Ibnu Ummi Maktum Research Centre - Quran & Sunnah for Special Needs

  • Home
  • Malaysia
  • Nilai
  • Ibnu Ummi Maktum Research Centre - Quran & Sunnah for Special Needs

Ibnu Ummi Maktum Research Centre - Quran & Sunnah for Special Needs Muliakan OKU dengan Agama

08/09/2026

Hidupkan sunnah dengan motto "Muliakan OKU dengan Agama"

Mengambil inspirasi daripada sirah Nabi Muhamad SAW yang menyantuni Abdullah Ibnu UMMI Maktum, OKU Penglihatan dengan agama. Mudah mudahan lebih ramai OKU dapat hak untuk hidup beragama insyaAllah.

Sunnah Space ini bertujuan untuk menghidupkan suasana membaca al-Quran bersama-sama rakan sekerja. Mudah-mudahan berkah seluruhnya, insyaAllah.

Saidina Abdullah bin Mas'ud RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran), maka dia akan mendapat satu pahala. Setiap satu pahala digandakan menjadi 10. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

(Sunan al-Tirmizi, no. 2910)



Terima kasih atas anjuran sunnah space ini Islam USIM 🕌 Univ. Sains Islam Malaysia

🌻𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐇𝐄𝐋𝐖𝐀𝐇 🌻💠 Profesor Madya Dr. Nurul Asiah Fasehah Muhamad(Felo Kanan, Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum)“...
06/09/2026

🌻𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐇𝐄𝐋𝐖𝐀𝐇 🌻
💠 Profesor Madya Dr. Nurul Asiah Fasehah Muhamad
(Felo Kanan, Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum)

“Semoga ALLAH kurnia usia yang berkah dalam taat & khidmat serta sentiasa mewah hasanah dalam urusan dunia & akhirat”

♥️

🤝 KUNJUNGAN HORMAT HADID GROUP OF COMPANIES KE UMMI | Rabu, 2 September 2026Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) U...
03/09/2026

🤝 KUNJUNGAN HORMAT HADID GROUP OF COMPANIES KE UMMI | Rabu, 2 September 2026

Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) USIM berbesar hati menerima kunjungan hormat Hadid Group of Companies yang berlangsung pada 2 September 2026 bertempat di Makmal Quran Braille, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM.

Sesi kunjungan ini menjadi platform untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan, meneroka potensi kerjasama serta memperkukuh jaringan strategik antara USIM-Hadid Group dalam meningkatkan manfaat inisiatif masing-masing secara holistik dan inklusif selaras dengan Mesej Surah Abasa iaitu memperkasa OKU dan mengupaya masyarakat cakna keperluan OKU.

UMMI turut menerangkan impak penyelidikan dan inovasi inklusif termasuk kerjasama UMMI dengan Agensi Nuklear Malaysia melalui prototaip Inklusif Survey Meter (Nuklear) oleh Tn. Haji Mohd Fauzi Haris dan Syarikat Edote Sdn. Bhd. melalui produk eBrelle: Laptop for the Blind oleh Dr. Nor Afifah Shabani. Antara perbincangannya adalah untuk meningkatkan manfaat Projek Skyward Aviation kepada komuniti OKU termasuk iniasitif untuk transkripsi ke tulisan Braille, Audiobook dan terjemahan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).

UMMI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Hadid Group of Companies dan rakan kolaborasi UMMI dari Edote Sdn. Bhd. dan Agensi Nuklear Malaysia.

Semoga pertemuan ini menjadi titik awal kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan berimpak pada masa akan datang. 🌹

📲 Ikuti Kami di:
linktr.ee/ummispecialneeds


📱 PERBINCANGAN AWAL BENGKEL DAI DIGITAL | Selasa, 1 September 2026Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Universiti...
02/09/2026

📱 PERBINCANGAN AWAL BENGKEL DAI DIGITAL | Selasa, 1 September 2026

Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Perbincangan Awal Bengkel Dai Digital bersama Yayasan ARISMA bertempat di Bilik Mesyuarat Ibnu Sirin, UMMI Centre, USIM.

Perbincangan ini memberi fokus kepada cadangan penganjuran Bengkel Dai Digital selama tiga hari yang akan melibatkan Sahabat FAQEH (SaF) serta Sekretariat Mahasiswa OKU USIM (SMOKU).

Antara pengisian yang dicadangkan adalah kemahiran menghasilkan kandungan video pendek berdurasi 1–2 minit untuk platform digital seperti TikTok, Instagram Reels dan Facebook, merangkumi aspek:
✨ Penulisan skrip
🎥 Teknik pengambilan video
🎬 Kaedah penyuntingan video

Menariknya, kandungan bengkel akan memberi fokus kepada isu OKU dalam beragama, sekali gus membuka ruang kepada peserta untuk menyampaikan mesej dakwah yang lebih inklusif, kreatif dan dekat dengan masyarakat melalui medium digital. Bengkel ini dicadangkan untuk dilaksanakan pada November 2026, dengan sasaran penghasilan lebih 15 video sebagai hasil kreativiti para peserta. Program ini turut mendapat sokongan pembiayaan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Semoga perancangan ini dapat direalisasikan dan menjadi satu platform memperkasa bakat serta kreativiti komuniti OKU serta sistem sokongannya dalam menyampaikan dakwah melalui teknologi digital. 🤝✨

