Akidah And Global Outreach Centre USIM

Akidah And Global Outreach Centre USIM Markas setempat akidah merupakan pusat penyebaran ilmu dan kajian.

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ✨Semoga kemenangan selepas sebulan beribadah di bulan Ramadan ini mem...
27/03/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ✨

Semoga kemenangan selepas sebulan beribadah di bulan Ramadan ini membawa keberkatan, keampunan dan kebahagiaan buat kita semua. Moga segala amal diterima, hati disucikan, dan ukhuwah sesama insan terus diperkukuhkan.

Di kesempatan ini, kami juga ingin memohon kemaafan atas segala kekurangan sepanjang kami berkhidmat. Semoga Aidilfitri kali ini menjadi titik permulaan untuk kita terus menyebarkan kebaikan, kasih sayang, dan kefahaman Islam ke seluruh dunia.

https://www.instagram.com/p/DWVwt6EE4Zn/?igsh=MWFqZHl4bDN4aDl3NQ==

Ikhlas Daripada :
*AKIDAH AND GLOBAL OUTREACH CENTRE*
*SESI AKADEMIK 2025/2026*
*FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN*
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSukacita dimaklumkan bahawa Akidah Global Outreach Centre (AGENT) akan mengada...
18/03/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sukacita dimaklumkan bahawa Akidah Global Outreach Centre (AGENT) akan mengadakan program:

🎯 PENGENALAN ILMU AKIDAH

Antara pengisian yang akan diketengahkan:
📚 Konsep dasar Ilmu Akidah
📚 Sejarah perkembangan Ilmu Akidah
📚 Tokoh-tokoh ulama dalam bidang akidah
📚 Kitab-kitab rujukan utama dalam pengajian akidah

Butiran program adalah seperti berikut:

🗓 18 Mac 2026 (Rabu)
⏰ 10:00 pagi – 11:30 pagi
💻 Platform: Google Meet
Link : https://meet.google.com/dzb-aycm-mrq

Semua dijemput hadir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sukacita dimaklumkan bahawa Akidah Global Outreach Centre (AGENT) akan mengadakan program:

PENGENALAN ILMU AKIDAH (LANGKAH PERTAMA UNTUK MENUJU PERINGKAT LEBIH TINGGI)

Akidah merupakan asas utama dalam memahami agama Islam. Marilah kita bersama-sama menambah kefahaman dan memperkukuh asas ilmu melalui program Pengenalan Ilmu Akidah yang akan membincangkan perkara-perkara penting berkaitan disiplin ilmu ini.

Antara pengisian yang akan diketengahkan:
📚 Konsep dasar Ilmu Akidah
📚 Sejarah perkembangan Ilmu Akidah
📚 Tokoh-tokoh ulama dalam bidang akidah
📚 Kitab-kitab rujukan utama dalam pengajian akidah

Butiran program adalah seperti berikut:

🗓 18 Mac 2026 (Rabu)
⏰ 10:00 pagi – 11:30 pagi
💻 Platform: Google Meet (Link akan diberikan kemudian)

Bersama Abdul Hanan Bin Makhtar (Presiden AGENT)

🔓 Terbuka kepada semua, khususnya pelajar Akidah dan Agama.

Semoga dengan penyertaan ini, kita dapat menambah ilmu serta memperkukuh kefahaman dalam bidang akidah.

“Langkah pertama menuju kefahaman yang lebih tinggi ✨.”

AKIDAH GLOBAL OUTREACH CENTRE
SESI AKADEMIK 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSukacita dimaklumkan bahawa Akidah Global Outreach Centre (AGENT) akan mengada...
17/03/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sukacita dimaklumkan bahawa Akidah Global Outreach Centre (AGENT) akan mengadakan program:

PENGENALAN ILMU AKIDAH (LANGKAH PERTAMA UNTUK MENUJU PERINGKAT LEBIH TINGGI)

Akidah merupakan asas utama dalam memahami agama Islam. Marilah kita bersama-sama menambah kefahaman dan memperkukuh asas ilmu melalui program Pengenalan Ilmu Akidah yang akan membincangkan perkara-perkara penting berkaitan disiplin ilmu ini.

Antara pengisian yang akan diketengahkan:
📚 Konsep dasar Ilmu Akidah
📚 Sejarah perkembangan Ilmu Akidah
📚 Tokoh-tokoh ulama dalam bidang akidah
📚 Kitab-kitab rujukan utama dalam pengajian akidah

Butiran program adalah seperti berikut:

🗓 18 Mac 2026 (Rabu)
⏰ 10:00 pagi – 11:30 pagi
💻 Platform: Google Meet (Link akan diberikan kemudian)

Bersama Abdul Hanan Bin Makhtar (Presiden AGENT)

🔓 Terbuka kepada semua, khususnya pelajar Akidah dan Agama.

