PASTI PRA Tahfiz Enstek

PASTI PRA Tahfiz Enstek Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PASTI PRA Tahfiz Enstek, School, No. 365, Idalia, Jalan Timur 5/8, Timur@Enstek, Bandar Enstek, Nilai.

13/10/2025

10/10/2025
AKTIVITI MELIPAT KERTAS, MENGGUNTING,MELUKIS,MEWARNA DAN MENAMPAL BUAH OREN.


Pendaftaran PASTI PRA TAHFIZ BANDAR ENSTEK 2026 telah dibuka!🌟 KEKOSONGAN TERHAD! DAFTAR SEGERA UNTUK KEMASUKAN 2026 DAF...
08/10/2025

Pendaftaran PASTI PRA TAHFIZ BANDAR ENSTEK 2026 telah dibuka!

🌟 KEKOSONGAN TERHAD! DAFTAR SEGERA UNTUK KEMASUKAN 2026

DAFTAR SEGERA melalui pautan e-PASTI di bawah:
https://www.pastimalaysia.com/epasti-online/
(Masukkan kod PASTI Bandar Enstek N050101)
Pilih Tahun 2026

πŸ“žSebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi
Cikgu Hafizah: https://wa.me/60122369486

Terima kasih.
Tarikh tutup pendaftaran 25 OKTOBER 2025
π΅π‘’π‘Ÿπ‘ π‘Žπ‘šπ‘Ž π‘šπ‘’π‘šπ‘π‘–π‘›π‘Ž π‘”π‘’π‘›π‘’π‘Ÿπ‘Žπ‘ π‘– π‘ π‘œπ‘™π‘’β„Ž π‘π‘–π‘›π‘‘π‘Žπ‘Ÿ

03/10/2025

*SOLAT HAJAT UNTUK GLOBAL SUMUD FLOTILA OLEH PASTI SELURUH NEGARA*

PASTI mengadakan aktiviti solat hajat, membaca qunut nazilah dan zikir munajat guru dan murid-murid untuk keselamatan semua warga Global Sumud Flotila seperti berikut :

Tarikh : *Jumaat (3 Oktober 2025)*
Masa : *8.00 pagi*
Tempat : *PASTI ENSTEK *

Semoga doa dan munajat dimakbulkan oleh Allah SWT.

31/08/2025

MALAYSIA HARMONI, MEMBINA GENERASI RABBANI

Alhamdulillah, pada tahun ini kita diberi kesempatan untuk meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-68. Kemerdekaan adalah nikmat besar yang wajib kita syukuri. Ia bukan sekadar bebas daripada cengkaman penjajah, tetapi kemerdekaan hakiki menurut panduan wahyu dan sunah Rasulullah SAW ialah pembebasan jiwa daripada memperhamba diri kepada sesama makhluk kepada pengabdian mutlak kepada Allah SWT.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 256:

"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia p**a beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simp**an (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. "

Maka kemerdekaan yang sebenar adalah apabila manusia hidup di bawah naungan iman, keadilan dan syariat Allah SWT.

Hari ini, kita juga mesti mengenang jasa dan pengorbanan wira-wira negara, para ulama, pejuang kemerdekaan, dan seluruh rakyat terdahulu yang telah berjuang mengorbankan tenaga, jiwa dan raga demi mengusir penjajah, sehingga tanah air ini berdiri megah sebagai sebuah negara merdeka. Tanpa mereka, kita tidak mungkin dapat menikmati keamanan, kemakmuran dan peluang mendidik generasi hari ini dalam suasana bebas.

Sebagai warga PASTI, kita perlu menghayati erti kemerdekaan ini dengan penuh kesedaran. Tugas kita ialah meneruskan perjuangan, mendidik dan membina tunas-tunas Islam yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga mempunyai jiwa merdeka yang sebenar iaitu jiwa yang taat kepada Allah, kasih kepada Rasulullah SAW, menghormati ibu bapa, menghargai jasa pejuang, serta penuh rasa cinta kepada agama, bangsa dan negara.

Kemerdekaan yang diwarisi mesti dipelihara dengan pengisian yang benar. Jika generasi kita hanyut dengan penjajahan pemikiran, budaya songsang, dan nilai yang merosakkan, maka kita akan kehilangan roh kemerdekaan yang sebenar.

Oleh itu, PASTI beriltizam untuk memastikan pendidikan anak-anak terus berpaksikan Islam, membina jati diri ummah yang berakhlak, berilmu dan berjiwa merdeka.

Akhirnya, marilah kita semua warga PASTI di setiap peringkat menanamkan dalam hati bahawa cinta kepada negara adalah sebahagian daripada iman, selagi mana ia disandarkan kepada kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya. Semoga Malaysia terus dipelihara Allah, diberkati dengan keamanan, dipimpin oleh kepimpinan yang adil serta terus melahirkan generasi rabbani pewaris perjuangan Islam.

β€œPASTI PILIHAN UMMAH”

Damanhuri Dol
Ketua Pengarah PASTI Malaysia


13/08/2025

12 OGOS 2025 | SELASA

🩷 SOLAT HAJAT UNTUK ARWAH ADIK ZARA QAIRINA 🩷

_______________________________

Alhamdulillah , selesai solat sunat hajat untuk arwah adik zara qairina . Takziah kami ucapkan kepada keluarga arwah , semoga kebenaran akan terbongkar cepat atau lambat .

Semoga arwah ditempatkan ditempat orang yang beriman , dipermudahkan urusan keluarganya dalam menuntut keadilan .

Al fatihah untuk arwah adik zara .

26/07/2025

4 years old activities..

24/07/2025

Aktiviti mengecam, memadankan dan mengeja suku kata KV + KV

Address

No. 365, Idalia, Jalan Timur 5/8, Timur@Enstek, Bandar Enstek
Nilai

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI PRA Tahfiz Enstek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category