu daripada ibu bapa. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SRA Seri Adni untuk terus berusaha, berakhlak mulia dan mengejar kecemerlangan dalam setiap bidang.

Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang! Teruskan melakar kejayaan demi agama, bangsa dan negara. 🌟





Sekalung Penghargaan Buat Para Penyumbang MISSAK 2026 JohorPihak Sekolah Rendah Agama SERI ADNI (SeRASA) merakamkan seti...
07/07/2026

Sekalung Penghargaan Buat Para Penyumbang MISSAK 2026 Johor

Pihak Sekolah Rendah Agama SERI ADNI (SeRASA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan bagi menjayakan penyertaan kontinjen sekolah ke MISSAK 2026 Johor.

Keprihatinan dan sokongan yang diberikan bukan sahaja meringankan beban perbelanjaan, malah menjadi suntikan semangat kepada para atlet untuk mengharumkan nama sekolah dengan penuh dedikasi dan semangat kesukanan.

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berterusan, dikurniakan keberkatan rezeki, dipermudahkan segala urusan, serta dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

Jazakumullahu Khairan Kathira.





24/06/2026
Selamat menduduki Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) & Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2026 kepada semua pelajar...
22/06/2026

Selamat menduduki Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) & Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2026 kepada semua pelajar Sekolah Rendah Agama Seri Adni.

Bittaufiq Wan Najah Fiil Imtihan





πŸƒβ€β™‚οΈβœ¨ Mereka membawa nama sekolah, kami membawa harapan.Misi ke Johor bukan sekadar pertandingan, tetapi peluang untuk a...
19/06/2026

πŸƒβ€β™‚οΈβœ¨ Mereka membawa nama sekolah, kami membawa harapan.

Misi ke Johor bukan sekadar pertandingan, tetapi peluang untuk atlet-atlet muda mengharumkan nama sekolah di pentas yang lebih tinggi. Namun, perjalanan ini memerlukan sokongan daripada kita semua.

πŸ’™ Hulurkan sumbangan anda melalui MISSAK 2026 JOHOR dan jadilah sebahagian daripada kejayaan mereka.

Setiap ringgit yang disumbangkan adalah langkah menuju impian mereka. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ…

23 MEI 2026BENGKEL PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUSSEKOLAH RENDAH AGAMA SERI ADNIPENCERAMAH: DR HAZIQ AZREE BIN YAZI...
15/06/2026

23 MEI 2026

BENGKEL PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS
SEKOLAH RENDAH AGAMA SERI ADNI

PENCERAMAH: DR HAZIQ AZREE BIN YAZID (GURU CEMERLANG KAUNSELING | EDUFLUENCER UPU)





14 JUN 2026KURSUS ANGGOTA PANGKAT RENDAH (APR) BRIGED BAKTI MALAYSIA (BBM) ZON TENGAHSMK BUKIT CHANGGANG12-14 Jun 2026PE...
15/06/2026

14 JUN 2026

KURSUS ANGGOTA PANGKAT RENDAH (APR) BRIGED BAKTI MALAYSIA (BBM) ZON TENGAH

SMK BUKIT CHANGGANG
12-14 Jun 2026

PESERTA LELAKI:
ABDUL RAOUF HAQ (TAHUN 5)
AMMAR SYAFIE (TAHUN 5)
MUHAMAD RAYQAL IFTEQHAR (TAHUN 5)
MUHAMMAD DAARIS AQIB (TAHUN 4)

PESERTA PEREMPUAN:
NUUR AMNA MARDHIYYA (TAHUN 5)
QASEH NURRAUDHAH (TAHUN 5)
WAFA' AZZAHRA' (TAHUN 5)







πŸ“’ Pendaftaran Pelajar Baharu 2027 dibukaPendaftaran ke Sekolah Rendah Agama Seri Adni (SeRASA) kini dibuka untuk sesi 20...
18/05/2026

πŸ“’ Pendaftaran Pelajar Baharu 2027 dibuka

Pendaftaran ke Sekolah Rendah Agama Seri Adni (SeRASA) kini dibuka untuk sesi 2027. ✨

πŸ“Œ Berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau membuat pendaftaran?
Hubungi kami di:
πŸ“± 013-3618150
πŸ‘‰ https://wa.link/0kwoar

πŸ–₯️ Daftar secara online di:
https://app.smap.my/reg/add/70442

πŸŽ“ Ingin melihat aktiviti dan suasana pembelajaran di SeRASA?
Layari Facebook rasmi sekolah:
https://www.facebook.com/share/1FzFw5dGC2/


7-10 MEI 2026LAWATAN SAMBIL BELAJARJEJAK WARISAN LANGKAWI:EKSPLORASI ALAM, WARISAN & UKHWAHProgram Lawatan Sambil Belaja...
13/05/2026

