21/09/2026
PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN 1 KELAS ALIRAN AGAMA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAN KELAS ALIRAN DINI SERTA TAHFIZ DI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN BAGI KALENDAR AKADEMIK TAHUN 2027
Assalamualaikum wrbt,
SK Jijan membuka peluang kepada ibu bapa/penjaga yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan anak ke Tingkatan 1 Kelas Aliran Agama (KAA) bagi Kalendar Akademik 2027 melalui Sistem Permohonan ke Kelas Aliran Agama dan Dini serta Tahfiz (SPAAD).
πKump**an sasaran : Murid Sekolah Rendah KPM dan Sekolah Rendah Swasta Negeri Sembilan
β³οΈ Tarikh : 28 September 2026 - 28 Oktober 2026
Cara Permohonan : Permohonan melalui Sistem Permohonan Aliran Agama dan Dini (SPAAD) secara atas talian melalui (MOEIS / idMe KPM) https://idme.moe.gov.my
Ibu bapa/penjaga perlu membuat permohonan melalui sistem yang dinyatakan mengikut panduan permohonan yang disediakan dan berdasarkan sesi libat urus yang disampaikan oleh pihak sekolah rendah semasa berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan