Permas Usim

Permas Usim PERSATUAN ANAK SELANGOR USIM PERMAS

18/03/2024

[SANTUNI RAMADAN]

Persatuan Mahasiswa Selangor USIM (PERMAS) ingin berkongsi lagi dalam segmen PERMAS VOICE berkaitan perkara makruh ketika berpuasa🧐

Istimewa kali ini perkongsian dari presiden PERMAS sendiri yang menekankan 4 isi penting yang perlu dititikberatkan:

1. Tidur terlalu lama
Imam Malik menyebut dalam Mawahib al-Jalil :
“Di antara perkara makruh ketika berpuasa adalah banyak tidur pada siang hari di bulan ramdhan.”
2. ⁠Mandi terlalu lama
Untuk menghindari hal ini lebih kita digalakkan mandi secara biasa dan tidak berendam.
3. Mengeluh lapar atau haus
Sebaiknya hal tersebut dihindari dan hanya disimpan di dalam hati.
4. Berbekam
Melakukan bekam hanya akan menjadi makruh apabila bekam mengakibatkan tubuh menjadi lemas. Namun, jika sebaliknya ianya dibolehkan.

PERSATUAN MAHASISWA SELANGOR (PERMAS) SESI AKADEMIK 23/24
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
7 RAMADAN 1445 H | 18 MAC 2024

WELCOME BACK TO USIM✨Persatuan Mahasiswa Selangor USIM (PERMAS) ingin mengucapkan selamat menjalani  Kuliah bagi sesi II...
18/03/2024

WELCOME BACK TO USIM✨

Persatuan Mahasiswa Selangor USIM (PERMAS) ingin mengucapkan selamat menjalani Kuliah bagi sesi II 2023/2024 kepada semua mahasiswa/i USIM.

Diharapkan agar kita semua sentiasa bersemangat untuk kembali menjalani kehidupan seharian sebagai seorang pelajar🙌🏻

PERSATUAN MAHASISWA SELANGOR (PERMAS) SESI AKADEMIK 23/24
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
7 RAMADAN 1445 H | 18 MAC 2024

HADIAH PENGAJIAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI 2024 💎Berita baik untuk Anak Selangor dalam kalangan keluarga berpendapatan R...
15/03/2024

HADIAH PENGAJIAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI 2024 💎

Berita baik untuk Anak Selangor dalam kalangan keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah dipelawa memohon insentif wang tunai RM1,000 bermula hari ini hingga 15 April.

Menurut Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, program Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) itu terhad kepada 3,000 individu.

Borang permohonan boleh diisi dengan melayari https://edanapendidikan.selangor.gov.my.

Untuk pemahaman lebih lanjut mahasiswa/i dijemput untuk klink di pautan yang disediakan : https://shorturl.at/lxJKZ

Sumber informasi:



PERSATUAN MAHASISWA SELANGOR (PERMAS) SESI AKADEMIK 23/24

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

15/03/2024

APA ITU RAMADAN?🤔

Bersempena dengan ketibaan bulan suci iaitu bulan Ramadan,Persatuan Mahasiswa Selangor USIM (PERMAS) ingin berkongsi video serba sedikit tentang Ramadan, apa itu Ramadan dan apa contoh perkara yang akan membatalkan puasa kita di bulan Ramadan.

Jom kukuhkan ilmu kita berkaitan Ramadan😁

Ramadan Mubarak✨

PERSATUAN MAHASISWA SELANGOR (PERMAS) SESI AKADEMIK 23/24

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

4 RAMADAN 1445 | 15 MAC 2024

_*REJAB DATANG LAGI 🤍*_  Persatuan Mahasiswa Anak Selangor (PERMAS) USIM ingin mengucapkan Marhaban Ya Rejab.   Maka Mah...
12/01/2024

_*REJAB DATANG LAGI 🤍*_

Persatuan Mahasiswa Anak Selangor (PERMAS) USIM ingin mengucapkan Marhaban Ya Rejab.

Maka Mahasiswa/i USIM wajar membesarkan bulan ini dengan amalan yang dianjurkan dalam Islam untuk mengambil keberkatan.

Marilah kita bersama-sama menghiasi bulan Rejab dengan ibadah seperti puasa, solat sunat dan berzikir sebagai persediaan untuk menuju ke bulan Ramadan nanti.

*PERSATUAN MAHASISWA ANAK SELANGOR* *UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA* *SESI AKADEMIK 23/24*
*2 REJAB 1445H | 13 JANUARI 2024*

Address

Universiti Sains Islam
Nilai
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permas Usim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Permas Usim:

Shortcuts

Share