7-10 MEI 2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
JEJAK WARISAN LANGKAWI:
EKSPLORASI ALAM, WARISAN & UKHWAH

Program Lawatan Sambil Belajar β€œJejak Warisan Langkawi: Eksplorasi Alam, Warisan dan Ukhwah” telah disertai oleh seluruh pelajar Tahun 6 sebagai satu inisiatif pendidikan luar bilik darjah yang bertujuan memperluaskan pengetahuan pelajar tentang keindahan alam sekitar, sejarah serta warisan yang terdapat di Pulau Langkawi, di samping mengeratkan ukhuwah dan hubungan kemasyarakatan bersama penduduk setempat.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah menyertai pelbagai aktiviti yang sarat dengan pengalaman bermakna dan nilai pembelajaran. Antaranya ialah pelaksanaan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) yang menerapkan nilai kasih sayang, keprihatinan serta semangat membantu masyarakat yang memerlukan, sekali gus mendidik pelajar agar sentiasa bersyukur dan peka terhadap kehidupan insan lain.

Lawatan turut diteruskan ke kawasan bersejarah seperti Makam Mahsuri dan Beras Terbakar bagi memberi peluang kepada pelajar mengenali kisah legenda, sejarah tempatan serta memahami kepentingan memelihara warisan bangsa agar tidak dilupakan oleh generasi akan datang. Pengalaman ini secara tidak langsung menanam rasa cinta akan sejarah dan identiti negara dalam diri pelajar.

Selain itu, aktiviti Mangrove Tour memberikan pengalaman pembelajaran secara langsung mengenai ekosistem paya bakau, habitat hidupan liar dan kepentingan menjaga keseimbangan alam sekitar. Aktiviti ini berjaya memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang tanggungjawab manusia dalam memelihara keindahan alam semula jadi demi kelestarian bumi untuk masa hadapan.

Pelajar juga berpeluang menikmati suasana sekitar Dataran Lang dan Pantai Cenang yang terkenal dengan keindahan panorama dan keunikan budaya pelancongan di Langkawi. Aktiviti ini membantu meningkatkan keyakinan diri, semangat kerjasama serta memberi ruang kepada pelajar untuk menghargai kebesaran ciptaan Allah melalui keindahan alam semula jadi.

Lawatan ke Underwater World Langkawi p**a membuka peluang kepada pelajar mengenali pelbagai spesies hidupan marin dan ekosistem akuatik secara lebih dekat. Pengalaman ini bukan sahaja menambahkan ilmu pengetahuan sains dan alam hidupan, malah memupuk minat pelajar terhadap dunia penerokaan dan pemeliharaan hidupan laut.

Program diakhiri dengan sesi membeli-belah cenderahati, coklat dan manisan sebagai kenangan sepanjang berada di bumi Langkawi yang penuh dengan keindahan alam dan nilai sejarah.

Sesungguhnya, program lawatan sambil belajar seperti ini bukan sekadar aktiviti luar bilik darjah, malah menjadi medium penting dalam membentuk sahsiah, memperkukuhkan ukhuwah serta memperluaskan pengalaman hidup pelajar melalui pembelajaran secara nyata dan bermakna. Diharapkan agar program seumpama ini terus mendapat sokongan semua pihak kerana setiap perjalanan yang dilalui bukan sahaja mencipta memori indah, tetapi turut melahirkan generasi pelajar yang lebih berilmu, berakhlak, bersyukur dan menghargai warisan serta alam ciptaan Tuhan.





8 MEI 2026 (JUMAAT)PROGRAM KHIDMAT BAKTI RELAWAN CILIK 2026Sekolah Rendah Agama Seri Adni di bawah Briged Bakti Malaysia...
13/05/2026

8 MEI 2026 (JUMAAT)

PROGRAM KHIDMAT BAKTI RELAWAN CILIK 2026

Sekolah Rendah Agama Seri Adni di bawah Briged Bakti Malaysia dan ABIM Cawangan Nilai telah menganjurkan satu program iaitu Program Khidmat Bakti Relawan Cilik 2026 dengan kerjasama antara ABIM Cawangan Langkawi, PIBG SK Ulu Melaka, Langkawi serta SK Ulu Melaka yang diadakan di sekolah tersebut.

Satu Perjanjian MOU telah pun diadakan diantara dua buah sekolah dan ianya menjadi langkah penting dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik demi meningkatkan kualiti pendidikan, pembangunan sahsiah pelajar serta melahirkan generasi yang lebih berdaya saing pada masa hadapan.

Seterusnya, penyerahan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) juga diadakan dengan diwakili dua murid Tahun 6 Briged Bakti Malaysia, Adik Nu'man dan Adik Sarah.





Address

No 127, Jalan Nilai Square 3
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60133618150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Agama SERI ADNI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Agama SERI ADNI:

Shortcuts

Share

Category