Semoga dengan penyertaan ini, kita dapat menambah ilmu serta memperkukuh kefahaman dalam bidang akidah.

“Langkah pertama menuju kefahaman yang lebih tinggi ✨.”

AKIDAH GLOBAL OUTREACH CENTRE
SESI AKADEMIK 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

[12  RAMADHAN 1447H] 🌙✨Pahala Menjamu Orang Berbuka PuasaPengajaran Hadis:1. Islam adalah agama yang menitikberatkan hub...
03/03/2026

[12 RAMADHAN 1447H] 🌙✨

Pahala Menjamu Orang Berbuka Puasa

Pengajaran Hadis:
1. Islam adalah agama yang menitikberatkan hubungan persaudaraan dan saling bantu-membantu.
2. Amalan menyediakan juadah berbuka puasa menjanjikan ganjaran pahala yang menyamai orang yang berpuasa tanpa mengurangkan pahala asal mereka.
3. Oleh itu, besarnya kelebihan dan pahala orang memberi makan kepada orang yang berpuasa walaupun hanya dengan sebiji tamar ataupun seteguk air.

Semoga perkongsian ini dapat menyuntik semangat dalam diri kita untuk terus melestarikan budaya memberi dan memperkukuh ukhuwah sesama insan pada bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.🤲

https://www.instagram.com/p/DVXM1KxkjMF/?igsh=bTJ1ejNndTIzc3Bn

AKIDAH AND GLOBAL OUTREACH CENTRE
SESI AKADEMIK 2025/2026
FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

[11 RAMADHAN 1447H] 🌙✨Berbuka Dengan Tamar Mendapat KeberkatanPengajaran Hadis:1. Sunnah Nabi ketika berbuka adalah deng...
01/03/2026

[11 RAMADHAN 1447H] 🌙✨

Berbuka Dengan Tamar Mendapat Keberkatan

Pengajaran Hadis:
1. Sunnah Nabi ketika berbuka adalah dengan puasa mendahuluinya dengan buah tamar.
2. Berbuka dengan tamar akan memperolehi banyak keberkatan dan kebaikan daripada Allah SWT. Sekiranya buah tamar s**ar didapati maka memadai berbuka dengan beberapa teguk air.
3. Ini menunjukkan bahawa Islam menitikberatkan amat penganutnya apabila berbuka puasa dengan bersederhana dan memakan makanan yang bersih lagi suci kerana ianya dapat memberikan kekuatan dalam beribadah serta kepada kesihatan jasmani.

Amalan mulia ini bukan sahaja mendidik jiwa untuk sentiasa bersederhana, malah mendatangkan manfaat kepada kesihatan jasmani individu; oleh itu, janganlah kita melepaskan peluang untuk menghidupkan sunnah agar ibadah lebih berkualiti, terutamanya dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

AKIDAH AND GLOBAL OUTREACH CENTRE
SESI AKADEMIK 2025/2026
FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

[10 RAMADHAN 1447H] 🌙✨Menyegerakan Berbuka Membezakan Puasa Ahli KitabPengajaran hadis:1. Ibadah puasa adalah ibadah yan...
28/02/2026

[10 RAMADHAN 1447H] 🌙✨

Menyegerakan Berbuka Membezakan Puasa Ahli Kitab

Pengajaran hadis:
1. Ibadah puasa adalah ibadah yang turut disyariatkan kepada para anbia' dan umat terdahulu.
2. Umat Islam disunnahkan untuk menyegerakan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari. Manakala golongan Yahudi dan Nasrani p**a s**a melewatkan berbuka puasa sehinggalah nampaknya bintang.
3. Justeru, umat Islam dituntut agar tidak mengikuti amalan, budaya dan cara hidup yang dilakukan oleh golongan Yahudi dan Nasrani kerana amalan mereka menuju kepada kesesatan dan menyimpang daripada sunnah Nabi.

Semoga kita terus istiqamah mengamalkan sunnah Nabi SAW dalam setiap ibadah, serta dipelihara jati diri agar tidak terpengaruh dengan budaya yang menyimpang daripada syariat Islam.🤲

https://www.instagram.com/p/DVSh1BUElIa/?igsh=MW1paWoycHQ3ZzB6cw==

AKIDAH AND GLOBAL OUTREACH CENTRE
SESI AKADEMIK 2025/2026
FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

[9 RAMADHAN 1447H] 🌙✨Allah Mengasihani Orang Yang Menyegerakan BerbukaPengajaran hadis:1. Ibadah puasa dapat mendekatkan...
27/02/2026

[9 RAMADHAN 1447H] 🌙✨

Allah Mengasihani Orang Yang Menyegerakan Berbuka

Pengajaran hadis:
1. Ibadah puasa dapat mendekatkan seseorang hamba kepada Allah SWT.
2. Berbuka puasa juga adalah ibadah kerana ia melengkapkan maksud ibadah puasa itu sendiri. Bahkan Allah SWT akan lebih mengasihi orang yang menyegerakan berbuka puasa berbanding hamba-hamba-Nya yang melewatkan berbuka puasa.
3. Justeru, orang yang melewatkan berbuka puasa tidak akan mendapat kelebihan sebagaimana orang yang menyegerakan berbuka puasa kerana itu tidak mengikut sunnah Nabi.

