Falak Digital Learning Space USIM

Falak Digital Learning Space USIM Falak Digital Learning Space @ USIM
Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM

Taudhih al-Falak : Darjah Toleransi Menghadap KiblatMenghadap kiblat ketika solat merupakan suatu kewajipan syarak yang ...
31/03/2026

Taudhih al-Falak : Darjah Toleransi Menghadap Kiblat

Menghadap kiblat ketika solat merupakan suatu kewajipan syarak yang berasaskan kepada perintah menghadap Kaabah. Bagi negara yang jauh dari Mekah seperti Malaysia, kewajipan tersebut dilaksanakan melalui jihah (arah) Kaabah. Perbincangan mengenai had toleransi menunjukkan bahawa tiada kadar tertentu yang ditetapkan secara nas, namun pandangan muzakarah dan keputusan Jawatankuasa Falak Negeri Selangor adalah sebagai panduan dalam memastikan ketepatan arah kiblat. Maka, darjah toleransi 3° dari arah sebenar boleh digunakan khususnya bagi tujuan pembinaan masjid, surau atau tapak perkuburan sebagai panduan agar pembinaannya lebih tersusun dan seragam serta menunjukkan kesatuan umat Islam.

Baca Lanjut:

ISTIWA' TEMPATAN
24/03/2026

ISTIWA' TEMPATAN

Fenomena Astronomi Minggu Ini :
✨Istiwa' Tempatan ✨

Apa itu istiwa'?

Istiwa' (استوى) adalah perkataan Arab yang membawa maksud tinggi, naik, atau lurus.

Dalam konteks Falak dan Astronomi,
Istiwa' bermaksud fenomena matahari berada tepat di titik zenit (atas kepala) atau tegak di atas sesuatu objek.

Kebiasaannya, Fenomena Istiwa' ini digunakan untuk menentukan waktu Zuhur dan juga arah kiblat (yakni Istiwa' Adzam).

Minggu ini, pada hari Jumaat, 7 Syawal 1447H, kita dapat menyaksikan satu fenomena Istiwa' Tempatan dimana Matahari berada pada kedudukan yang hampir tegak di atas Masjid Negeri, Negeri Sembilan.

Rujuk Poster di bawah untuk maklumat lanjut.

-------------------------------------------------------------------------
Ikuti media sosial Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan:
Laman sesawang : https://muftins.gov.my/
Linkt.ree : https://linktr.ee/jabmuftins

Fenomena Astronomi Minggu Ini : Istiwa' Tempatan Apa itu istiwa'?Istiwa' (استوى) adalah perkataan Arab yang membawa maks...
24/03/2026

Fenomena Astronomi Minggu Ini : Istiwa' Tempatan

Apa itu istiwa'?

Istiwa' (استوى) adalah perkataan Arab yang membawa maksud
tinggi, naik, atau lurus.

Dalam konteks Falak dan Astronomi, Istiwa' bermaksud fenomena matahari berada tepat di titik zenit (atas kepala) atau tegak di atas sesuatu objek.

Kebiasaannya, Fenomena Istiwa' ini digunakan untuk menentukan waktu Zuhur dan juga arah kiblat (yakni Istiwa' Adzam).

Minggu ini, pada hari Jumaat, 7 Syawal 1447H, kita dapat menyaksikan satu fenomena Istiwa' Tempatan dimana Matahari berada pada kedudukan yang hampir tegak di atas Masjid Negeri, Negeri Sembilan.

PROSES CERAPAN RASMI ANAK BULAN DI MALAYSIA
19/03/2026

PROSES CERAPAN RASMI ANAK BULAN DI MALAYSIA

🎙️ PODCAST USIM: "Raya Mengejut? Rahsia di Sebalik Penentuan 1 Syawal"Penentuan 1 Syawal sering menjadi topik perbincang...
17/03/2026

🎙️ PODCAST USIM: "Raya Mengejut? Rahsia di Sebalik Penentuan 1 Syawal"

Penentuan 1 Syawal sering menjadi topik perbincangan setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri. Mengapa kadangkala timbul jangkaan bahawa Hari Raya mungkin berlaku lebih awal atau “mengejut”? Episod podcast ini mengupas rahsia di sebalik sistem kalendar Islam serta kaedah falak yang digunakan dalam menentukan permulaan bulan Syawal. Saksikan perkongsian yang menarik tentang bagaimana ilmu falak membantu memahami proses penentuan tarikh penting dalam Islam dengan lebih jelas dan berautoriti. Episod kali ini menampilkan:

Podcaster:
Prof. Madya Dr. Mualimin Mochammad Sahid
Pensyarah, Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU)

Moderator:
Dr. Fadhlina Alias
Felo Bersekutu ISI | Pensyarah, Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU)

📺 Jom saksikan episod penuh di https://youtu.be/pkgNjjlMlnA !

