Pensel Kayu

Directions Website Contact the school

Pensel Kayu Segalanya tentang pendidikan.

ERA AI : SLOT 2 BERSAMA PARA PELAJAR PPISMP DAN PISMP TAHUN 1 IPGKPTAlhamdulillah. Pada Sabtu, 19 September 2026 telah b...
23/09/2026

ERA AI : SLOT 2 BERSAMA PARA PELAJAR PPISMP DAN PISMP TAHUN 1 IPGKPT

Alhamdulillah.
Pada Sabtu, 19 September 2026 telah berlangsung sesi perkongsian berkaitan Era AI kepada para pelajar IPGKPT secara dalam talian.

Saya diminta untuk menyampaikan sesi pada slot 1 yang berfokus kepada penulisan akademik. Oleh sebab penulisan akademi ini luas, fokus dan penekanan diberi kepada penulisan senarai rujukan dan turut dikongsikan platform yang sesuai bagi menyimpan dan menyelaraskan pelbagai sumber rujukan.

Tahniah kepada JPP khususnya Biro Akademik JPP yang telah menganjurkan aktiviti ini. Teruskan usaha agar pelajar mempunyai ruang yang banyak dan pelbagai dalam usaha membantu pelajar meningkatkan kompetensi masing-masing.

Terima kasih juga kepada Dr. Anusuya yang meneruskan kesinambungan program sejurus sahaja slot saya berakhir.

MF
19 Semprember 2026

BENGKEL KEPIMPINAN KETUA JABATAN DAN KETUA UNIT SERTA AHLI MAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN FASA 2 TAHUN 2...
19/09/2026

BENGKEL KEPIMPINAN KETUA JABATAN DAN KETUA UNIT SERTA AHLI MAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN FASA 2 TAHUN 2026

Alhamdulillah, pada 17 - 18 September 2026, telah selesai dengan jayanya program tersebut yang melibatkan semua kepimpinan MPPP IPGKPT 2026 .

Bengkel ini telah diadakan di Ehsan Seaview Hotel, Port Dickson dengan padat dengan slot-slot yang berteraskan kepimpinan seperti ceramah, latihan dalam kump**an, solat berjemaah, tazkirah dan program pembinaan pasukan.

Kepimpinan tertinggi kampus iaitu Pengarah dan Timbalan Pengarah serta penceramah jemputan dari IAB turut dijemput bagi mengisi slot-slot yang ada.

Banyak pengetahuan , kemahiran dan nilai-nilai baharu yang dibugarkan semula serta dapat diperoleh daripada bengkel ini. Insha Allah, semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Teringat kisah "Sharpen the Saw" yang dibawakan oleh Steven Covey. Selain itu, dapat juga ibrah bagaimana sirah Rasulullah SAW dan para sahabat terdahulu memberikan panduan kepada para pemimpin untuk memimpin mengikut acuan Islam.

Alhamdulillah.

MF
17-18 September 2026
Ehsan Seaview Hotel, Port Dickson

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🌙Assalamualaikum wrh dan Salam Ukhuwwah.Bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1448H ini...
25/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🌙

Assalamualaikum wrh dan Salam Ukhuwwah.

Bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1448H ini, marilah kita sama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan meneladani akhlak mulia, perjuangan dan usaha Baginda dalam membina umat yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّما بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مكارِمَ الأخْلاقِ
Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.”
[Riwayat al-Bukhari (273), Ahmad (8952) dan al-Baihaqi (21301)]

Semoga kecintaan dan sayangnya kita kepada Rasulullah SAW dapat diterjemahkan melalui amal yang ikhlas, walaupun sekecil zarah. Teruskan setiap kebaikan, perbaiki setiap kekurangan dan jadikan sunnah Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan serta amalan kita seharian.

“Meneladani Rasulullah SAW, Menyuburkan Akhlak, Melestarikan Kebaikan.”

Salam Maulidur Rasul 1448H.

Allahumma salli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad. ﷺ

Warga Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek
12 Rabi'ul Awal 1448H bersamaan 25 Ogos 2026

16/09/2025
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-68
01/09/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-68

SHOWCASE KPPBAlhamdulillah. Selesai menjalankan amanah yang ditaklifkan sebagai ketua panel penilai bagi pembentangan Sh...
26/04/2025

SHOWCASE KPPB

Alhamdulillah. Selesai menjalankan amanah yang ditaklifkan sebagai ketua panel penilai bagi pembentangan Showcase KPPB bagi 24 buah kump**an pelajar daripada PPISMP, PISMP dan PDPP bagi Semester II (Sesi Januari - Mei, Tahun Akademik 2024/2025) pada 24 April 2025 yang lalu.

Showcase yang bertujuan memberi ruang dan peluang kepada para pelajar untuk mempersembahkan hasil pembelajaran yang telah mereka perolehi sepanjang pelaksanaan kursus-kursus yang menggunakan pendekatan interdisiplinari yang menekankan pembelajaran bermakna.

Mereka bukan sekadar belajar teori, tetapi pelbagai kemahiran , pengetahuan dan nilai-nilai dapat diterapkan dan diperolehi menerusi aktiviti kuliah, tutorial, amali dan lain-lain bentuk aktiviti termasuk secara dalam talian. Kompetensi 6C, model-model semuanya digarap secara konstruktif bagi memastikan mereka mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan seterusnya meningkatkan kebolehan dan keupayaan diri masing-masing.