Semoga kita semua sentiasa diberikan kekuatan dan taufik untuk menyegerakan berbuka puasa mengikut sunnah Nabi SAW sekaligus memperoleh kasih sayang dan ganjaran pahala daripada Allah SWT.🤲

https://www.instagram.com/p/DVQALcRkutJ/?igsh=NmtvcXpibDRieGly

AKIDAH AND GLOBAL OUTREACH CENTRE
SESI AKADEMIK 2025/2026
FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

[7 RAMADHAN 1447H] 🌙✨Sunnah Menyegerakan BerbukaPengajaran Hadis :1. Allah memfardukan puasa agar hamba-Nya mendapat man...
26/02/2026

[7 RAMADHAN 1447H] 🌙✨

Sunnah Menyegerakan Berbuka

Pengajaran Hadis :
1. Allah memfardukan puasa agar hamba-Nya mendapat manfaat dari sudut jasmani dan rohani.
2. Disunatkan menyegerakan berbuka puasa sebaik sahaja masuk waktunya tanpa menangguhkannya dengan ibadah lain.
3. Menyegerakan berbuka membawa kebaikan besar, kerana ia merupakan sunnah Nabi dan waktu tersebut adalah saat doa sangat mustajab.

Sesungguhnya, setiap tuntutan agama memiliki hikmah yang mendalam. Oleh itu, marilah kita berusaha sebaik mungkin menyempurnakan ibadah melalui perkara-perkara sunnah demi meraih keredaan Allah S.W.T.🤲

https://www.instagram.com/p/DVNbrsylfcx/?igsh=MXcwZmtnY3V6ZWQ3aQ==

AKIDAH AND GLOBAL OUTREACH CENTRE
SESI AKADEMIK 2025/2026
FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

[6 RAMADHAN 1447H] 🌙✨Bulan Ramadan adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyakkan amal ibada...
24/02/2026

[6 RAMADHAN 1447H] 🌙✨

Bulan Ramadan adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyakkan amal ibadah dengan ganjaran yang besar daripada-Nya.

Pengajaran Hadis :

1. Puasa adalah ibadah yang amat mulia dan Allah SWT menyediakan pintu syurga khas bernama Ar-Rayyan untuk orang yang berpuasa yang layak memasukinya.
2. Pintu syurga yang dinamakan Ar-Rayyan untuk orang berpuasa, apabila masuk kedalamnya, maka hilanglah kehausan orang yang berpuasa dan nikmat yang tidak dapat digambarkan.
3. Syurga adalah tempat yang indah dan mahal nilainya dan hanya rahmat Allah SWT yang luas dapat memasukkan hamba ke dalamnya.

Semoga Ramadan kali ini menjadi kesempatan untuk meningkatkan amal ibadah dan tergolong dalam kalangan yang layak memasuki pintu Ar-Rayyan.

https://www.instagram.com/p/DVIQxfpkpHQ/?igsh=MnA3Z2V4NGZtb3ll

AKIDAH AND GLOBAL OUTREACH CENTRE
SESI AKADEMIK 2025/2026
FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

[5 RAMADHAN 1447H] 🌙✨Tahukah anda bahawa puasa di bulan ini bukan sekadar ibadah tahunan, malah ia merupakan salah satu ...
23/02/2026

[5 RAMADHAN 1447H] 🌙✨

Tahukah anda bahawa puasa di bulan ini bukan sekadar ibadah tahunan, malah ia merupakan salah satu daripada lima rukun utama yang membina jati diri seorang Muslim?

Daripada Ibn ‘Umar RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
Islam dibangun di atas lima rukun; Mentauhidkan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadan dan (menunaikan) haji."

Tiga Pengajaran Utama untuk Kita Hayati:

1.Islam tertegak di atas lima rukun utama di mana setiap satunya mempunyai tuntutan tersendiri yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim.
2.Ibadah puasa merupakan rukun keempat yang perlu didahulukan sebelum haji mengikut urutan keutamaan dalam kefarduannya.
3.Pengabaian terhadap salah satu rukun boleh memusnahkan keislaman seseorang, ibarat sebuah khemah yang roboh apabila salah satu tiangnya patah.

https://www.instagram.com/p/DVFwCbqkviQ/?igsh=cWJ6OWVtMnl4bWE2

AKIDAH AND GLOBAL OUTREACH CENTRE
SESI AKADEMIK 2025/2026
FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Address

Nilai

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akidah And Global Outreach Centre USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akidah And Global Outreach Centre USIM:

Shortcuts

Share