📲 Ikuti Kami di:
linktr.ee/ummispecialneeds


🤍🇲🇾 KEMERDEKAAN MILIK KITA, KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA 🇲🇾🤍Kemerdekaan bukan sekadar tentang kibaran Jalur Gemilang atau m...
31/08/2026

🤍🇲🇾 KEMERDEKAAN MILIK KITA, KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA 🇲🇾🤍

Kemerdekaan bukan sekadar tentang kibaran Jalur Gemilang atau mengenang perjuangan generasi terdahulu, tetapi juga tentang bagaimana kita menghargai setiap insan yang menjadi sebahagian daripada negara ini. Dalam semangat “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati 2026”, marilah kita bersama-sama membina sebuah masyarakat yang inklusif, di mana komuniti OKU juga sebahagian daripada negara ini.

Maka, semangat kemerdekaan juga boleh diterjemahkan melalui usaha kita membebaskan masyarakat daripada sikap memandang rendah, prejudis dan mengasingkan golongan OKU💪🏻. Rasulullah SAW turut mengingatkan kita tentang pentingnya sifat rahmah: “Sesiapa yang tidak merahmati manusia, Allah tidak akan merahmatinya.” (Riwayat Muslim, 2319a).

Merdeka bukan hanya apabila kita bebas sebagai sebuah negara, tetapi apabila setiap insan dapat merasai bahawa mereka juga diterima, dihormati dan mempunyai tempat dalam masyarakat. 🇲🇾👥👥



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026MAlhamdulillah, kita memperingati kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, rahma...
24/08/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

Alhamdulillah, kita memperingati kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, rahmat bagi sekalian alam. Maulid ini bukan sekadar mengenang kelahiran Baginda, tetapi juga menghayati teladan akhlaknya yang agung dalam menyantuni semua insan, termasuk komuniti OKU.

Melalui peristiwa Abdullah bin Umm Maktum RA dalam Surah ‘Abasa, kita dididik untuk memuliakan komuniti OKU dengan kasih sayang dan penghormatan. Seiring dengan teladan Rasulullah SAW, UMMI terus komited memperjuangkan dakwah dan pendidikan inklusif demi kemuliaan komuniti OKU.

🔗 Untuk maklumat lanjut: https://linktr.ee/ummispecialneeds



21/08/2026

MONTAJ KURSUS KOMPETENSI PENGAJARAN QURAN ISYARAT (KPQI) TAHAP 1 BERSAMA BRUNEI | 10–12 OGOS 2026

Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Kursus Kompetensi Pengajaran Quran Isyarat (KPQI) Tahap 1, Brunei pada 10 hingga 12 Ogos 2026 bertempat di IshaRI Lounge, UMMI, Aras 3, Bangunan FPQS. Kursus ini melibatkan kerjasama bersama Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Brunei dan Perusahaan Jari-Jariku Brunei sebagai wadah perkongsian ilmu dan kepakaran dalam pengajaran Quran Isyarat.

Inisiatif ini mencerminkan visibiliti dan komitmen UMMI dalam menerajui dakwah inklusif merentas sempadan melalui pemerkasaan kompetensi pengajaran Quran yang dapat diakses oleh komuniti OKU Pendengaran. Semoga usaha ini terus memperkukuh jaringan kerjasama serantau serta menyumbang kepada agenda “Muliakan OKU dengan Agama” melalui pendidikan Quran yang inklusif dan berterusan.

📲 Ikuti Kami di:
linktr.ee/ummispecialneeds



MYSiSWA JOB ON CAMPUS (JOC) TELAH DIBUKA! | PUSAT PENYELIDIKAN IBNU UMMI MAKTUMPusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI...
18/08/2026

MYSiSWA JOB ON CAMPUS (JOC) TELAH DIBUKA! | PUSAT PENYELIDIKAN IBNU UMMI MAKTUM

Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), USIM membuka 3 kekosongan MySiswa Job On Campus (JOC) kepada pelajar USIM yang layak.

🗒️ Syarat: Warganegara Malaysia, PNGK 2.5 ke atas, pelajar aktif & telah tamat sekurang-kurangnya 1 semester.

📂 Skop kerja: Pentadbiran, pengurusan program & fail, multimedia, penyuntingan video, laman web, bahan digital serta latihan & konsultasi.

📌 Tempoh: 20 jam/minggu (semester) | 40 jam/minggu (cuti semester)
📌 Bayaran: RM6.00/jam
📌 Kekosongan: 3 jawatan

Peluang ini terbuka kepada pelajar yang ingin menimba pengalaman kerja, mengembangkan kemahiran serta menyumbang dalam komuniti universiti.

📞 Puan Khairunnisa Ismail: 06-798 6691
📧 [email protected]



Address

Aras 3, Bangunan Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, Universiti Sains Islam
Nilai
71800NILAIN.SEMBILAN,MALAYSIA

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60123053001

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibnu Ummi Maktum Research Centre - Quran & Sunnah for Special Needs posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Ibnu Ummi Maktum Research Centre - Quran & Sunnah for Special Needs:

Shortcuts

Share