04/09/2026
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi kepakaran Prof. Ts. Dr. Madihah Mohd Saudi dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) menerajui kajian penubuhan Cyber Crime Fusion Centre (CCFC) yang kini memasuki fasa kedua dengan memberi fokus kepada pembangunan Model Tadbir Urus dan Model Operasi pusat berkenaan.
Kajian tersebut mendapat perhatian pada 6th International Cyber Resilience Conference (CRC 2026) di Bangi Resort Hotel, Selangor, sebagai antara inisiatif yang menghubungkan aspek risikan, siasatan, operasi, teknologi, perkongsian data dan pencegahan jenayah siber.
Berita penuh: https://www.usim.edu.my/news/usim-pacu-penubuhan-cyber-crime-fusion-centre-perkasa-keselamatan-siber-negara/