Tahniah kepada Jabatan Kecemerlangan Akademik selaku peneraju program ini dengan dibantu oleh JU KPPB institut serta seluruh warga kampus.

Muhd Fariz Ismail
27 April 2025
Bandar Enstek, Negeri Sembilan


PROGRAM PESONA KAMPUS 2025Alhamdulillah. Pada Rabu, 9 April 2025 telah berlangsung program pesona kampus melibatkan selu...
13/04/2025

PROGRAM PESONA KAMPUS 2025

Alhamdulillah. Pada Rabu, 9 April 2025 telah berlangsung program pesona kampus melibatkan seluruh warga IPGKPT bertemakan bunga raya.

Jabatan Ilmu Pendidikan turut sama dalam program penanaman pokok bunga raya bersama-sama pengurusan tertinggi dan jabatan lain.

Insha Allah semoga usaha ini merupakan satu usaha untuk menghijaukan bumi yang semakin hari semakin banyak kawasan yang ditarah dan digondolkan untuk pelbagai tujuan.

Terima kasih kepada beberapa ahli jabatan yang turut sama terlibat dalam program ini. Rakan-rakan lain tidak dapat hadir oleh kerana ada program lain juga.

Tahniah kepada JK Teknologi Hijau dan Kelestarian IPGKPT di bawah seliaan Jabatan Sains yang telah mengankur dan melaksanakan program ini.

MUHD FARIZ BIN ISMAIL
9 April 2025
Bandar Enstek, Nilai

RPP PISMP 2021/2025Alhamdulillah. Selesai sudah program Refleksi Pertengahan Praktikum (RPP) bagi Praktikum Fasa 2 PISMP...
12/04/2025

RPP PISMP 2021/2025

Alhamdulillah. Selesai sudah program Refleksi Pertengahan Praktikum (RPP) bagi Praktikum Fasa 2 PISMP Ambilan 2021/2025 pada 7 & 8 April 2025 baru-baru ini.

Tahniah kepada semua. Berbaki 4 minggu lagi sesi praktikum dan 4 minggu internship, mereka bakal menamatkan pengajian mereka di IPG.

Bertugas selaku penilai pertama bersama Dr Elly Hj Karim bagi dua orang pelajar iaitu Jamuel Romie yang di bawah seliaan saya dan Darshini Chandran , di bawah seliaan Dr Elly.

Semoga memperoleh banyak pengetahuan dan kemahiran baharu menerusi RPP yang telah berlangsung. Bersedia p**a untuk penyeliaan bersama dan rentasan cemerlang bagi yang terlibat.

Tahniah.

Muhd Fariz Ismail
Bandar Enstek, Nilai
8 April 2025

PENATARAN MK SEMESTER 2 (KOHORT SULUNG PISP IPG KPM)Alhamdulillah. Selesai sudah penataran maklumat kursus (MK) bagi kur...
07/02/2025

PENATARAN MK SEMESTER 2 (KOHORT SULUNG PISP IPG KPM)

Alhamdulillah. Selesai sudah penataran maklumat kursus (MK) bagi kursus-kursus yang ditawarkan pada semester II dalam Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) IPG KPM di Bandar Enstek.

Semua penggubal kursus yang ditawarkan oleh kampus ini hadir dan memberikan penataran secara bersemuka. Ini turut memberikan ruang dan peluang kepada tenaga pengajar akademik yang terlibat untuk mendalami dan lebih memahami kerangka kandungan kursus yang sedang dan akan dilaksanakan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian usaha IPGM untuk meningkatkan kompetensi staf akademik dalam bidang penyampaian kurikulum khususnya. Sesi soal jawab yang turut diadakan memberikan ruang untuk merungkai segala permasalahan yang mungkin wujud.

Insha Allah. Tahun ini akan menjadi tahun yang sibuk apabila persediaan ke arah proses permohonan akreditasi penuh bagi program ini akan bermula sebelum dijangka akan dilawati oleh panel penilai MQA tahun hadapan.

Terima kasih kepada pengurusan tertinggi kampus, Pengarah dan Timbalan Pengarah serta barisan ketua jabatan yang terlibat memberikan peluang ini.

MF
5 - 7 Februari 2025
Bandar Enstek, N9

BENGKEL PENGGUBALAN JST PROGRAM IJAZAH SARJANA PERGURUAN (PEDAGOGI) 2025 IPG KPMAlhamdulillah. Selesai berbengkel untuk ...
25/01/2025

BENGKEL PENGGUBALAN JST PROGRAM IJAZAH SARJANA PERGURUAN (PEDAGOGI) 2025 IPG KPM

Alhamdulillah. Selesai berbengkel untuk menggubal dan menghasilkan tugasan bagi kursus-kursus yang ditawarkan dalam program sarjana di IPG.

Ada 6 kampus yang menawarkan program ini. Masuk semester kedua Januari ini. Selaku penyelaras kursus TERP4043 Pedagogi Kepelbagaian Budaya di kampus, saya hadir bersama 5 orang penyelaras lain dari 5 kampus lagi.

Insha Allah, setelah diperakukan bolehlah dimajukan untuk sesi taklimat kepada para pelajar nanti.

MF
Dorsett Grand Subang
21 - 23 Januari 2025

Address

Nilai
71900

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pensel Kayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pensel Kayu:

Shortcuts

Share