Tabika KEMAS Pekan Nilai 1 & 2

Tabika KEMAS Pekan Nilai 1 & 2 Tabika KEMAS Pekan Nilai 1 & 2

Tertumpu kepada kanak kanak 5 & 6 tahun sahaja.

14/10/2025

Assalammualaikum
Dukacita dimaklumkan permohonan 5&6 tahun (2026) tabika kemas pekan nilai 1&2 kini telah ditutup...permohonan sudah penuh....
Terima kasih🌹

Selamat sekolah bersemuka anak anak 🥰
25/02/2021

Selamat sekolah bersemuka anak anak 🥰

Seluruh Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan mula beroperasi semula mulai 01 Mac 2021 termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.

Pembukaan operasi TABIKA dan TASKA adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dipersetujui antara Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

KEMAS berharap ibubapa tidak khuatir untuk menghantar anak-anak mereka kerana 10,517 orang Pendidik Masyarakat TABIKA dan 1,790 orang Pendidik Masyarakat TASKA KEMAS telah diberi panduan berkaitan pematuhan SOP yang telah dikeluarkan sebelum ini.

18/01/2021

Sesi persekolahan secara bersemuka di seluruh TABIKA dan TASKA Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang dijadualkan sepatutnya bermula pada 20 Januari 2021 terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diputuskan kelak.

Walaubagaimanapun, pihak KEMAS Negeri boleh membuat permohonan pembukaan
TASKA sekiranya terdapat permintaan dan hanya memberi keutamaan kepada ibubapa dikalangan petugas barisan hadapan (Frontliners) sahaja.

Mengambil kira pengumuman tersebut, semua kanak-kanak TABIKA KEMAS p**a akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Pentaksiran akan tetap diteruskan pada 20 Januari 2021 nanti secara Home-base Leaming mengikut kesesuaian Pendidik Masyarakat (PM) dan kanak-kanak seperti dalam Garis Panduan Pelaksanaan dan pemudahcaraan serta Pentaksiran Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan Penularan Jangkitan Covid-19.

Pendidik Masyarakat (PM), Pembantu Pendidik Masyarakat / Sukarela (PPM/PPMS) TABIKA dan TASKA Jabatan Kemajuan Masyarakat masih perlu hadir secara bergilir bagi mengemaskini dokumentasi, membersihkan kelas dan memantau keselamatan premis KEMAS.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh hubungi Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, En Syamsul Azhar bin Mohd Yusof di talian 03-8891 2682 samb 2733 dan Puan Noraimisakini binti Amaludin di talian 03-88912682 samb 2729.

05/01/2021

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pendaftaran Tabika Kemas Pekan Nilai 1 & 2 sesi 2021 untuk kanak-kanak 6 tahun sahaja masih ada 4 kekosongan.
Sekiranya berminat boleh pm.

Terima kasih 🌹

17/06/2020
Alhamdulillah 🤩🤩🤩🤩🤩
12/06/2020

Alhamdulillah 🤩🤩🤩🤩🤩

Pendaftaran sesi 2021 kini dibuka 🥰
03/06/2020

Pendaftaran sesi 2021 kini dibuka 🥰

PENDAFTARAN MASUK KE TABIKA & TASKA KEMAS BAGI SESI TAHUN 2021 KINI DIBUKA MULAI 1 JUN 2020 SEHINGGA 31 OKTOBER 2020

1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.

2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun) bagi Tabika dan kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun bagi Taska.

3. Permohonan kemasukan ke TABIKA & TASKA KEMAS tahun 2021 akan dibuka mulai 1 Jun hingga 31 Oktober 2020.

4. Borang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) serta di semua TABIKA / TASKA KEMAS.

5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad.

6. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.

Sebarang Pertanyaan, Sila hubungi kami :

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI SEMBILAN
Tingkat 6, Wisma Persekutuan
Jalan Dato' Abdul Kadir
70000 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: 06-763 8114 Faks : 06-764 0844

Pejabat KEMAS Parlimen Jelebu
Pusat Kegiatan Masyarakat Simpang Pertang
72300 Simpang Pertang
Negeri Sembilan Darul Khusus
No.Tel : 06-4920162 No.Faks : 06-4920144

Pejabat KEMAS Parlimen Jempol
Pusat Kegiatan Masyarakat Batu Kikir
72200 Batu Kikir
Negeri Sembilan Darul Khusus
No.Tel : 06-4981516 No.Faks : 06-4985264

Pejabat KEMAS Daerah Seremban
Kompleks Komuniti Desa (KKD)
Lot 1641/PT 744 Kampung Pantai
71770 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
No.Tel :06-7636641/42/43 No.Faks : 06-7624230

Pejabat KEMAS Parlimen Kuala Pilah
Pusat Kegiatan Masyarakat Kuala Pilah
Kampung Jawa 72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan Darul Khusus
No.Tel :06-4811482 No.Faks : 06-4818501

Pejabat KEMAS Parlimen Telok Kemang
Lot 1763 Bandar Port Dickson
71000 Port Dickson
Negeri Sembilan Darul Khusus
No.Tel :06-6472860/42/43 No.Faks : 06-6476937

Pejabat KEMAS Parlimen Rembau
Pusat Kegiatan Masyarakat Rembau
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
No.Tel :06-6851841 No.Faks : 06-6855084

Pejabat KEMAS Parlimen Tampin
Pusat Kegiatan Masyarakat Kg. Jelawai
73200 Gemencheh
Negeri Sembilan Darul Khusus
No.Tel :06-4317425 No.Faks : 06-4319789

Stronger Together !!








02/05/2020

Berselawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sempena Selawat Perdana KEMAS 2020.

1 Mei 2020 (Jumaat) bersamaan 8 Ramadhan 1441H mulai jam 10.00 pagi di rumah masing-masing.

Terima kasih ibu bapa yang beri kerjasama 🥰





Address

Tabika KEMAS Pekan Nilai 1 & 2
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 07:30 - 13:00
Tuesday 07:30 - 13:00
Wednesday 07:30 - 13:00
Thursday 07:30 - 13:00
Friday 07:30 - 12:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tabika KEMAS Pekan Nilai 1 & 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category