14/05/2026
๐ฟ CERITA HALAQAH PAGI BERSAMA ANAK-ANAK MTISI ๐ฟ
Throwback kisah halaqah minggu lepas ๐
Selalunya halaqah pagi buat dalam bilik meeting je ๐
Tapi hari ni lain sikit.
Muaadibah buat spin wheel โ siapa nama naik dulu, dia perlu tasmik first ๐
Kalau tak dapat tasmik dengan lancar, maka kena berdiri dulu sampailah lancarโฆ sebab tugasan hafalan setiap orang memang dah diberi sejak semalam lagi โจ
Sampai giliran Jannah, tiba-tiba ada yang bersuara:
"Muaddibah, jom buat dekat gazeboโฆ"
Bila tengok luar, cuaca redup, rumput pun baru siap mesin semalam. Jadi Muaddibah pun onzz lah halaqah di luar ๐
Alhamdulillahโฆ suasana halaqah jadi lebih ceria dan anak-anak nampak lebih bersemangat ๐ฅฐ
Tengah panggil seorang demi seorang untuk tasmik, tiba-tiba terdengar Arash memberi salam kepada seorang pakcik yang sedang berjalan di tepi jalan MTISI ni.
โAssalamualaikum pakcik!โ
Masya-Allahโฆ hati rasa bahagia sangat bila tengok anak-anak mula membiasakan sunnah menyebarkan salam.
Terus saya puji,
"MasyaAllah, Bagus Arash bagi salam pada orang."
Sekali yang lain pun tak nak kalah ๐
โMuaddibah, sayaaa pun bagi salam tadi!โ
Saya tanya,
โDekat siapa?โ
โDekat Muaddibah pagi tadiโฆโ ๐คฃ
Ya Allahโฆ comelnya mereka ni๐คญ
Alhamdulilah anak-anak ini sedang belajar menjadi Muslim bukan hanya pada nama, tapi pada akhlak, adab dan cara hidup. Moga mereka terus merasa izzah menjadi seorang muslim dan sentiasa menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan mereka ๐ค
Hakikatnya, mentarbiyah anak-anak bukan sesuatu yang mudah.
Ada penatnya. Ada lukanya. Ada tangisnya.
Kerana tarbiyah bukan proses sehari dua.
Bukan hari ini ditegur, esok terus berubah.
Tarbiyah adalah perjalanan yang panjangโฆ yang menuntut sabar, doa dan istiqamah daripada seorang pendidik, murabbi/ah dan naqib/ah untuk terus membimbing tanpa jemu ๐ฑ
Moga anak-anak MTISI membesar menjadi rijal yang qawwam, anak-anak yang soleh dan muslehโฆ menjadi Mutaddabir Rabbani yang memberi manfaat kepada ummah dan mengangkat kembali kegemilangan Islam ke ustaziatul alam โจ
"ุงูููู
ูููู
ูู ุงูุฏูู ูุนูู
ูู
ุงูุชุฃููู"
โYa Allah, faqihkanlah mereka dalam agama dan ajarkanlah mereka kefahaman yang mendalam tentang agamaโ ๐คฒ๐ป
"MTISI: MEMBINA GENERASI MUTADDABIR RABBANI, MURABBI | ALIM | FAQIH | SUFI & HARAKI"