Persatuan Mahasiswa Johor UM

Persatuan Mahasiswa Johor UM Akaun Rasmi Persatuan Mahasiswa Johor (PEMASHOR) Universiti Malaya
[EST. 1976]
✉️: [email protected]

21/06/2026
[SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H] 🐄🌙Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.Persatuan Mahasiswa Johor (P...
27/05/2026

[SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H] 🐄🌙

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.

Persatuan Mahasiswa Johor (PEMASHOR) Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga mahasiswa dan umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam menempuh kehidupan seharian. Marilah kita bersama-sama menghayati semangat pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS serta memperkukuhkan ukhuwah sesama insan.

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

“Menerajui Kecemerlangan Siswa Johor”





[KELEBIHAN HARI ARAFAH]🌙🤲Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.Persatuan Mahasiswa Johor (PEMASHOR) Univ...
26/05/2026

[KELEBIHAN HARI ARAFAH]🌙🤲

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.

Persatuan Mahasiswa Johor (PEMASHOR) Universiti Malaya ingin menyeru seluruh mahasiswa untuk bersama-sama merebut keberkatan Hari Arafah yang penuh kemuliaan dan keampunan.

Marilah kita memperbanyakkan amal ibadah seperti berpuasa, berdoa dan berzikir sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Puasa Arafah (9 Zulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang” (HR. Muslim)

Semoga Hari Arafah ini menjadi peluang buat kita semua untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta memperoleh rahmat dan keampunan-Nya.

Sekian, terima kasih.

“Menerajui Kecemerlangan Siswa Johor”





14/05/2026

[IMBASAN PROGRAM J-STARTUP WORKSHOP] 🔵🔴

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.

Persatuan Mahasiswa Johor (PEMASHOR) Universiti Malaya telah menjadi saksi penganjuran J-STARTUP WORKSHOP anjuran Exco Ekonomi dan Keusahawanan Persatuan Mahasiswa Johor (PEMASHOR) Universiti Malaya sesi 2025/2026 dengan kerjasama Angkatan Sekretariat Mahasiswa Darul Takzim (ANGKASA) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Program ini menghimpunkan mahasiswa Johor daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Zon Tengah seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) serta Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam usaha memperkasa pengetahuan dan bakat keusahawanan mahasiswa Johor.

Program dimulakan dengan Slot 1: Asas Keusahawanan dan Mindset Usahawan yang disampaikan oleh Dr. Faridah Najuna binti Misman, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor. Sesi perkongsian tersebut memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas keusahawanan, pengurusan kewangan, pembangunan idea perniagaan serta persediaan mahasiswa dalam mendepani dunia perniagaan dan ekonomi semasa.

Seterusnya, program diteruskan dengan Slot 2: Suara Anak Muda yang mengetengahkan pandangan serta aspirasi mahasiswa berkaitan pembangunan ekonomi anak muda, kepimpinan mahasiswa dan peranan generasi muda dalam membina masa depan Johor yang lebih progresif.

Penganjuran program ini turut dijayakan dengan kerjasama strategik daripada Institut Dato’ Onn (IDO) dan Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) sebagai rakan kolaborasi dalam usaha membangunkan potensi serta bakat keusahawanan mahasiswa Johor agar lebih berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan.

Program ini diharapkan dapat menjadi platform pembangunan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berani meneroka bidang keusahawanan serta aktif menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Johor.

Sekian, terima kasih.

“Menerajui Kecemerlangan Siswa Johor”





[BARISAN PENCERAMAH J-STARTUP WORKSHOP]Memperkenalkan barisan penceramah bagi J-STARTUP WORKSHOP ✨Program ini mempunyai ...
08/05/2026

[BARISAN PENCERAMAH J-STARTUP WORKSHOP]

Memperkenalkan barisan penceramah bagi J-STARTUP WORKSHOP ✨

Program ini mempunyai 2 slot :-
[Slot 1] : Financial Literacy & How to Start a Business
[Slot 2] : Suara Anak Muda: Suara Pengalaman, Inspirasi Kejayaan

Program ini bukan sahaja membuka peluang untuk menambah pengetahuan, malah memberi inspirasi kepada para peserta untuk berani mencipta langkah pertama menuju kejayaan. 🚀

“Menerajui Kecemerlangan Siswa Johor”



-StartupWorkshopXKeusahawanan

*[PENCARIAN PESERTA PROGRAM PEMASHOR RELEAF INITIATIVE 🌱❤️💙]*Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.*PEMA...
02/05/2026

*[PENCARIAN PESERTA PROGRAM PEMASHOR RELEAF INITIATIVE 🌱❤️💙]*

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.

*PEMASHOR Releaf Initiative* merupakan satu program inisiatif yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Johor (PEMASHOR) Universiti Malaya yang memfokuskan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar khususnya terhadap ekosistem paya bakau.

Program ini merupakan jaringan kolaborasi antara *PEMASHOR UM dan* *Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)*. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan, termasuklah aktiviti menanam pokok bakau di kawasan Taman Negara Tanjung Piai. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menyertai kami dalam menghijaukan kelestarian alam!

Berikut merupakan butiran program:
🗓️ *Tarikh*: *18 Mei 2026 (Isnin)*
🕰️ *Masa*: *9.00 Pagi - 1.00 Petang*
📍 *Tempat*: *Taman Negara Johor Tanjung Piai*

🎟️ *Yuran penyertaan**: RM 30*

📣📣 *Turut disediakan*
1. Pengangkutan
2. ⁠Sijil
3. ⁠Merit
4. ⁠Baju program
5. ⁠Makan pagi & tengah hari

⚠️ Tempat adalah terhad kepada *18 orang* sahaja. Dapatkan tempat anda dengan segera !
https://forms.gle/G6RnFJp6JKNGu66a7

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi :

☎️ Zulaikha : 011-58521842
☎️ Diwany : 011-26491790

Address

Bandar Baru Nilai
Nilai
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Mahasiswa Johor UM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Persatuan Mahasiswa Johor UM:

Shortcuts

Share