Penentuan 1 Syawal sering menjadi topik perbincangan setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri. Mengapa kadangkala timbul jangkaan bahawa Hari Raya mungkin ...

🌕  *FENOMENA GERHANA BULAN PENUH 2026*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dimaklumkan bahawa fenomena Gerhana Bul...
02/03/2026

🌕 *FENOMENA GERHANA BULAN PENUH 2026*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa fenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada:

📅 3 Mac 2026 (Selasa)
🗓 13 Ramadan 1447H

🕖 Garis Masa Fenomena:
• 7:06 malam – Permulaan Gerhana Penuh
• 7:33 malam – Kemuncak Gerhana
• 8:03 malam – Tamat Gerhana Penuh
• 9:17 malam – Tamat Gerhana Separa

Sehubungan dengan itu, umat Islam disunatkan untuk menunaikan Solat Sunat Gerhana (Khusuf) serta memperbanyakkan amalan seperti zikir, doa, istighfar dan sedekah sepanjang berlakunya gerhana.

Semoga fenomena ini menjadi peringatan kebesaran Allah SWT dan menambah keimanan kita kepada-Nya.

Sekian, terima kasih.

*USIM ASTROFIQH CLUB*
*FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG*
*UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA*
*SESI AKADEMIK 2025/2026*

Maklumat rasmi Gerhana Bulan pada 3.3.2026 nanti
02/03/2026

Maklumat rasmi Gerhana Bulan pada 3.3.2026 nanti

𝗙𝗘𝗡𝗢𝗠𝗘𝗡𝗔 𝗚𝗘𝗥𝗛𝗔𝗡𝗔 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 | 3 MAC 2026

Masa kejadian;
16:46 – Gerhana Penumbra bermula
17:52 – Gerhan Separa (Umbra) bermula
19:06 – Gerhana Penuh bermula
19:34 – Maksimum (Puncak Gerhana)
20:03 – Gerhana Penuh berakhir
21:17 – Gerhana Separa (Umbra) berakhir
22:22 – Gerhana Penumbra berakhir

Sumber: Almanak Falak Syarie Malaysia 2026 (JUPEM)
.................................................

Ayuh bersama-sama JUPEMedia
LIVE TikTok JUPEM

PROSES TEKNIKAL CERAPAN GERHANA BULAN PENUH
📍 14 Ramadan 1447H (3 Mac 2026)
📍 Masjid Putra, Putrajaya
🔴 LIVE bermula | 5:30 petang

Pasukan JUPEM (Bahagian Ukur Geodetik) akan berada di Masjid Putra dalam menjayakan program Cerapan Gerhana Bulan Penuh & Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) anjuran JAKIM.

🌙✨ *RAMADAN MUBARAK* ✨🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Sempena kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini, mar...
19/02/2026

🌙✨ *RAMADAN MUBARAK* ✨🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sempena kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menyambut Ramadan dengan hati yang penuh syukur dan azam untuk meningkatkan amal ibadah.

Semoga Allah memberkati kita di bulan Ramadan, membantu kita dalam melaksanakan ibadah puasa dan qiyam, serta menerima segala amalan kita.

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi peluang untuk menyucikan hati, memperbanyakkan sedekah, memperkukuh ukhuwah dan mendekatkan diri kepada Allah.

✨ Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.

USIM ASTROFIQH CLUB
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026

مبارك عليكم شهر رمضاناللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْل...
18/02/2026

مبارك عليكم شهر رمضان
اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ وَالتَّوْفِيقِ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى يَا ذا الجَلالِ والإكرام.
اللَّهُمَّ أَعِنَّا فِيهِ عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وتلاوة القرآن
🤲

Address

Aras 1, Fakulti Syariah Dan Undang-Undang USIM
Nilai
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Falak Digital Learning Space USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Falak Digital Learning Space USIM:

Shortcuts

Share