Pusat Pendidikan Islam At-Tibyan

Pusat Pendidikan Islam At-Tibyan Pentarbiahan Insani Bermula Di Sini... Penekanan Al Quran Sebagai Ubat Penyakit Hati Serta Membina A

Hari muamalat💞
05/08/2026

Hari muamalat💞

AHMAD AISY AQLAN BIN AZUAN﴿وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى﴾“Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang tel...
24/07/2026

AHMAD AISY AQLAN BIN AZUAN

﴿وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى﴾
“Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya.”
(Surah an-Najm: 39)

TAHNIAH & SYABAS

Alhamdulillah.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ahmad Aisy Aqlan bin Azuan, murid KAFA At-Tibyan Nilai, atas kejayaan muncul sebagai Johan Pertandingan Aura KAFA Peringkat Daerah, sekali gus melayakkan diri mewakili daerah ke Pertandingan Aura KAFA Peringkat Negeri Sembilan 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha, doa dan kesungguhan yang berterusan. Semoga terus istiqamah dalam menuntut ilmu, mengembangkan potensi diri serta melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

“Menyemai Iman, Membina Insan.”

Ikhlas daripada
Pihak Pengurusan, Guru dan Warga
KAFA At-Tibyan Nilai

MUHAMMAD AMSYAR BIN MUHAMMAD IZZWAN﴿وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ﴾“Dan tiadalah kejayaanku melainkan dengan pertolon...
24/07/2026

MUHAMMAD AMSYAR BIN MUHAMMAD IZZWAN

﴿وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ﴾
“Dan tiadalah kejayaanku melainkan dengan pertolongan Allah.”
(Surah Hud: 88)

TAHNIAH & SYABAS

Alhamdulillah.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Amsyar bin Muhammad Izzwan, murid KAFA At-Tibyan Nilai, atas penerimaan Anugerah Hari Apresiasi Pendidikan (HAPPENS) 2025 sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus menimba ilmu, beramal dengannya serta berbakti kepada agama, keluarga dan masyarakat.

“Menyemai Iman, Membina Insan.”

Ikhlas daripada
Pihak Pengurusan, Guru dan Warga
KAFA At-Tibyan Nilai

MAJLIS DIALOG PRESTASI KAFA AT-TIBYAN NILAI TAHUN 2026.Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Perjumpaan Dialog Prestas...
17/06/2026

MAJLIS DIALOG PRESTASI KAFA AT-TIBYAN NILAI TAHUN 2026.

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Perjumpaan Dialog Prestasi 2026 bertempat di KAFA At-Tibyan Nilai pada 16/6/2026. Majlis ini diadakan bertujuan untuk membincangkan prestasi semasa murid-murid serta merangka strategi bersama demi melonjakkan pencapaian KAFA dan sahsiah Islamiah mereka.

Pihak KAFA AT TIBYAN merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada:

📌Para Ibu Bapa & Penjaga: Di atas kesudian meluangkan masa, memberikan maklum balas yang konstruktif, serta sokongan moral yang padu. Tahniah juga buat anak2.
📌Barisan Ustaz & Ustazah: Di atas usaha gigih dalam menyediakan analisis prestasi serta komitmen berterusan dalam mendidik tanpa jemu.

Sesungguhnya, muafakat antara pihak KAFA dan ibu bapa adalah kunci utama dalam memacu kecemerlangan institusi pendidikan ini. Semoga segala usaha murni ini diberkati Allah SWT.
"Bersama Memacu Kecemerlangan"


23/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Sambutan Hari Guru KAFA AT-TIBYAN NILAI 2026 yang penuh warna, gelak tawa dan kasih sayang. 🌸

Terima kasih tidak terhingga buat semua ustaz dan ustazah yang sentiasa sabar mendidik, membimbing serta mencurahkan ilmu dengan penuh keikhlasan. Semoga setiap ilmu yang disampaikan menjadi asbab pahala yang berpanjangan di dunia dan akhirat. 🤍

Buat ibu bapa dan penjaga, terima kasih atas sokongan, kerjasama dan kepercayaan yang diberikan kepada pihak sekolah dalam sama-sama mendidik anak-anak menjadi insan berilmu, beradab dan cintakan agama.

Juga buat anak-anak soleh solehah KAFA AT-TIBYAN NILAI, terima kasih kerana memeriahkan sambutan dengan senyuman dan semangat yang luar biasa. ✨

Semoga ukhuwah yang terjalin terus mekar dan KAFA AT-TIBYAN NILAI terus melahirkan generasi rabbani yang berjaya dunia dan akhirat. 🌹

📸 Untuk melihat lebih banyak gambar dan video sepanjang sambutan berlangsung, jemput follow dan sertai Telegram rasmi KAFA AT-TIBYAN NILAI. Terima kasih atas sokongan semua! https://t.me/+kq0jgHjwcKo0NTM1 🤍

12/05/2026
KURSUS PEMANTAPAN ASAS FARDHU AIN (KPAFA) 2026
10/05/2026

KURSUS PEMANTAPAN ASAS FARDHU AIN (KPAFA) 2026

Address

Pt5773, 9/2G
Nilai
71800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pendidikan Islam At-Tibyan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category